Felt Craft Siri 10: Love on stick


Hahaha... nama tajuk bukan main lagi... "love on stick"...
Betul la kan.. sebab love tu lekat dekat kayu lidi tu...
Tak tau kenapa suka sangat dengan love ni...
Barangkali...I'm in love... kot..

Idea ni dapat dari sini:


Jom buat.. mudah jer...:
1) Fotong felt ikut bentuk love.
2) Nak hias letak star macam saya pun boleh (tengok gambar bawah).. nak biar kosong pun boleh.. nak letak apa-apa sahaja pun boleh...



Saya ni bila jahit felt kalau boleh nak guna benang panjang-panjang.. bila dah panjang biasa la, diorang mesti berbelit kan.. jadi bila jahit tu saya selalu buat macam ni (gambar bawah) supaya benang tu tak terbelit...



Jahit lawa-lawa.. guna stail insang pari... nak pakai benang biasa pun boleh.. benang bulu kambing pun boleh.. ikut suka korang ok...



3) Bila dah sampai separuh tu.. masukkan felt kat sebelah yang dah berjahit.. nak tunggu lagi suku habis jahitan pun boleh.. tapi hati-hati la.. jangan paksa sumbat kapas polister tu.. kang tertetas pulak jahitan tu..



Sambung jahit.. hampir dekat nak rapat.. masukkan kapas polister lagi.. isi mampat ikut suka korang nak macam mana.. tapi jangan sampai kembong bulat cam tahap nak meletup pulak.. agak-agak la...

Pastu masukkan lidi.. ada setengah orang letak gam supaya lidi tu lekat kat felt.. tapi saya tak buat cam tu.. saya jahit rapat2 dengan benang pastu lilit benang kat lidi tu.. tak ketat tapi tahan jugak la love tu sangkut kat lidi... 

Lidi tu beli kat kedai Mr. DIY

Gambar bawah ni dah salah tau.. maaf lupa nak shoot gambar baru... nanti saya buat baru k..
Patutnya sebelum sumbat polister tu sampai penuh macam gambar bawah ni.. lidi tu dah dimasukkan dalam tu.. lidi tu mesti tengah-tengah.. baru penuhkan ruang dengan polister dan sambung jahit sampai habis... pastu saya tak gamkan felt tu ke lidi.. 


Dah siap..

Saje buat.. draf konon... hahaha...

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas