Posts

Showing posts with the label Felt Craft

Felt Craft Siri 14: Permainan Memancing Ikan Magnet

Image
Jom kita memancing... Jika kita Google.. macam-macam cara boleh kita jumpa.. boleh sesuaikan ikut bajet dan bahan yang ada.. jika ada.. jika tidak.. pilih sahaja mana satu cara yang mudah untuk anda buat. Ini cara dan bahan yang saya gunakan untuk buat permainan ini yang terdiri daripada 2 batang pancing dan 8 ekor ikan. Bahan yang diperlukan: Felt berwarna-warni Magnet besar - 1/2 Magnet kecil 1.5cm- 8 Kayu chopstick 1 set Pistol gam panas Fiber Klik  sini  untuk dapatkan template gambar ikan yang saya guna. Sila muat turun dan buka aplikasi MS Word untuk pilih saiz ikan yang dikehendaki.  Jangan lupa untuk tetapkan  setting  kertas di MS Word sebagai A4. Cara-caranya: 1) Potong kain ikut  template. 2 kain bagi 1 badan ikan.. badan depan dan badan belakang. Dan 1 sirip sahaja. 2) Jahit sirip dulu, gamkan mata ikan berdekatan dengan sirip di badan ikan depan. Dan gamkan sekali magnet di sebelah dalam ik...

Bakal Pengantin 2016: DIY Bunga Penanggah/Bunga Kendarat/Wedding Brooch/Wedding Corsage

Image
Set pertama yang saya buat.. satu je lawa yang lain terima je la hakikat ye... Riben ni saja buat, sebab ada baki masa tunang dulu.. malas nak simpan sebab glitter dia tu.. suka senang sangat jatuh dan tanggal..  Sesiapa yang banyak masa nak hadap buat silakan tiru.. rasa nak cepat siap, Google je cari idea yang lagi mudah.. ikut kehendak dan citarasa anda.. Nak tahu macam mana saya buat? Ikuti langkah-langkah berikut:

Felt Craft Siri 13: Hiasan felt di baju

Image
Logo DoTA.. apalagi untuk Espada la... Saya dapat.. eh bukan dapat... tapi boleh ambil TShirt percuma kat sekolah (tempat kerja saya), mungkin sebab baju ni stok lama dan stor tak muat nak simpan jadi sekolah buat keputusan bagi percuma kat staf. Saya pun ambil la macam-macam: 4 helai TShirt kapas biasa (2helai-Saiz M, 2helai saiz S), pastu set baju sekolah skirt pendek (ada dua jenis set baju skirt sekolah, dua-dua jenis saya ambil 2 set) hahaha.. boleh melaram kat rumah.. dapat la merasa pakai baju sekolah skirt pendek... hahahahah.. ala-ala cam pelajar Jepun plak terasa.. hahahaha 4 helai TShirt sekolah tu lawa lagi.. bukan stakat lawa.. baru lagi tau.. memandangkan baju tu ada logo sekolah, jadi rasa cam tak best  la kan.. 2 helai TShirt saiz M tu memang saja amek untuk Espada. Disebabkan ada logo tu yang tetibe dapat idea nak guna felt tutup logo sekolah tu. Terjadilah hasil logo buatan sendiri.

Felt Craft Siri 12: Bekas Pin Tudung

Image
Antara pencetus idea saya.. Tapi gambar tembikai yang kat atas ni yang buatkan saya rasa nak cuba buat satu. Caranya: Sediakan bahan-bahan yang diperlukan: 1) Felt Hijau Gelap, Hijau Cair, Putih dan Merah 2) Gunting 3) Pembaris 4) Pen/Pensil/Kapur warna 5) Bekas yang bentuk bulat (pilih saiz ikut kesukaan kita)

Bakal Pengantin 2016: Cenderahati tetamu dewasa

Image
Pening kepala fikir pasal cenderahati. Saya memang tak mahu belikan yassin dan tasbih sebab bila dah banyak kat rumah pun, bukan tetamu tu guna nanti, rugi jer. Pastu kalo kek cawan ke,  kek bahulu besar ke, dua-dua tu saya tak mau, tak lalu dah nak makan. Entah la, serabut kepala fikir. Ada je idea lain mesti kena komen: Magnet : tak elok letak kat peti ais la, rugi la.. Kalendar: rugi, orang senang dapat awal tahun. Telur rebus?.. dengan keadaan keluarga saya macam ni, memang tak la kan nak ada telur rebus tu. Maksu pun tak mau merebus telur.. sebab remeh, ambil masa dan tiada tenaga manusia untuk membantu.. Felt?: tak ada idea nak buat apa, 300 keping pulak tu.. mana sempat.. Dalam banyak-banyak pilihan, akhirnya pilih tuala. Saya pun pergi ke GM Klang  dengan adik untuk membeli.  Cenderahati ini ditaja oleh mama.. hahaha.. Saya borong 300 helai dapat RM1.50 sehelai = RM450.00. Lari bajet tuu..  Lalu saya buat muka kesian a...

