Ramai orang berpandangan, Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan, Tanpa perkenalan, mustahil cinta bertandang, Tanpa percintaan, mustahil keserasian dikesan, Mereka sebenarnya terlepas pandang, Dalam Islam ada taaruf dalam tempoh RISIK dan bertunang, Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan, Taaruf itulah mendedahkan keserasian, Cuma takrif 'taaruf' dan 'serasi' dalam fikiran manusia berlainan, Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan, Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan, Bukan taaruf melalui bercinta sakan, Islam mengajar serasi dengan ajaran Tuhan, Bukan serasi dengan kehendak pasangan, Cinta al-Rahman menjana kebahagiaan, Lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan. -Monolog Asiah Yusra- Berfikir sejenak: Bila berdua, syaitan yang ketiga, Menghasut bukan-bukan dalam fikiran, Mula pegang tangan, Katanya ringan-ringan, Sikit sahaja tak mengapa kan? Bila dah biasa, Yang ringan jadi amalan, M...