Bakal Pengantin 2016: Cenderahati tetamu dewasa


Pening kepala fikir pasal cenderahati.
Saya memang tak mahu belikan yassin dan tasbih sebab bila dah banyak kat rumah pun, bukan tetamu tu guna nanti, rugi jer.
Pastu kalo kek cawan ke,  kek bahulu besar ke, dua-dua tu saya tak mau, tak lalu dah nak makan.

Entah la, serabut kepala fikir. Ada je idea lain mesti kena komen:
Magnet : tak elok letak kat peti ais la, rugi la..
Kalendar: rugi, orang senang dapat awal tahun.
Telur rebus?.. dengan keadaan keluarga saya macam ni, memang tak la kan nak ada telur rebus tu. Maksu pun tak mau merebus telur.. sebab remeh, ambil masa dan tiada tenaga manusia untuk membantu..
Felt?: tak ada idea nak buat apa, 300 keping pulak tu.. mana sempat..

Dalam banyak-banyak pilihan, akhirnya pilih tuala.
Saya pun pergi ke GM Klang dengan adik untuk membeli. 
Cenderahati ini ditaja oleh mama.. hahaha..


Saya borong 300 helai dapat RM1.50 sehelai = RM450.00.
Lari bajet tuu.. 
Lalu saya buat muka kesian a.k.a seposen a.k.a mengharapkan diskaun lagi..
Pekedai tu pun kata "sebab awak pertama kali datang saya bagi lagi diskaun", sekarang RM1.20 sehelai = RM360.00..
Nak murah lagi ke tak?, cam nak murah lagi, tapi adik sikit pun tak nak tolong mencelah, dia sibuk main dengan hp jer.. sabo je la..
Sudahnya, ambil je la.. setel..

Ni nombor dan alamat pekedai tu jika berminat:




Dah beli..
Sekarang perah otak macam mana nak menghias..

Mula-mula ingat nak letak riben jer.. ok.. tapi macam kosong..

Cuba letak felt love tu.. adik2, mama dan espada pun setuju suka yang sebelah kanan.. ok.. terus buat hat tu...

Acane letak riben dekat love tu?.
Macam ni:

Mula-mula potong love. kemudian (tengok gambar atas).. lipat love tu supaya kita boleh gunting sikit.. gunting kecik jer, muat-muat riben nak masuk, ok..

Buat lagi sebelah.. jarak jangan jauh sangat..

Masukkan riben macam dalam gambar atas.. riben tu panjangnya dalam anggaran 46cm..

Masukkan tuala yang digulung rapi.. pegang tuala kuat-kuat dan tolak love tu dekat tuala..

Ikat sekali.. pastikan ketat.. dah ikat pusingkan riben kanan ke kiri.. riben kiri ke kanan.. 

Lepas pusing/twist ni jadi sama macam lepas ikat tadi.. sekarang boleh la ikat riben biasa... 

Ada bezanya bila twist ni.. riben tu nanti jadi cantik elok terletak tak de senget benget.. tak caya?.. tengok gambar bawah:

Ada rupa cam nak buat berniaga tak??... cewah.. cantik kan...

Nak riben jadi cantik tipsnya:
1) Tau ikat riben
2) Buat twist yang saya suruh buat tu.
3) Kekemasan masa melipat riben dan mengikat riben tu, kalau tak kemas tak jadi cantik macam gambar atas.. <- yang ni payah sikit.. saya pun boleh kira berapa banyak riben yang kemas macam saya buat kat atas tu.. yang lain-lain tu masih lagi riben tapi tak sama macam gambar atas tu... 

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas