Felt Craft Siri 14: Permainan Memancing Ikan Magnet

Jom kita memancing...


Jika kita Google.. macam-macam cara boleh kita jumpa.. boleh sesuaikan ikut bajet dan bahan yang ada.. jika ada.. jika tidak.. pilih sahaja mana satu cara yang mudah untuk anda buat.

Ini cara dan bahan yang saya gunakan untuk buat permainan ini yang terdiri daripada 2 batang pancing dan 8 ekor ikan.

Bahan yang diperlukan:
Felt berwarna-warni
Magnet besar - 1/2
Magnet kecil 1.5cm- 8
Kayu chopstick 1 set
Pistol gam panas
Fiber

Klik sini untuk dapatkan template gambar ikan yang saya guna.

Sila muat turun dan buka aplikasi MS Word untuk pilih saiz ikan yang dikehendaki. 
Jangan lupa untuk tetapkan setting kertas di MS Word sebagai A4.


Cara-caranya:
1) Potong kain ikut template. 2 kain bagi 1 badan ikan.. badan depan dan badan belakang. Dan 1 sirip sahaja.


2) Jahit sirip dulu, gamkan mata ikan berdekatan dengan sirip di badan ikan depan. Dan gamkan sekali magnet di sebelah dalam ikan di badan ikan depan juga. Terletak di mata ikan. Sebab tu gambar atas sekali tu.. bila ikan kena pancing, mata dia tak nampak.

Sebelum gam magnet tu dulu.. cuba ambil magnet besar dan lekatkan magnet kecil. Bahagian magnet kecil yang melekat di magnet besar tu yang kena letakkan gam.

Pertanyaan: Kenapa kena gam magnet dan letak di badan ikan depan. 
Jawapan: Sebabnya jika lekat magnet kat bahagian badan ikan belakang atau di tempat lain, pelik la pulak sebab ikan kan dipancing di mulut. Jika magnet di gam di belakang badan ikan, nanti ikan tu tak dapat la dipancing sebab magnet dia kat belakang.


3) Jahit insang pari dan masukkan fiber kedalam sebelum selesai menjahit.


4) Guna pistol gam panas untuk gamkan magnet dengan tali, guna tali rafia pun boleh juga kot.  (Tengok gambar atas sekali). Panjang tali ikut suka. Ikat tali ketat-ketat di hujung chopstick (Tarik kiri kanan sahaja, jangan tarik keatas sampai terkeluar tali tu, kang kena ikat balik kat chopstick). Pastu saya letakkan lagi gam banyak-banyak di ikatan tali kat chopstick tu di sebelah atas dan bawah tali tu supaya betul-betul kukuh. Tali ikatan tu jadi macam sandwhich antara gam-gam tadi. Saya guna ikatan Timber Hitch Knot:



8 ekor ikan je yang boleh buat untuk masa ini.. Magnet dah tak cukup. hew hew hew.


Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas