Posts

Showing posts with the label Buku

Pustakawan 13: Artikel Kerjaya Pustakawan di Majalah Kuntum Julai 2014

Image
Tak disangka ada jugak yang nak cerita pasal kerjaya Pustakawan ni... Terima kasih daun keladi... Lain kali tulis lagi... Buat segmen khas pun tak apa... Kami lagi suka...

Croatia - Plitvicka Jezera: Tempat yang saya nak pergi

Image
Cantik kan tempat ni.... Plitvicka Jezera.. Kali ni saya nak cerita pasal salah satu tempat saya nak pergi.. ni yang antaranya - CROATIA... sebab?.. semata-mata nak pergi ke tasik yang cantik ini...cantik kan.. kan?.. kan?.. perghh. honeymoon sini ok gak kn?.. kui kui kui.. berangan kuat ni... jom layan gambar dulu sebelum saya ceritakan sikit-sikit pasal tempat ni..  Nak amek gambar kawin cam nie.... Ok.. tamat sesi berangan.. masa untuk bercerita pasal Croatia ni pula... Croatia ni letaknya: Ni pula bendera negara Croatia: Kebetulan kat perpustakaan ada buku   Lonely Planet: Croatia  ..pinjam la.. apa lagi.. konon boleh la mula merancang nak bercuti... hehehehe... cuti-cuti luar negara....ewah..hum.. macam-macam ada dalam buku tu.. bab bajet pun ada.. dan buku ni rekemenkan suruh guna xe.com  untuk tahu kadar pertukaran matawang yang tepat. huh.. macam dah merancang jer ni...(oppss.. berangan) [1...

Seni : Fotografi oleh Christopher Boffoli

Image
Christopher Boffoli Christopher Boffoli  menghasilkan pelbagai siri fotografi yang dikenali sebagai " Big Appetites " dimana beliau menggunakan karakter mini manusia yang berlatarbelakangkan persekitaran makanan yang sebenar. Sangat comel dan menarik.. hahaha...ada ke kupas kulit limau guna mesin rumput... Antara gambar lain yang diambil oleh beliau: Lepas ni bila makan kek mesti ingat gambar ni.. hehehe.. Ooo.. diorang la yang proses kulit kayu manis tu jadi serbuk...hehehe.. boleh ke repair kulit telur tu???.... Dan banyak lagi.. banyak sangat.. Cuba google image  mesti jumpa gambar-gambar lain.. Simple but yet creative ... kan? Harga dalam RM49.50. Berminat nak beli buku ni boleh beli di kedai buku ini: 1) Kinokuniya Malaysia 2) MPH Bookstore

Kematangan

Image
We always cry like a kid when we get hurt.. yup..I did... Matang?,                cam ne kita tahu kita dah matang? Melalui umur?,                Ada je yang cakap dah tua tapi tak matang? Dah tu?  Pada pendapat saya, apa yang saya nampak apabila bercakap mengenai MATANG adalah:    -> Kematangan BUKAN pada UMUR <- Ikuti kisah yang dipetik dari laman web Hilal Asyraf ini: Kisah 1 Kisah 2 Nampak tak?.. Muda-muda pun dah matang.. DAN, Artikel dari iluvislam.com: Kisah 3 Sekadar berkongsi... Nak cakap banyak mengenai hal ini pun saya tak berapa pandai sebab saya sendiri belum pasti sama ada saya sudah matang ataupun tidak. Pape pun, baru-baru ni saya terjumpa satu buku di Kedai Buku Popular. Tajuk die, "Rancang wang sejak jatuh cint...

Tentang cinta oleh Pahrol Mohd Juoi

Image
Cover buku yang saya baca, buku ni sudah ada cover yang baru "Ya Allah berikanlah cinta-Mu kepadaku, jadikanlah orang yang mencintai-Mu mencintai aku, dan jadikanlah aku mencintai segala sesuatu yang membawa kepada kecintaan-Mu." __________________________________________ Bab 1: Titanic yang tenggelam "Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri...sebelum mencintai Allah" Remaja masa kini terlalu asyik dan kemaruk dengan cinta, ada yang bermula seawal sekolah rendah ataupun menengah malah di usia pra-sekolah pun sudah ada..cinta monyet. Bagi yang di universiti, puncaknya adalah mempunyai seorang pasangan hati di sana, berkenalan dan terus 'couple' dengan pengharapan penghujungnya adalah nikah namun ada yang terkandas jua. Cinta sememangnya asyik dan nikmat kerana ia adalah hadiah daripada Allah. Kita seringkali mengetepikan Allah kerana terlupa bahawa Diala...

Aisyah & Khadijah

Image
2 wanita yang amat penting dalam hidup Nabi Muhammad s.a.w. Ya Allah, semoga Engkau melimpahkan rahmat, selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad, keluarga, isteri dan sahabat beliau. Amin .

