Felt Craft Siri 13: Hiasan felt di baju
Logo DoTA.. apalagi untuk Espada la...
Saya dapat.. eh bukan dapat... tapi boleh ambil TShirt percuma kat sekolah (tempat kerja saya), mungkin sebab baju ni stok lama dan stor tak muat nak simpan jadi sekolah buat keputusan bagi percuma kat staf. Saya pun ambil la macam-macam: 4 helai TShirt kapas biasa (2helai-Saiz M, 2helai saiz S), pastu set baju sekolah skirt pendek (ada dua jenis set baju skirt sekolah, dua-dua jenis saya ambil 2 set) hahaha.. boleh melaram kat rumah.. dapat la merasa pakai baju sekolah skirt pendek... hahahahah.. ala-ala cam pelajar Jepun plak terasa.. hahahaha
4 helai TShirt sekolah tu lawa lagi.. bukan stakat lawa.. baru lagi tau.. memandangkan baju tu ada logo sekolah, jadi rasa cam tak best la kan.. 2 helai TShirt saiz M tu memang saja amek untuk Espada. Disebabkan ada logo tu yang tetibe dapat idea nak guna felt tutup logo sekolah tu.
Terjadilah hasil logo buatan sendiri.
Logo DoTA tu saya download dari internet, buat saiz sendiri pastu potong felt dan jahit. Begitu juga dengan yang lain-lain.. semua reka ikut idea masa tu.
Comments
Post a Comment