Posts

Showing posts with the label Saya Suka Reka

DIY Hadiah Graduasi - Murah

Image
Siapa kata hadiah graduasi kena jambangan bunga dan patung beruang sahaja?. Ni versi jimat. 💝 Bahan-bahan yang diperlukan: Mesin Pencetak Kertas A4 Manila kad warna hitam Tali / getah Gunting Gam UHU Salotape Balang kecil (bekas pes Tomyam Adabi) Cara-cara: 1) Cetak di atas kertas A4. Pastikan setting  mesin pencetak anda adalah saiz A4. Klik sini untuk muat turun Idea asal dari:  http://blog.consumercrafts.com/seasonal/summer-projects-seasonal/congrats-grad-printable/ 2) Gunting ' Congrats Grad ' yang kecil tu dulu.. satu letak dalam balang kaca kecil. Kemudian masukkan gula-gula dalam balang. Untuk buat yang bahagian tudung balang tu saya ikut arahan dalam laman web ini:  https://blog.onlinelabels.com/2015/05/05/diy-graduation-jar-gifts-favors/ Itu je cara-caranya.. padankan dan suaikan ikut selera dan barang yang kita ada. Nak lagi contoh lain boleh je Google guna kata kunci : DIY Graduation Candy Jar Say...

Pustakawan 15: Contoh Rekaan Promosi Di Sekolah Menengah

Image
1) Novel Knockout Ini saya buat... 2) Promosi buku  Ini saya buat...   Ini saya buat... 3) Promosi senarai sumber rujukan kajian atas talian untuk kegunanaan pelajar dan guru

Felt Craft Siri 14: Permainan Memancing Ikan Magnet

Image
Jom kita memancing... Jika kita Google.. macam-macam cara boleh kita jumpa.. boleh sesuaikan ikut bajet dan bahan yang ada.. jika ada.. jika tidak.. pilih sahaja mana satu cara yang mudah untuk anda buat. Ini cara dan bahan yang saya gunakan untuk buat permainan ini yang terdiri daripada 2 batang pancing dan 8 ekor ikan. Bahan yang diperlukan: Felt berwarna-warni Magnet besar - 1/2 Magnet kecil 1.5cm- 8 Kayu chopstick 1 set Pistol gam panas Fiber Klik  sini  untuk dapatkan template gambar ikan yang saya guna. Sila muat turun dan buka aplikasi MS Word untuk pilih saiz ikan yang dikehendaki.  Jangan lupa untuk tetapkan  setting  kertas di MS Word sebagai A4. Cara-caranya: 1) Potong kain ikut  template. 2 kain bagi 1 badan ikan.. badan depan dan badan belakang. Dan 1 sirip sahaja. 2) Jahit sirip dulu, gamkan mata ikan berdekatan dengan sirip di badan ikan depan. Dan gamkan sekali magnet di sebelah dalam ik...

Bakal Pengantin 2016: Hantaran ke pihak lelaki

Image
Siap jugak hantaran untuk cik abang.. simple je kan saya buat. Tak de nak berbungkus-bungkus dan bergam-gam banyak sangat.. pakai double tape je, habis cerita. Tips: *beli masa sale .. daripada dating  tak tentu hala, baik dating  pi tengok harga.. dapat harga yang berbaloi boleh terus beli. *tak nak beli awal-awal pun tak pe, simpan duit tu dan jangan guna. Sampai masa boleh beli, poket kita sendiri juga yang tak sakit nanti. 5 dulang: 1. Seluar kaler coklat - bawah sekali jadi tak nampak sangat 2. Kemeja Putih 3. Jaket bomba - nak pakai pergi Jogja katanya.. 4. Beg laptop/galas 5. Wallet  lelaki panjang 6 & 7. Set penjagaan muka dan badan (suka hati je combine  depa ni..tak de sapa marah pun..) 8. Kasut 9. Earphone 10. Coklat Riben oren tu riben organza kosong. Cara nak buat riben oren saya tiru kat sini: Ni template  kad hantaran saya: Kad hantaran from Athirah Espada

Bakal Pengantin 2016: DIY Bunga Penanggah/Bunga Kendarat/Wedding Brooch/Wedding Corsage

Image
Set pertama yang saya buat.. satu je lawa yang lain terima je la hakikat ye... Riben ni saja buat, sebab ada baki masa tunang dulu.. malas nak simpan sebab glitter dia tu.. suka senang sangat jatuh dan tanggal..  Sesiapa yang banyak masa nak hadap buat silakan tiru.. rasa nak cepat siap, Google je cari idea yang lagi mudah.. ikut kehendak dan citarasa anda.. Nak tahu macam mana saya buat? Ikuti langkah-langkah berikut:

