Pendakap Gigi Palsu, Cantik hari ini, Esok hilang gigi!

Wa.. cantiknya kan... fake braces... jimat dan murah kan.... (ayat sarkastik)

&#*&#@
Marah betul saya dengan isu ini.
Sebagai bekas pemakai pendakap gigi ini (yea saya pakai railway ni dulu.. masa tingkatan 4 & 5) adalah suatu pengalaman ngeri yang tak kan dilupakan seumur hidup. Sakit dan ngilu sepanjang menggunakannya sangat tak terkata. Ya kosnya memang mahal bila dibuat di klinik swasta, tapi cepat prosesnya dan appointment dengan doktor berbanding ke klinik kerajaan.

Saya tak faham, kenapa boleh wujud isu pendakap gigi palsu ini?. Memangla ada setengah orang nampak cantik dengan railway tu, tapi nak pakainya mesti ada sebab, sebabnya nak cantikkan gigi bagi tersusun rapi bukannya suka-suka.

Saya ceritakan sikit-sikit yang mana saya masih ingat semasa memakai railway ni (maaf jika ada tersalah, blur-blur dah):

1. X-ray gigi dulu
2. Jika ada gigi yang kena cabut, akan dicabut dulu.
3. 4. No. 1 - 2 dalam tempoh 2-3 minggu
4. Pendakap gigi ada banyak jenis, yang saya cerita ni yang saya pakai la. Tak salah, doktor letak Headgear Tube tu kat dua gigi geraham yang terakhir. (Lihat gambar bawah). 4 set dia letak.. dua atas dan dua di bawah.

5. Lepas tu dia pun letak la macam gambar bawah ni. Yang rubber band tu bukan pakai 24 jam. kadang-kadang jer. ikut arahan doktor macam mana. Tapi kan, masa doktor dah masukkan wayar besi (archwire) tu dalam bracket, otak rasa macam jadi kecut jer, mulut rasa berat tak leh nak tutup, gusi sakit yang teramat. Memang sakit. Masa ni kan, saya rasa, sapa cari pasal mau saya bunuh orang tu on the spot. Migrain beb!.

6. Hari pertama pakai. Nak minum pun tersiksa, sakit. Makan?, bubur je la yang boleh tu pun 2-3 sudu kecil sebab sakit sangat-sangat, sakit punya pasal, perut lapar tahap kebulur pun boleh tahan tau!. Masa ni mulut akan ada ulcer sebab bracket tu. Jadi doktor akan bekalkan wax untuk diletakkan kat atas bracket tu supaya tak sakit. Hampeh, tak ada beza pun, kurang sikit jer. Akhirnya tak pakai pun, reda je la ulcer tu. letak ubat kebas. Perasan tak kat gambar bawah ni, sebelah kiri bawah tu ada wayar terlebih?. tu tajam tau tak, sakit tau, masa ni kalau buat duckface boleh tercucuk besi tu kat isi pipi!. 


7. Tiap-tiap bulan jumpa doktor, doktor akan ketatkan wayar tu, potong jika perlu untuk bagi pendek, getah warna-warni tu pun akan ditukar sekali.
8. Ada berus gigi khas untuk pemakai pendakap ni (lihat gambar bawah). Bila dah malas pencungkil gigi jadi penyelamat sebab nak cepat hilangkan sisa makanan kat celah pendakap gigi tu.

9. Bila doktor kata pendakap ni dah boleh dicabut, memang seronok betul perasaan saya, rasanya seperti burung yang dilepaskan dari sangkarnya. Tapi mimpi ngeri masih belum berakhir. 
10. Peringkat terakhir sebelum graduate dari institusi railway ini (gambar bawah). Dikehendaki memakainya setiap malam diwaktu tidur, dua malam je saya buat lepas tu tak pakai dah, tak pun pakai 2 jam sebelum tidur jer. Malas nak pakai sebab sakit jugak.

Bagi yang nak mula pakai pendakap gigi palsu atau yang dah pakai tu hentikanlah. Dah la murah. Gerenti ke bahan-bahan tu setaraf yang klinik gigi guna?. Tahan ke besi tu dengan asid mulut kita ni?, tak terhakis ke besi tu?. Dah ada kan kes ni keluar dalam suratkhabar, jangan ulang kesilapan mereka. Yang terselamat jangan nak ajak orang lain, kang orang tu tak jadi macam awak, awak nak ganti macam mana?. Tukar gigi awak dengan dia ke?, nak ke?.



Jangan kerana nak cantik, keselamatan diabaikan,
Jangan kerana murah dari klinik, anda gadai gigi anda jadi teruk.
Jaga diri, jangan mudah percaya.. fikir dahulu sebelum bertindak!.

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas