Posts

Showing posts with the label Outing

Restoran Ahmad Albab, Seri Kembangan (kedai dah tutup)

Image
Bersebelahan 99 Speedmart.. Dalam ada aircond Update 2020.. kedai ni dah tutup dari tahun 2019 lagi.. sekarang dah jadi kedai lain.. FB  Ahmad Albab Kat Foursquare dapat 7.5/10 tau. Memang sedap masakannya, setanding apa ntah kat KL tu.. pasni tak yah pergi KL dah.. Sini pun ada kedai makanan Arab.. ada free wifi lagi. Espada ada pernah dapat password  dia, saya tak jumpa pun kat mana dia tulis password tu.. kena tanya la kot.. haha.. Tandas ok.. Servis ok.. Kebersihan pun ok.. Sinki basuh tangan kat luar..  ok.. ada tisu dan sabun.. Ruang solat juga disediakan, ada kain pelikat (kot) dan telekung (memang ada).. cuma ruang solat tu terbuka luas dan terhad 2-3 orang. Sapa nak makan bersila pun boleh.. ada 2 tempat disediakan.. Dua blogger ni pun cadangkan tempat ni jugak:  Jiha  dan Yana Hisham Femes rupanya kedai ni.. Tak tahu pun selama ni.. Nampak sangat suka terperap dalam rumah kan..

BBN Flora, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

Image
Pinjam gambar Google Street.. Tak sempat nak ambil sendiri... lupa aje!. AWAS: Nak kesini jangan Google nama kedai ni tau, nanti sesat! Sebolehnya google guna Jalan BBN 1/31.. Tapi google cuma tau Jalan BBN 1/5 (Jalan utama yang Google Street ambil gambar atas tu). Tak pun Google Nilai Square dulu.  Tengok gambar bawah yang saya tanda X merah tu.. tu lokasinya.. Kedai ni besar tau sebab dia beli 2 lot kedai yang sebelah-menyebelah.  Jom cuci mata tengok gambar yang saya ambil: Kertas Crepe pun ada... Nampak tak kat kanan atas gambar tu.. situ ada  lace  dan  beads..  untuk baju ada, untuk bakul hantaran pun ada.. tapi sayang  beads  yang saya nak tu tak ada kat sini.. Stok benang kat sini tak yah cakap la. memang banyak.. untuk stok jahit mesin pun ada.. Busa bulat pun ada macam-macam saiz.. cam menarik jer..   Felt pun ada..

Mahnaz Food

Image
Maksu yang kenalkan tempat ni.. ntah macam mana dia tau pun saya tak tau... Kebetulan tempat ni tak jauh dari rumah adik ipar dia dan rumah pak cik saya yang tinggal kat USJ.. Jadi tiap kali dia nak pergi dua tempat tu mesti umpan saya pergi kedai Arab ni..  Lokasi: Jalan TP 7/5, Taman Perindustrian Sime Uep, 40400 Shah Alam, Selangor Pinjam gambar dari Google Besa la pompuan.. bawak pi kedai macam ni.. rambang biji mata nengok..  Banyak kali dah pergi.. tapi selalu beli campuran kacang dan buah-buahan jer.. Kali ni beli banyak sikit.... Ni laman web rasmi dia: Mercu Cita FB: Mercu Cita Sapa kat kawasan Kajang, Semenyih, Bangi, Putrajaya, Cyberjaya dan Seri Kembangan boleh pergi cawangan Mercu Cita kat Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya.. baru bukak.. (cheq pun tak pergi lagi) dengar cerita dari FB rasmi mereka, harga kat Alamanda tu tak sama dengan harga kat Shah Alam tu.. ye la.. Alamanda kan tempat komersil, harga jadi lain la.. Kat...

Taman Warisan Pertanian Presint 16, Putrajaya

Image
Sedapnya...... sayangnya tak boleh diambil.... Disebabkan ada sorang kawan kami ni yang sanggup ambil cuti dan datang turun dari Utara semata-mata rindukan kami di sini.. Jadi kami pun susun la agenda 'Jalan-jalan'.. dan salah satu destinasi kami adalah membawanya melawat Taman Warisan Pertanian di Presint 16, Putrajaya. Taman Warisan Pertanian ni terkenal dengan tempat makannya iaitu Penanggah.. Ramai orang datang sini  nak makan ikan bakar, sate Haji Samuri dan macam-macam lagi.. Nak naik ke taman ni kena lalui kawasan makanan Penanggah dahulu lepastu baru jumpa tangga untuk ke kaunter pintu masuk taman ni..  Bayaran untuk masuk dikenakan (maaf lupa pulak berapa RM)... begitu juga jika anda memilih untuk menaiki buggy  seperti kami....Kami naik buggy sebab matahari dah terpacak kat atas kepala ni.. tak lalu la nak berjalan kan... lagi pun masa ni waktu petang selalu hujan..  Banyaknya pokok nenas.. musim buah memang lagi la terliur.... Per...

