Posts

Showing posts from April, 2015

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

Image
Yang IWK ni pun saya Google jugak hahahaha.. tapi ada jugak saya pergi laman web diorang ni tau Indah Water .  Nak tukar nama IWK ni senang jer, ni cara yang saya buat ok: 1) Ada email yang aktif 2) Rajin bukak email 3) Ada scanner Kat laman web IWK ada tulis: Change of Ownership Photocopies of the 1st, 2nd and last two pages from the 'Sales & Purchase Agreement' with the names of the purchaser/seller, property address, date of agreement and signatories of all parties concerned are to be submitted to IWK for any change of ownership. This is to ensure that ownership details are accurately registered in the premise sewerage account. Yang saya buat la kan, saya pergi  scan  kulit depan sekali tu, pastu mukasurat no.1 yang ada cop hasil, pastu mukasurat no. 2 yang ada tulis harga rumah (saya bagi jer yang ni), pastu yang bahagian tandatangan pembeli dan penjual, pastu saya terlebih rajin terbagi plak plan rumah yang mukasurat terakhir sekali, lantak pi

TNB - Tukar nama (Ownership)

Image
06/03/2015 Alhamdulillah dah ada rumah sendiri...  Tapi banyak lagi benda yang kena buat. Yang pertama ELEKTRIK. (Air tak pe sebab bayar kat pengurusan apartment jer- yang ni awal-awal dah tukar masa amek kad akses keluar-masuk). Mujur pemilik lama tak tutup akaun lagi. Tidak, bergelap la jawabnya. Tapi tak leh leka, dibuatnya pemilik lama tutup akaun, naya!. Jadi kemain Google tanya kaedahnya dan apa dokumen yang perlu bawak sebab tak jumpa maklumat rasmi dekat laman web TNB ni. (Maaf TNB jika saya tak nampak maklumat itu. sebab saya dah cari tapi tak jumpa, pastu tak paham satu hapa kat laman web tu.) Lepas Google dapat tau kena sediakan ini: 1) Salinan Kad Pengenalan (depan belakang tau) 2) Salinan S&P (Photostat jer satu buku tu) 3) Borang Permohonan Bekalan Elektrik Domestik . Isi bahagian 1 dan 2. Kat bahagian 2 pilih salah satu, sama ada 2.A atau 2.B . Pastu tandatangan. 4) NI PALING PENTING: TUNGGU BIL TERBARU SAMPAI BARU PERGI (tengok bil ya