Felt Craft Siri 1 : Baru cuba

Image
[20 May 2013] Housemate punya pasal la ni, dia yang memperkenalkan seni kraf ni pada saya;  felt craft. Tengok dia buat ala comelnyer... nak gak cuba buat... jeles ni... dia pun hadiahkan la salah satu hasil dia tu pada saya... ni yang semakin bersemangat nak cuba buat sendiri. Tanya la kawan tu kat mana dia dapatkan bahan kan. Dia cakap bahan tu ada jual kat Daiso... aik.. cam ada je nama kedai tu kat Aeon... hurm.. nak gi tengok la... boleh beli dan buat sendiri... Jadi selasa lepas gi la Aeon, yup... memang ada.. bahan felt tu pn ada... sebab tak tau harga pasaran felt tu berapa jadi amek je la satu pek felt yg byk kaler sket, nak wat eksperiment kan.. apa barang amek kaler sikit. hehehe... end up  keluar Daiso ni la barang yang saya beli... RM5 setiap barang, jumlah keseluruhan RM25.00 Tu pun ada hati nak tambah lagi barang... Daiso ni ada yang berbaloi ada yang tak.. tengok item la... paling berbaloi yang polister tu la... yang lain-lain tak nak dah...

Felt Craft Siri 7 : Kasut baby yang comel...

Image
Alahai.. comelnyer...nak buat cm ni jugak la... Kebetulan isteri kawan saya akan bersalin dalam bulan Jun.. Jadi tangan ni mula la gatal-gatal nak buat hadiah.. hehehe.. dapat la idea nak jahit kasut yang comel ni.. comelnya.. [UPDATE] Saya pilih nak buat cam gambar di atas. Maaf sebab tidak perasan link  yang diberikan sudah tidak wujud lagi sebab pemiliknya dah susun semula laman webnya. Jadi masa tu semua link  dia jadi broken .. baru-baru ni dia dah betulkan balik.. jadi saya dah download dan save  dalam slideshare saya.. jadi saya kongsi full pdf template tu ok.. Maaf sangat-sangat sebab terlupa nak tengok old-post .. Heather bailey bittybooties from lukisanaku Inilah template booties yang saya gunakan.. ada di hujung slideshare tu... Saya baru je potong  template ni. belum lagi nak potong kain.. huhu.. nanti saya update  ok.. Adeh.. sorry ... saya dah siapkan kasut comel ni.. tapi tak dan nak amek gambar masa bua...

BBN Flora, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

Image
Pinjam gambar Google Street.. Tak sempat nak ambil sendiri... lupa aje!. AWAS: Nak kesini jangan Google nama kedai ni tau, nanti sesat! Sebolehnya google guna Jalan BBN 1/31.. Tapi google cuma tau Jalan BBN 1/5 (Jalan utama yang Google Street ambil gambar atas tu). Tak pun Google Nilai Square dulu.  Tengok gambar bawah yang saya tanda X merah tu.. tu lokasinya.. Kedai ni besar tau sebab dia beli 2 lot kedai yang sebelah-menyebelah.  Jom cuci mata tengok gambar yang saya ambil: Kertas Crepe pun ada... Nampak tak kat kanan atas gambar tu.. situ ada  lace  dan  beads..  untuk baju ada, untuk bakul hantaran pun ada.. tapi sayang  beads  yang saya nak tu tak ada kat sini.. Stok benang kat sini tak yah cakap la. memang banyak.. untuk stok jahit mesin pun ada.. Busa bulat pun ada macam-macam saiz.. cam menarik jer..   Felt pun ada..

Felt Craft Siri 11: Keychain on stick

Image
idea asal macam ni rupanya.... Asalnya nak buat love on stick untuk letak kat pasu bunga telur yang kat atas tu ha.. Pastu Espada cakap la "lawa awak buat ni, sayang la jadi bunga pahar, sebab tak ramai orang simpan bunga pahar ni elok-elok, suka lagi awak buat keychain "..sambung dia lagi "ce awak tengok, apa jadi kat bunga pahar yang selalu kat majlis kawin yang orang bagi tu, kena buang kan?, buat keychain  lagi manfaat, orang boleh gantung kat set kunci ke tombol pintu ke.. apa-apa jer la.." Tu yang jadinya keychain on stick  ni.. masa majlis tu susun jadi bunga pahar, dah habis nanti masa nak bagi tetamu boleh cabut jadi keychain .. 2 dalam 1.. idea yang terbaikkk... Misi menyiapkan keychain on stick  pun bermula: Misi dimulakan dengan mencari kain felt.. mula-mula pergi Daiso Kat Aeon Taman Equine.. 2 minggu dok pergi.. tak de pun kaler merah.. mujur maksu ingatkan yang kat IOI Mall Puchong ada Daiso.. apa lagi.. start  moto dan merempit...

Felt Craft Siri 10: Love on stick

Image
Hahaha... nama tajuk bukan main lagi... " love on stick "... Betul la kan.. sebab love  tu lekat dekat kayu lidi tu... Tak tau kenapa suka sangat dengan love ni... Barangkali... I'm in love ... kot.. Idea ni dapat dari sini: Jom buat.. mudah jer...: 1) Fotong felt ikut bentuk love . 2) Nak hias letak star  macam saya pun boleh (tengok gambar bawah).. nak biar kosong pun boleh.. nak letak apa-apa sahaja pun boleh... Saya ni bila jahit felt kalau boleh nak guna benang panjang-panjang.. bila dah panjang biasa la, diorang mesti berbelit kan.. jadi bila jahit tu saya selalu buat macam ni (gambar bawah) supaya benang tu tak terbelit... Jahit lawa-lawa.. guna stail insang pari... nak pakai benang biasa pun boleh.. benang bulu kambing pun boleh.. ikut suka korang ok... 3) Bila dah sampai separuh tu.. masukkan felt kat sebelah yang dah berjahit.. nak tunggu lagi suku habis jahitan pun boleh.. tapi hati-hati la.. jangan paksa...