Nota hati seorang lelaki oleh Pahrol Mohd Juoi



Alhamdulillah.. selesai membaca buku ini. 

Semoga selepas ini saya boleh membelinya, dan sentiasa membacanya.

Kerana dalamnya terdapat pelbagai ilmu yang boleh dipelajari dan dipraktikan dalam kehidupan seharian. Dan sebagai ingatan di waktu kita terlupa.

Buku ini bukan sahaja untuk lelaki tetapi wanita juga boleh membacanya. Sangat sesuai.


=Hati=

Benar, hati sentiasa dahagakan didikan.

"...Ilmu boleh dipelajari, perasaan boleh dibelai tetapi hati perlu dididik dan dipimpin."


=Cinta=

Bilamana manusia terlalu mencintai manusia melebihi Allah, maka tatkala manusia itu berpaling darinya manusia itu menjadi terlalu kecewa dan putus asa. 

Pernahkah kita terfikir bahawa kekasih agung kita yang paling utama iaitu Allah mencemburui kita pabila kita lebih cintakan manusia berbanding Dia?. Bilamana kita lebih cintakan Dia, Dia tidak pernah mengecewakan kita, tetapi kita yang sering mengecewakan-Nya dan Dia tetap memberikan kita nikmat-nikmat dalam kehidupan kita..betul kan?.

"Cintailah cinta yang utama (Allah). Bila kita cintakan Allah, kita mampu mengubah cinta kita selaras dengan kehendak-Nya"


=Memberi, Menerima dan Ikhlas=

Kadang-kala kita akan kecil hati andaikata orang yang menerima lupa untuk mengucapkan "Terima kasih".. kan?.

Itu tandanya tidak ikhlas. Lidah mengatakan ikhlas, tapi hati tidak. Ikhlas bila lidah berkata ikhlas dan hati tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan terutama ucapan "Terima kasih". 

Nak tahu satu rahsia?. Bila kita benar-benar ikhlas, kita akan rasa gembira, gembira kerana dapat memberi dan tidak mengharapkan "Terima kasih" sebagai balasan. Itulah ikhlas.

dan sebagainya...



p/s: rindunya nak baca buku ini lagi...

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas