Posts

Showing posts from August, 2015

Untuk Dijual 1 [TAK JADI JUAL]: Baucer Public Bank Swiss Garden Beach Resort, Damai Laut, Pulau Pangkor

Image
Memandangkan tiada yang nak beli kan baucer ni.. Baca lebih lanjut:  Swiss Garden Public Bank Sayang la pulak nak biar macam tu je.. Yela bayar bilik RM146 semalam untuk Deluxe Garden View.. pastu dapat complimentary : 1) welcome drink upon arrival 2) Unlimited usage of non-motorized activities; subject to weather condition 3) Schedule shuttle service to Lumut and Manjung town for shopping  Dah tengok apa aktiviti yang non-motorized tu.. Swiss Garden ada jadual aktiviti ikut hari.. setiap hari tentatif dia lain-lain..Untuk hari yang saya nak pergi tu saya nak cuba ni: Guided bicycle ride (complimentary) Archery (RM10-30mins) Cooking class (complimentary) Guided Nature Walk (complimentary) Night Fishing at Resort Jetty (RM10 per rod&bait) Jadi saya ajak kawan-kawan opis pergi.. mujur mereka setuju.. Dah buat tempahan.. *winkwink* Tunggu masa saja nak pergi.. Yahooooo! Paling seronok sekali bos kasi kami semua cuti sama-sama untuk pergi ...

Felt Craft Siri 1 : Baru cuba

Image
[20 May 2013] Housemate punya pasal la ni, dia yang memperkenalkan seni kraf ni pada saya;  felt craft. Tengok dia buat ala comelnyer... nak gak cuba buat... jeles ni... dia pun hadiahkan la salah satu hasil dia tu pada saya... ni yang semakin bersemangat nak cuba buat sendiri. Tanya la kawan tu kat mana dia dapatkan bahan kan. Dia cakap bahan tu ada jual kat Daiso... aik.. cam ada je nama kedai tu kat Aeon... hurm.. nak gi tengok la... boleh beli dan buat sendiri... Jadi selasa lepas gi la Aeon, yup... memang ada.. bahan felt tu pn ada... sebab tak tau harga pasaran felt tu berapa jadi amek je la satu pek felt yg byk kaler sket, nak wat eksperiment kan.. apa barang amek kaler sikit. hehehe... end up  keluar Daiso ni la barang yang saya beli... RM5 setiap barang, jumlah keseluruhan RM25.00 Tu pun ada hati nak tambah lagi barang... Daiso ni ada yang berbaloi ada yang tak.. tengok item la... paling berbaloi yang polister tu la... yang lain-lain tak nak dah...

Pengasingan Sisa Pepejal Berkuatkuasa 1 September 2015 Untuk WP KL, WP Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, N9, Perlis dan Kedah

Image
Khusus untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah sahaja. Anda sudah bersedia? Bagi negeri-negeri lain yang tak terlibat pun rasanya boleh sahaja buat macam ni kan.. tak salah...  Tak nak hantar kat tong kitar semula anda boleh jual balik walaupun dapat berapa sen jer...  petang-petang kan kadang-kala ada lori yang lalu pastu dengar dia mainkan suara ni "Surat khabar lama.. Sau Kau Cap Ji...(pastu ada bunyi hon)".. kan kan..? Tahan la diorang.. jual je la kat situ..  Tak nak jual kat diorang sebab korang tahu ada kedai Muslim?.. bagi tahu kat sini.. boleh kongsi-kongsi.. saya tak tahu.. Tak nak jual pun boleh jugak.. kalau nampak tong-tong ni korang isikan je la... Senang.. Selamat Mengitar Semula...! p/s: Jangan nak kondem kerajaan sangat pasal hal-hal ni.. kat Korea  dan Jepun  pun depa kena asingkan sampah.. suka kondem. tong tak cu...

Felt Craft Siri 7 : Kasut baby yang comel...

Image
Alahai.. comelnyer...nak buat cm ni jugak la... Kebetulan isteri kawan saya akan bersalin dalam bulan Jun.. Jadi tangan ni mula la gatal-gatal nak buat hadiah.. hehehe.. dapat la idea nak jahit kasut yang comel ni.. comelnya.. [UPDATE] Saya pilih nak buat cam gambar di atas. Maaf sebab tidak perasan link  yang diberikan sudah tidak wujud lagi sebab pemiliknya dah susun semula laman webnya. Jadi masa tu semua link  dia jadi broken .. baru-baru ni dia dah betulkan balik.. jadi saya dah download dan save  dalam slideshare saya.. jadi saya kongsi full pdf template tu ok.. Maaf sangat-sangat sebab terlupa nak tengok old-post .. Heather bailey bittybooties from lukisanaku Inilah template booties yang saya gunakan.. ada di hujung slideshare tu... Saya baru je potong  template ni. belum lagi nak potong kain.. huhu.. nanti saya update  ok.. Adeh.. sorry ... saya dah siapkan kasut comel ni.. tapi tak dan nak amek gambar masa bua...

Pendakap Gigi Palsu, Cantik hari ini, Esok hilang gigi!