Nota hati seorang lelaki oleh Pahrol Mohd Juoi

Image
Alhamdulillah.. selesai membaca buku ini.  Semoga selepas ini saya boleh membelinya, dan sentiasa membacanya. Kerana dalamnya terdapat pelbagai ilmu yang boleh dipelajari dan dipraktikan dalam kehidupan seharian. Dan sebagai ingatan di waktu kita terlupa. Buku ini bukan sahaja untuk lelaki tetapi wanita juga boleh membacanya. Sangat sesuai.

Tautan hati 5: bab 15

Image
Ramai orang berpandangan, Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan, Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang, Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan, Mereka sebenarnya terlepas pandang, Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh RISIK dan bertunang, Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan, Taaruf itulah mendedahkan keserasian, Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran manusia berlainan, Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan, Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan, Bukan taaruf melalui bercinta sakan, Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan, Bukan serasi dengan kehendak pasangan, Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan, Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan. -Monolog Asiah Yusra- Berfikir sejenak: Bila berdua, syaitan yang ketiga, Menghasut bukan-bukan dalam fikiran, Mula pegang tangan, Katanya ringan-ringan, Sikit sahaja tak mengapa kan? Bila dah biasa, Yang ringan jadi amalan, M...

Tautan hati 4: bab 8

Image
Sering ku terdengar, Usikan nakal, si lelaki pada wanita, FEUWIT, CUNNYA! buatku keliru sendiri, apakah ertinya kecantikan wanita, di mata lelaki? Adakah pada susuk tubuh yang menggiurkan? Atau pada akhlak yang menawan? Biar apa pun jawapannya, Aku tetap aku, Apa yang ku tahu, Aku seorang wanita, Fitrahku sukakan diri cantik jelita, Namun bukan kecantikan di mata manusia, Sebaliknya, Ku mencari kecantikan yang diiktiraf Tuhan. -Monolog Layyinul Harir-

Tautan hati 3: bab 5

Image
" Bismillahirrohmanirrohim . Saya lukis dua buah jam. Satu dalam bekas kaca, berbalut dengan kain baldu dan satu lagi terdedah, tidak tertutup. Err, saya nak tanya pelajar lelaki, kalau antum nak beli jam, jam mana yang antum akan pilih?" Suara lantang Asiah Yusra membuktikan kekentalannya, seorang mujahidah. .................................. ..."Err, jam yang tak ditutup tu, saya tak berkenan. Tentu banyak debu yang melekat. Lagipun saya tak suka jam yang telah dibelek-belek orang, hilang serinya. Saya juga tak suka jam yang telah menjadi tontonan semua orang, hilang keunikan. Harganya pun tentu murah, tak ada class . Tak nak lah saya....". Terdengar kekekan nakal sebaik sahaja Fattah mengenakan Zaid. Fattah menyambung lagi. "Err, of course lah saya pilih jam yang tertutup dengan kain baldu. Walaupun saya boleh agak harganya tentu mahal tapi saya tak kisah. Bagi saya, biar alah membeli asalkan menang memakai. Yang mahal ni selalunya berku...

Tautan hati 2: bab 4

Image
Biar apa yang sedang diperkata, Biar beribu dugaan melanda, Kupasakkan azam di dada, Ku kan mendamba-Mu dengan setia, Ku tak mahu terhalang semudahnya. Biar...biar... HEBOH Berita dusta, Kutangkis sekuatnya, Demi mendampingi-Mu dimalam gelita, Tanpa rasa takutpada sesiapa, Kerana kutahu, itu syirik namanya. "Sesungguhnya, mereka hanyalah syaitan yang menakut-nakuti kamu dengan teman-teman setia mereka, kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu orang beriman" (Ali-Imran:175) -Monolog Imtisal- -=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-  "Bagi Yusra, ini semua ujian Allah untuk menguji akidah kita. Yusra tak nak bercakap besar mengatakan Yusra tak percaya atau tak takut. Secara psikologinya, perasaan itu tetap ada bila berita ini dibesar-besarkan oleh semua pihak. Tapi, bila Yusra kembali pada hakikat iaitu Allahlah Tuhan yang patut ditakuti melebihi takutnya kita kepada makhluk maka Yusra lawan segala perasaan yang ada da...

Tautan hati 1: cover

Image
Hati ana sudah terpaut.... Alhamdulillah akhirnya berjaya menghabiskan membaca novel ini, jalan ceritanya sungguh menarik hati, watak-watak dalam novel ini begitu memberi kesan kepada ana . Harap penulis novel ini tidak kisah jika ana ingin mengekstrak beberapa bahagian dari novel ini ke dalam blog ana . Boleh ye.. kerana ana merasakan ia begitu sesuai dengan diri ana dan dijadikan ingatan buat ana. -=-=-=-=-=-=-=-=-=-=- Bertemu cinta     dalam halaqoh, Hidup lebih indah     terarah, Menyulam tautan hati     kerana Allah,  Terpaterilah     ikatan akidah. -=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-= "Wajiblah cinta-Ku bagi orang-orang yang berkasih sayang kerana-Ku" (Hadis Qudsi)