Cermin sisi motor, kenapa orang suka curi yea?

Gambar atas dan kat bawah ni adalah gambar terbaru iaitu kali ketiga.. yea.. ketiga.. saya kena tukar cermin sisi motor ni..

-Ori-
Mula-mula masa beli tahan la jugak dalam 1 tahun 6 bulan macam tu.. cermin sisi kekal asli seperti baru dibeli... 

-Kali pertama-
Masuk dekat tahun ke-2 pakai.. dah mula lesap cermin sisi belah kiri... Disebabkan masih lagi jambu dalam bawa motor, pergi la kedai tukar set baru.. kat kedai tu dia cadangkan dua jenis set: 1 tu mahal sikit, dan 1 lagi yang murah.. sebab sayang moto pilih yang mahal sikit.. terbang RM masa tu.. masa ni baru la tahu, mana ada orang tukar cermin sisi sebelah aje.. hahahaha....

-Kali kedua-
Elok dalam sebulan ke 6 bulan.. lesap lagi yang sebelah kiri... lat seminggu pergi la kedai.. kali ni mintak yang murah pulak..

-Biar je tak tukar dah-
Hmm.. haramm.. tahan beberapa bulan jer.. kali bukan sebab kena curi tapi jatuh masa tengah bawak motor tu.. skru dia longgar.. bayangkan tetiba tengah bawak, korang perasan cermin sisi sebelah kiri tu dah berpusing-pusing.. pastu korang ketatkan balik masa tengah bawak tu sebab risau cermin tu tercabut.. hahahaha.. sebelum dia terjatuh dan bye bye tu saya dah pi kedai bagi ketatkan.. pun longgar jugak.. nak dijadikan cerita la tu kot... 

Kali tu masa dah tercabut tu tak pi tukar dah.. biar je tinggal cermin sisi sebelah kanan.. redha jer la...

-Dua-dua belah dah tak ada-
Dan akhirnya ia kecundang juga.. ada orang terlanggar cermin sisi tu kat kawasan parking kot. Cermin tu siap boleh main cabut pasang kat besi dia tu lagi... bayangkan.. cermin tu memang tak boleh pakai dah.. tapi sementara nak ke kedai tukar baru tu. Terpaksa la pakai jugak cermin yang rosak tu.. masa bawak terpaksa adjust la cermin tu sebab asyik bergerak-gerak jer.. pastu tak boleh bawak laju, sebab dia bergegar nanti loose dan terbang pulak masa tengah bawak kan.. geram sangat cabut sekejap simpan dalam compartment depan motor tu.. bila perlu baru masukkan balik cermin tu dalam besi dia..hahaha.. bahaya tul.. dah la kawasan sini kadang-kadang polis ronda dengan moto dan kereta.. risau jugak kang free2 tempah tiket saman ke..

Nak tak nak petang tadi la sempatkan diri pergi tukar.. tanya kedai tu.. ada pilihan apa je.. dia cakap kali ni banyak.. nak yang mana.. saya pun cakap la tak tahu, kemudian saya cerita la yang cermin sisi ni dah dua kali kena curi. Lepas tu dia cadangkan lampu sisi macam dalam gambar atas dan bawah ni.. pendek je besi tu.. comel pulak tengok.. harga RM16.. tak kisah dah.. janji boleh pakai sudah..

Nak tengok kali ni apa pula jadi.. kena curi atau dia longgar sendiri lagi... harapnya tahan la setahun.. eh tak.. dua tahun la... selamanya pun tak apa.. bahaya la tak ada cermin sisi ni... kan?


Oh ya!.. kenapa orang suka curi cermin sisi moto sebelah kiri yea.. diorang kedekut atau tak ada duit nak pergi beli.. kot ya pun, tak kan la sampai curi sebelah yang sama je memanjang...

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas