Posts

Showing posts with the label Seri Kembangan

Kedai Jahit Zuraidah, Kota Perdana, Seri Kembangan

Image
Ni kali pertama saya cuba untuk cari kedai jahit untuk jahitkan saya sepasang baju kurung pesak dengan menggunakan kain sari. Nama tukang jahit tu Nisa: 016-2419694. Boleh hubungi Nisa terlebih dahulu untuk tahu sama ada kedai dibuka atau tutup. Saya main serbu je, mujur buka. Jika anda memerlukan lining , sila sediakan kain sendiri yea.. Saya hantar contoh baju saya sekali, jadi tak payah ambil ukuran  lagi dah.. cuma saya pesan pada Kak Nisa, untuk tambahkan saiz setengah inci pada getah kain dan pada kawasan punggung (saya gemok dah sikit..huu) Hasilnya:

Kedai Motosikal Kawasan Taman Equine, Seri Kembangan

Image
Ni la kedai yang saya suka pergi.. Taman Equine, Seri Kembangan Alamat: Jalan Putra Permai 1a, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan. (Landmark: McD Taman Equine & Kumon Taman Equine) 21/09/2015 (Isnin) Sambungan dari entri: Tayar belakang NEX bocor kat Putrajaya Tengok gambar bawah.. tu minyak enjin dan minyak hitam yang selalu saya guna untuk skuter Nex saya. Tak pernah tukar jenis lain.. memang brand dan rupa yang sama saya dok guna dari mula bawak Nex dulu.

Bakal Pengantin 2016: Kad Kahwin Reka dan Cetak

Image
Sebelum nak mereka/tempah kad kawin 100% yang terbaik adalah: 1) Pastikan tarikh dan tempat majlis telah disahkan Ya, memang senang nak sunting tarikh dan lokasi masjid berulang-kali, tapi anda perlu bayar la kos sunting tu sebab bila nak sunting tu dia guna elektrik, ingat elektrik tu percuma ker?. 2) Peta jalan Yang ni paling penting, sebab bila orang tak faham peta, siapa yang kena marah?, pereka kad atau orang yang bagi pelan jalan?. Ayat yang saya selalu dengar "Bodoh la sapa yang reka kad ni, tak reti reka kad, pelan jalan pun salah".. setuju atau tidak?. Padahal pelan jalan itu diberi oleh pengantin sendiri, jadi anda yang harus sediakan pelan jalan sebaik mungkin, seolah-olah anda baru di kawasan itu, apa tanda di jalan contoh nama bangunan, nama stesen minyak dan simpang lampu isyarat merupakan perkara penting dalam mereka pelan jalan untuk tetamu. 

Restoran Ahmad Albab, Seri Kembangan (kedai dah tutup)

Image
Bersebelahan 99 Speedmart.. Dalam ada aircond Update 2020.. kedai ni dah tutup dari tahun 2019 lagi.. sekarang dah jadi kedai lain.. FB  Ahmad Albab Kat Foursquare dapat 7.5/10 tau. Memang sedap masakannya, setanding apa ntah kat KL tu.. pasni tak yah pergi KL dah.. Sini pun ada kedai makanan Arab.. ada free wifi lagi. Espada ada pernah dapat password  dia, saya tak jumpa pun kat mana dia tulis password tu.. kena tanya la kot.. haha.. Tandas ok.. Servis ok.. Kebersihan pun ok.. Sinki basuh tangan kat luar..  ok.. ada tisu dan sabun.. Ruang solat juga disediakan, ada kain pelikat (kot) dan telekung (memang ada).. cuma ruang solat tu terbuka luas dan terhad 2-3 orang. Sapa nak makan bersila pun boleh.. ada 2 tempat disediakan.. Dua blogger ni pun cadangkan tempat ni jugak:  Jiha  dan Yana Hisham Femes rupanya kedai ni.. Tak tahu pun selama ni.. Nampak sangat suka terperap dalam rumah kan..

Kena Langgar 2 : Calar

Image
Kena langgar ni jadi masa kat sekolah (tempat saya kerja)... kete tu tak bergerak pun.. elok sihat walafiat kat kawasan letak kereta tu... Masa tu tengah rehat.. tak makan pun.. rilek-rilek saja dalam library workroom .. tetibe ade assistant principle  dengan sorang budak sixth form  mai masuk... jenguk la tengok.. nak tau diorang mai masuk nak jumpa sapa.. sekali diorang berdua pandang saya.. cuak dah dalam hati.. " assistant principle  mai ni dah macam ada kes berat jer.." Budak lelaki tu namanya J.L. Dia dengan muka cuak ala takut-takut kena terkam tu dengan menggeletarnya on  kan hp nya sambil cakap "Is this your car miss?".. masa tu blur  lagi.. tak paham apa yang berlaku..   yang assistant principle tu pulak suh saya duduk balik dan rilek.. J.L sambung lagi cakap sambil macam duk cari gambar dalam hp nya itu. Lepas dia tunjuk gambar yang ada no plat kereta tu.. rasa tak sedap hati.. apa pulak yang jadi kat Viper (nama kete) ni.. s...

Blueberry cheesecake

Image
Bagi penggemar Blueberry Cheesecake confirm dah terliur...hahaha..cam saya la... Selama ni tak de terpikir pun nak makan blueberry cheesecake ni.. cam tak heran la.. ntah tetibe satu hari ni member opis tanya saya mkn tak cheesecake.. jadi saya cakap la mesti la makan.. terutama blueberry cheesecake yang memang jadi kegemaran saya.. rupa-rupanya member tu tanya sebab bos nak belanja kek.. wah.. untungnyer... usha la member .. jadi ke bos nak amek cheesecake.. member jawab la tak jadi sebab kita berdua taste lain-lain... jadi bos amek keputusan untuk beli marble cake kek.. jadi la.. dari langsung tak de..  hehehe... Jadi memandangkan bos tak jadi amek cheesecake, kecur lak air liur terkenang blueberry cheesecake tu.. apa lagi.. Jadi satu hari ni balik kerja je terus lencong ke AEON.. buat apa lagi cari Secret Recipe la.. Kebetulan datang waktu tepat kul 4.30 sebab dari kul 3-6 petang ada special tea break... Jadi saya order : ...