Image
Wa.. cantiknya kan... fake braces... jimat dan murah kan.... (ayat sarkastik) &#*&#@ Marah betul saya dengan isu ini. Sebagai bekas pemakai pendakap gigi ini (yea saya pakai railway ni dulu.. masa tingkatan 4 & 5) adalah suatu pengalaman ngeri yang tak kan dilupakan seumur hidup. Sakit dan ngilu sepanjang menggunakannya sangat tak terkata. Ya kosnya memang mahal bila dibuat di klinik swasta, tapi cepat prosesnya dan appointment  dengan doktor berbanding ke klinik kerajaan. Saya tak faham, kenapa boleh wujud isu pendakap gigi palsu ini?. Memangla ada setengah orang nampak cantik dengan railway tu, tapi nak pakainya mesti ada sebab, sebabnya nak cantikkan gigi bagi tersusun rapi bukannya suka-suka. Saya ceritakan sikit-sikit yang mana saya masih ingat semasa memakai railway  ni (maaf jika ada tersalah, blur-blur  dah):

Cermin sisi motor, kenapa orang suka curi yea?

Image
Gambar atas dan kat bawah ni adalah gambar terbaru iaitu kali ketiga.. yea.. ketiga.. saya kena tukar cermin sisi motor ni.. -Ori- Mula-mula masa beli tahan la jugak dalam 1 tahun 6 bulan macam tu.. cermin sisi kekal asli seperti baru dibeli...  -Kali pertama- Masuk dekat tahun ke-2 pakai.. dah mula lesap cermin sisi belah kiri... Disebabkan masih lagi jambu dalam bawa motor, pergi la kedai tukar set baru.. kat kedai tu dia cadangkan dua jenis set: 1 tu mahal sikit, dan 1 lagi yang murah.. sebab sayang moto pilih yang mahal sikit.. terbang RM masa tu.. masa ni baru la tahu, mana ada orang tukar cermin sisi sebelah aje.. hahahaha.... -Kali kedua- Elok dalam sebulan ke 6 bulan.. lesap lagi yang sebelah kiri... lat seminggu pergi la kedai.. kali ni mintak yang murah pulak.. -Biar je tak tukar dah- Hmm.. haramm.. tahan beberapa bulan jer.. kali bukan sebab kena curi tapi jatuh masa tengah bawak motor tu.. skru dia longgar.. bayangkan tetiba tengah bawak, kor...

DIY hias bakul

Image
Ni ideal asal saya... Dapat kat maksu.. dia gubah jadi macam ni.... tapi tak guna pun masa majlis tu.. Bawah ni ada tiga gambar,, bakul ni sebelum dihias.. Yang dah berhias:

Kena Langgar 1 : Viper kena cium

Image
Baik punya kena cium... Kes ni jadi masa bulan 1 tahun lepas (2014)... Oh ya, Viper tu nama gelaran kereta Wira kami.. masa kejadian tu waktu malam dalam 8.30malam... Nak pergi BlueCube dekat SetiaWalk yang dekat dengan IOI Mall Puchong tu.. Beratur kat simpang tiga kawasan perumahan saya.. kawasan tu berbukit tinggi sikit.. pastu banyak kereta dok lalu-lalang.. ramai tak reti bagi signal.. jadi susah la nak lepas simpang tiga tu.. elok nak gerak cross simpang tiga tu.. tiba-tiba ada kete laju straight  jer.. tak jadi la gerak... sekali orang belakang tak sabar sangat.. DUM.. kena cium.. memang kuat impak dia.. pastu dia marah kitorang plak sebab tak jalan.. bodo betul.. dah tau sini payah nak cross  yang tak reti sabar tu sapa suruh (marah betul)... Saya cakap kat espada suh dia amek no telefon yang langgar tu.. dengan eksyen mamat tu cakap kuat "aku tak lari lah!".. we'll see..  ye ke tak... Dia cakap nak pergi kat pintu masuk pasar borong sebab nak jump...

Awas Scammer!!!

Image
Ini kisah benar yea. Kisah yang terjadi pada saya. Encik Espada nak jualkan set drum elektronik dia, jadi saya tolong post kan di Mudah.my, kebetulan harga yang kami tetapkan adalah dalam RM1K lebih. Masa tu risau juga jika tiada sambutan daripada pembeli. Pucuk dicita ulam mendatang. Tak lama lepas post  tu. Dapat sms dari Mudah.my: wow...ada yang nak beli.. Tengok bawah ni: scammer 1: alexmorris230@gmail.com Terkedu.. Ya ke ni..  Mr Espada dah seronok dah, sebab dapat pembeli luar negara. Saya pun seronok jugak. Tapi kan.. bila baca balik ayat yang dia tulis tu terasa fishy  kan? Away from the country -  negara mana pulak? No call due to the lack of reception on the sea area. But I'm able to access email anytime - setahu saya bila telefon pun tak ada liputan, internet pun macam tu juga kan?, dia pakai fiber optik ke kat laut tu? Paling-paling tak munasabah bila dia tulis: I have a mover that will come for...

BBN Flora, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

Image
Pinjam gambar Google Street.. Tak sempat nak ambil sendiri... lupa aje!. AWAS: Nak kesini jangan Google nama kedai ni tau, nanti sesat! Sebolehnya google guna Jalan BBN 1/31.. Tapi google cuma tau Jalan BBN 1/5 (Jalan utama yang Google Street ambil gambar atas tu). Tak pun Google Nilai Square dulu.  Tengok gambar bawah yang saya tanda X merah tu.. tu lokasinya.. Kedai ni besar tau sebab dia beli 2 lot kedai yang sebelah-menyebelah.  Jom cuci mata tengok gambar yang saya ambil: Kertas Crepe pun ada... Nampak tak kat kanan atas gambar tu.. situ ada  lace  dan  beads..  untuk baju ada, untuk bakul hantaran pun ada.. tapi sayang  beads  yang saya nak tu tak ada kat sini.. Stok benang kat sini tak yah cakap la. memang banyak.. untuk stok jahit mesin pun ada.. Busa bulat pun ada macam-macam saiz.. cam menarik jer..   Felt pun ada..