Felt Craft Siri 13: Hiasan felt di baju

Image
Logo DoTA.. apalagi untuk Espada la... Saya dapat.. eh bukan dapat... tapi boleh ambil TShirt percuma kat sekolah (tempat kerja saya), mungkin sebab baju ni stok lama dan stor tak muat nak simpan jadi sekolah buat keputusan bagi percuma kat staf. Saya pun ambil la macam-macam: 4 helai TShirt kapas biasa (2helai-Saiz M, 2helai saiz S), pastu set baju sekolah skirt pendek (ada dua jenis set baju skirt sekolah, dua-dua jenis saya ambil 2 set) hahaha.. boleh melaram kat rumah.. dapat la merasa pakai baju sekolah skirt pendek... hahahahah.. ala-ala cam pelajar Jepun plak terasa.. hahahaha 4 helai TShirt sekolah tu lawa lagi.. bukan stakat lawa.. baru lagi tau.. memandangkan baju tu ada logo sekolah, jadi rasa cam tak best  la kan.. 2 helai TShirt saiz M tu memang saja amek untuk Espada. Disebabkan ada logo tu yang tetibe dapat idea nak guna felt tutup logo sekolah tu. Terjadilah hasil logo buatan sendiri.

Felt Craft Siri 12: Bekas Pin Tudung

Image
Antara pencetus idea saya.. Tapi gambar tembikai yang kat atas ni yang buatkan saya rasa nak cuba buat satu. Caranya: Sediakan bahan-bahan yang diperlukan: 1) Felt Hijau Gelap, Hijau Cair, Putih dan Merah 2) Gunting 3) Pembaris 4) Pen/Pensil/Kapur warna 5) Bekas yang bentuk bulat (pilih saiz ikut kesukaan kita)

Pendaftaran sebagai Bakal Pengantin a.k.a Bride to Be - B2B

Image
Gedikss.. hahaha..  Sibuk je nak letak benda alah ni jugak.. Bagi mana-mana bakal pengantin atau yang dah berkahwin bolehlah berdaftar kat sini Motif nak kena daftar??.. Tak tau... sebab tak ada maklumat lebih lanjut.. Mungkin sebab saja atau suka-suka kot... ek.. ya kot.. Tapi ramai jer yang gi daftar.. Ala.. daftar je.. bukan kena cas apa2 pun..

Felt Craft Siri 1 : Baru cuba

Image
[20 May 2013] Housemate punya pasal la ni, dia yang memperkenalkan seni kraf ni pada saya;  felt craft. Tengok dia buat ala comelnyer... nak gak cuba buat... jeles ni... dia pun hadiahkan la salah satu hasil dia tu pada saya... ni yang semakin bersemangat nak cuba buat sendiri. Tanya la kawan tu kat mana dia dapatkan bahan kan. Dia cakap bahan tu ada jual kat Daiso... aik.. cam ada je nama kedai tu kat Aeon... hurm.. nak gi tengok la... boleh beli dan buat sendiri... Jadi selasa lepas gi la Aeon, yup... memang ada.. bahan felt tu pn ada... sebab tak tau harga pasaran felt tu berapa jadi amek je la satu pek felt yg byk kaler sket, nak wat eksperiment kan.. apa barang amek kaler sikit. hehehe... end up  keluar Daiso ni la barang yang saya beli... RM5 setiap barang, jumlah keseluruhan RM25.00 Tu pun ada hati nak tambah lagi barang... Daiso ni ada yang berbaloi ada yang tak.. tengok item la... paling berbaloi yang polister tu la... yang lain-lain tak nak dah...

Pengasingan Sisa Pepejal Berkuatkuasa 1 September 2015 Untuk WP KL, WP Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, N9, Perlis dan Kedah

Image
Khusus untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah sahaja. Anda sudah bersedia? Bagi negeri-negeri lain yang tak terlibat pun rasanya boleh sahaja buat macam ni kan.. tak salah...  Tak nak hantar kat tong kitar semula anda boleh jual balik walaupun dapat berapa sen jer...  petang-petang kan kadang-kala ada lori yang lalu pastu dengar dia mainkan suara ni "Surat khabar lama.. Sau Kau Cap Ji...(pastu ada bunyi hon)".. kan kan..? Tahan la diorang.. jual je la kat situ..  Tak nak jual kat diorang sebab korang tahu ada kedai Muslim?.. bagi tahu kat sini.. boleh kongsi-kongsi.. saya tak tahu.. Tak nak jual pun boleh jugak.. kalau nampak tong-tong ni korang isikan je la... Senang.. Selamat Mengitar Semula...! p/s: Jangan nak kondem kerajaan sangat pasal hal-hal ni.. kat Korea  dan Jepun  pun depa kena asingkan sampah.. suka kondem. tong tak cu...

DIY hias bakul

Image
Ni ideal asal saya... Dapat kat maksu.. dia gubah jadi macam ni.... tapi tak guna pun masa majlis tu.. Bawah ni ada tiga gambar,, bakul ni sebelum dihias.. Yang dah berhias: