Kena Langgar 1 : Viper kena cium
Baik punya kena cium...
Kes ni jadi masa bulan 1 tahun lepas (2014)... Oh ya, Viper tu nama gelaran kereta Wira kami.. masa kejadian tu waktu malam dalam 8.30malam... Nak pergi BlueCube dekat SetiaWalk yang dekat dengan IOI Mall Puchong tu.. Beratur kat simpang tiga kawasan perumahan saya.. kawasan tu berbukit tinggi sikit.. pastu banyak kereta dok lalu-lalang.. ramai tak reti bagi signal.. jadi susah la nak lepas simpang tiga tu.. elok nak gerak cross simpang tiga tu.. tiba-tiba ada kete laju straight jer.. tak jadi la gerak... sekali orang belakang tak sabar sangat.. DUM.. kena cium.. memang kuat impak dia.. pastu dia marah kitorang plak sebab tak jalan.. bodo betul.. dah tau sini payah nak cross yang tak reti sabar tu sapa suruh (marah betul)...
Saya cakap kat espada suh dia amek no telefon yang langgar tu.. dengan eksyen mamat tu cakap kuat "aku tak lari lah!".. we'll see.. ye ke tak...
Dia cakap nak pergi kat pintu masuk pasar borong sebab nak jumpa kawan dia.. kitorang follow jer la.. sampai situ kawan dia datang.. tengok-tengok la kan.. kete yang langgar kitorang tak de la teruk pun.. kemek sikit jer.. dia pakai kete kebal (Iswara special edition) tu kaler hitam.. no plat.. lupa dah.. Pastu diorang suh bukak bonet.. nak tengok.. Espada berat hati nak bukak bonet.. sebab ikut rupa.. kalo buka bonet memang tak leh nak tutup dah.. Lepas diorang asak nak tengok jugak (bajet terrer la konon).. Espada pun buka.. pastu dah tak boleh tutup rapat.. diorang nak paksa gak bonet tu rapat.. tu tekan kuat-kuat.. bengang la Espada... dan yang jadi mangsa saya la.. dah kena pegang bonet masa kereta bergerak tu nanti, kalau tak bonet terbuka luas.. satu keje la pulak... membebel Espada... Lepas amek no dia kitorang bersurai...
Masa tu malam, gelap.. dengan tak jadi pergi SetiaWalknya.. memang sedih.. mujur masa park kete tu, dengan magicnya dia mau rapat..
Esok pagi tengok kete:
boleh nampak besi dalam bumper tu pun kemek kan...
Tak pasal jer.. pagi-pagi Espada hantarkan ke opis dengan Nex (motor skuter), petang balik tumpang kawan. Espada call lagi yang langgar kitorang tu.. tanya macam mana.. dia kata hantar kat bengkel kawan dia.. dia sibuk minggu tu. (Boleh pulak!)
Kebetulan Espada call insuran.. Insuran kata kena buat laporan polis dalam masa 24 jam pastu datang kat HQ untuk claim (Nasib baik, kalo tak mau kena bayar mahal kat luar!)... ngam-ngam dekat 24jam kami gi repot polis... masa kat balai tu.. Polis suruh Espada telefon orang tu dan polis sendiri ada cakap dengan dia.. dia setuju.. Polis tu macam marah/tegur kami la, sebab benda ni boleh setel luar tanpa buat laporan kalau dia nak bayar ganti rugi, tapi kami berdua tak rasa macam tu.. baik play safe. Kang dia tipu kami juga yang susah kan.. betul tak?.
Fast forward... sampai la hari untuk ambil salinan laporan polis tu... sakit hati dengan kerenah yang melanggar kami tu kami senyap.. dia apatah lagi.. haram nak mesej ke telefon ke WhatsApp ke.. ada lagi nombor malaun tu saya simpan.. tak tahu la active lagi ke tak?.. setakat ni macam hidup jer nombor tu lagi.. nak dijadikan cerita.. masa Espada pergi ambil salinan laporan, polis tu cakap dia tak jumpa lagi laporan polis pihak yang langgar kami tu.. kan.. mujur buat laporan polis...
Dapat jer salinan laporan tu terus pergi HQ insuran.. Alhamdulillah dapat tuntut, tapi tu la NCD naik balik.. mahal la nak bayar insuran tu nanti... huhu.. tak pe la.. janji dapat jimat kos nak baiki kereta ni..
Kat HQ tu dia bagi nama bengkel bawah seliaannya dan kami pergi ke sana dengan surat daripada pihak Insuran. Nama kedai tu Ong Kok Wah Motor Repair Sdn Bhd. Ingat lagi kedai ni sebab bersebelahan dengan gelanggang Futsal Ferro, Subang Jaya. Kena la tinggal kereta tu kat situ. Tuan kedai tu drop kan kami kat bus stop yang berdekatan.. Kebetulan ada surau kat situ sempat solat Zuhur dulu. Di bus stop kami naik teksi ke KTM Subang Jaya. Naik KTM ke Serdang dan naik teksi lagi sekali ke rumah.
Comments
Post a Comment