Croatia - Plitvicka Jezera: Tempat yang saya nak pergi

Image
Cantik kan tempat ni.... Plitvicka Jezera.. Kali ni saya nak cerita pasal salah satu tempat saya nak pergi.. ni yang antaranya - CROATIA... sebab?.. semata-mata nak pergi ke tasik yang cantik ini...cantik kan.. kan?.. kan?.. perghh. honeymoon sini ok gak kn?.. kui kui kui.. berangan kuat ni... jom layan gambar dulu sebelum saya ceritakan sikit-sikit pasal tempat ni..  Nak amek gambar kawin cam nie.... Ok.. tamat sesi berangan.. masa untuk bercerita pasal Croatia ni pula... Croatia ni letaknya: Ni pula bendera negara Croatia: Kebetulan kat perpustakaan ada buku   Lonely Planet: Croatia  ..pinjam la.. apa lagi.. konon boleh la mula merancang nak bercuti... hehehehe... cuti-cuti luar negara....ewah..hum.. macam-macam ada dalam buku tu.. bab bajet pun ada.. dan buku ni rekemenkan suruh guna xe.com  untuk tahu kadar pertukaran matawang yang tepat. huh.. macam dah merancang jer ni...(oppss.. berangan) [1...

Blueberry cheesecake

Image
Bagi penggemar Blueberry Cheesecake confirm dah terliur...hahaha..cam saya la... Selama ni tak de terpikir pun nak makan blueberry cheesecake ni.. cam tak heran la.. ntah tetibe satu hari ni member opis tanya saya mkn tak cheesecake.. jadi saya cakap la mesti la makan.. terutama blueberry cheesecake yang memang jadi kegemaran saya.. rupa-rupanya member tu tanya sebab bos nak belanja kek.. wah.. untungnyer... usha la member .. jadi ke bos nak amek cheesecake.. member jawab la tak jadi sebab kita berdua taste lain-lain... jadi bos amek keputusan untuk beli marble cake kek.. jadi la.. dari langsung tak de..  hehehe... Jadi memandangkan bos tak jadi amek cheesecake, kecur lak air liur terkenang blueberry cheesecake tu.. apa lagi.. Jadi satu hari ni balik kerja je terus lencong ke AEON.. buat apa lagi cari Secret Recipe la.. Kebetulan datang waktu tepat kul 4.30 sebab dari kul 3-6 petang ada special tea break... Jadi saya order : ...

Stesen Keretapi Ipoh

Image
Memang cantik kan Stesen Keretapi Ipoh ni?.. Kali pertama balik Ipoh naik tren ETS KL Sentral-Ipoh. Selama ni selalu naik kereta jer.. Ntah kenapa tetibe jer mood rasa nak naik tren. Masa ni nak raya jadi baik naik tren, jimat tol dan minyak..  Tiket tren... sebelum naik Dalam tren... dan tiket dah kena cop... Tren ETS ada 3 jenis: 1) Platinum RM 45.00 (dewasa); tempoh perjalanan 2 jam 2) Gold RM 35.00 (dewasa); tempoh perjalanan 2 jam 15 minit 3) Silver RM 25.00 (dewasa); tempoh perjalanan 2 jam 30 minit Nampak tak beza ketiga-tiga tu?... nak cepat amek Platinum, sebab trip tu memang terus ke Ipoh, tak de singgah mana-mana stesen dah. Yang Gold dan Silver ada singgah stesen-stesen lain cuma yang beza dua ni jumlah stesen. Silver singgah paling banyak stesen dari Gold. Tapi baik naik Silver, murah pun. Tak kisah la singgah-singgah ni, janji senang. Sepanjang perjalanan tak terasa tren sesak pun, selesa sangat-sangat. Kerusi pun best boleh adjust2 . ora...