Posts

Showing posts with the label WW

Wordless Wednesday #8

Image
  Sebelum kahwin hobi buat kraf tangan.. macam gambar atas.. saya buat sendiri.. tengok contoh-contoh di YouTube.. beli riben dan butang di kedai gubahan. Tu bunga penaggah untuk majlis nikah saya. Tapi sayang buat banyak tapi yang pakai 3 je...

Wordless Wednesday #7

Image
  Komen kek tak sedap la, senang buat la, bahan murah la, harga yahudi la... ha amek.. bila dapat peluang berguru buat kek, tau berpeluh ketiak dan renyah dah buat kek sendiri walau sebiji je. Ni la satu-satunya kek buat sendiri paling menjadi cukup sifat, cantik rupa, rasa sedap dan rupa macam kedai. Lepas tu kek dah tak ada rupa cuma tinggal rasa sedap dan selamat untuk dimakan.. hahahahaha....

Wordless Wednesday #6

Image
Kat ni pun sama, penakut nak naik gondola.. Tapi tak aci, 2-3 tahun lepas kami sampai sini, rancangan realiti Korea RunningMan  datang kesini dan tau-tau ada tali keselamatan pulak. Biasa tau... Pergi sini dengan sewa motor je dan berpandukan GPS, memang kental kami berdua masa tu. Gigih nak bercuti ala penduduk tempatan dan berjimat punya pasal. Tapi inilah kenangan yang paling menyeronokkan.. Gambar Lokasi: Pantai Timang, Yogyakarta, Indonesia

Wordless Wednesday #5

Image
  Drama Korea kegilaan tahun 2017. Goblin atau dikenali sebagai Guardian: The Lonely and Great God dibintangi oleh barisan pelakon Gong Yoo, Kim Go-Eun serta Lee Dong-Wook. Lagu OST padu, cinematic shot  memang mengkagumkan. Setiap espisod dah macam movie .  Drama ni meletakkan garisan piawaian kualiti untuk drama paling tinggi yang pernah ditayangkan. Berbaloi untuk ditonton terutama pelajar TEKA @ FiTA, UiTM. Kalau untuk Malaysia saya cadang Ejen Ali.. apa pandangan anda?

Wordless Wednesday #4

Image
  Penakut yakmat nak bergambar dekat platform tu. berpeluh badan dan kaki, lutut toksah kata la.. longgar terus. Konon bergambar ala instafemes tu, akhirnya ala kadar je la. Gambar lokasi: Wisata Alam Kalibiru, Jogyakarta, Indonesia

Wordless Wednesday #3

Image
Pemandangan ala resort di pagi hari yang tenang dan damai. Kelihatan bukit yang berkabus tipis dan udara yang sejuk lagi menyamankan. kenangan disini mendewasakan diri.  Rumah berteduh bermula dari berdua kepada berempat. Akhirnya akan ditinggalkan tidak lama lagi. Apakah perubahan akan berlaku disini selepas 5 tahun nanti.

Wordless Wednesday #2

Image
Kenangan percutian 2019... Sempat singgah sini selepas bermalam di Gambang Resort. Paling jauh la berjalan dalam sejam sebab pusing taman ni.. dan paling best sekali gambar ni diambil 4 bulan sebelum Covid-19 muncul di China. Gambar lokasi: Taman Jepun, Bukit Tinggi, Pahang

Wordless Wednesday #1

Image
Jaga diri semua.. semoga Covid-19 berlalu dan kehidupan pulih sediakala.. aamiin... Gambar lokasi: Kampung Dato' Ahmad Said, Ipoh, Perak