Felt Craft Siri 12: Bekas Pin Tudung


Antara pencetus idea saya..


Tapi gambar tembikai yang kat atas ni yang buatkan saya rasa nak cuba buat satu.

Caranya:
Sediakan bahan-bahan yang diperlukan:
1) Felt Hijau Gelap, Hijau Cair, Putih dan Merah
2) Gunting
3) Pembaris
4) Pen/Pensil/Kapur warna
5) Bekas yang bentuk bulat (pilih saiz ikut kesukaan kita)



Kemudian buat corak bengkang-bengkok tembikai untuk felt hijau gelap dan tekap pada felt. Potong felt hijau gelap ikut corak bengkang-bengkok tersebut. (buat je macam mana pun bengkang-bengkok tu janji ada rupa cam tembikai sudah)

Potong felt merah 4 keping saiz yang sama.
Potong felt putih sebanyak 2 keping, saiz felt putih mestilah besar sedikit dari felt merah untuk beri gambaran isi putih tembikai. 
Dari 4 keping felt merah tadi, jahitkan 1 keping felt merah diatas felt putih, buat 2 set.
Baki lagi 2 keping, jahitkan mereka berdua.

Potong felt hijau cair sama saiz dengan felt merah sebanyak 2 keping. 
Jahitkan felt hijau gelap yang bengkang-bengok tu diatas felt hijau cair.
*tiada gambar**

Jahitkan felt merah yang tiada felt putih tu diatas salah satu set felt putih merah. Jahit untuk cantumkan mereka.. sikit sahaja supaya kita boleh buka macam contoh buah kiwi kat atas tu..




Saya gabungkan mereka dibahagin tengah dengan riben merah. saya jahitkan butang untuk buka dan tutup bekas pin ini.



Jahit benang/tali di felt yang bertentangan dengan butang supaya boleh dibutangkan.
**tiada gambar**

Siap itu, bolehlah jahitkan felt putih merah dengan felt hijau cair, saya gunakan jahitan insang pari.

Dan siap.

P/S: nanti saya buat lagi contoh k.. sebab 'tembikai' ni dah saya bagi kat kawan, suprise present. nak siap cepat sampai terlupa ambil gambar. hujung bulan ni saya banyak cuti InsyaAllah saya buat contoh tembikai atas ni dengan satu lagi tembikai yang lebih senang nak buat. ok..

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas