Tautan hati 2: bab 4




Biar apa yang sedang diperkata,
Biar beribu dugaan melanda,
Kupasakkan azam di dada,
Ku kan mendamba-Mu dengan setia,
Ku tak mahu terhalang semudahnya.
Biar...biar...

HEBOH

Berita dusta,
Kutangkis sekuatnya,
Demi mendampingi-Mu dimalam gelita,
Tanpa rasa takutpada sesiapa,
Kerana kutahu, itu syirik namanya.
"Sesungguhnya, mereka hanyalah syaitan yang menakut-nakuti kamu dengan teman-teman setia mereka, kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu orang beriman" (Ali-Imran:175)

-Monolog Imtisal-




-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=- 


"Bagi Yusra, ini semua ujian Allah untuk menguji akidah kita. Yusra tak nak bercakap besar mengatakan Yusra tak percaya atau tak takut. Secara psikologinya, perasaan itu tetap ada bila berita ini dibesar-besarkan oleh semua pihak. Tapi, bila Yusra kembali pada hakikat iaitu Allahlah Tuhan yang patut ditakuti melebihi takutnya kita kepada makhluk maka Yusra lawan segala perasaan yang ada dalam diri. Syirik namanya apabila makhluk lebih ditakuti berbanding Pencipta makhluk itu sendiri." Asiah Yusra menerangkan prinsip diri.

.............................

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud,
"Dan sesungguhnya iblis telah dapat membuktikan kebenaran sangkaannya terhadap mereka lalu mereka mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang mengikutinya, kecuali sebahagian orang-orang yang beriman. Dan tidak adalah kekuasaan iblis terhadap mereka, melainkan hanyalah agar Kami dapat membezakan siapa yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat dari siapa yang ragu-ragu tentang itu. Dan Tuhanmu Maha Memelihara segala sesuatu." (Surah Saba':20-21(148))

.............................
"Kau tak takut hantu?" Tasya berkerut kening.
"Untuk apa takutkan hantu? Baik takut Allah! Sia-sia takut hantu, tak ada faedahnya pun. Semua mudarat takkan terjadi pada diri kita kecuali dengan izin Allah....Dia Maha Kuasa, kita kena yakin. Lagipun, pontianak, hantu, jin, syaitan dan seumpamanya cuma  makhluk Allah belaka.... Kenapa perlu takut pada dia melebihi takut kita pada Allah?"


Berfikir sejenak:
Benar, kenapa kita perlu takut pada sesuatu yang diciptakan oleh Allah. Padahal hanya Allah jualah yang kita perlu takut. Letakkan segala rasa perasaan itu untuk takut kepada Allah, pasti rasa takut pada makhluk itu akan berkurangan.. mudah-mudahan.. sama-sama kita belajar ye..

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas