Ulam Oh Ulam..
um.. yummy... asal tiba waktu lunch je teringat kat opah.. Sebab kalau makan kat rumah opah, mesti ada ulam.
Ulam raja
Opah, atuk dan ahli keluarga lain, mesti cicah ulam raja dengan sambal belacan, tak pun sambal tempoyak, tak pun dengan sambal ikan bilis.. saya makan macam tu je, tak minat sambal2 nie..
Kadang-kadang kalau daun pudina ada, opah akan kutip..
Daun pudina
Ada juga masanya, opah hidangkan kuchai sebagai ulam..
Kuchai
Bahaya sikit makan kuchai ni, silap haribulan luka dalam mulut, sebab bahagian tepi daun kuchai ni tajam sikit.. tapi tak de la tajam macam daun serai..
huhuhu.. rindunya nak jumpa opah.. rindu kat masakan opah.. rindu kat pokok ulam-ulaman opah..
Comments
Post a Comment