Tautan hati 3: bab 5




"Bismillahirrohmanirrohim. Saya lukis dua buah jam. Satu dalam bekas kaca, berbalut dengan kain baldu dan satu lagi terdedah, tidak tertutup. Err, saya nak tanya pelajar lelaki, kalau antum nak beli jam, jam mana yang antum akan pilih?" Suara lantang Asiah Yusra membuktikan kekentalannya, seorang mujahidah.

..................................

..."Err, jam yang tak ditutup tu, saya tak berkenan. Tentu banyak debu yang melekat. Lagipun saya tak suka jam yang telah dibelek-belek orang, hilang serinya. Saya juga tak suka jam yang telah menjadi tontonan semua orang, hilang keunikan. Harganya pun tentu murah, tak ada class. Tak nak lah saya....". Terdengar kekekan nakal sebaik sahaja Fattah mengenakan Zaid. Fattah menyambung lagi.

"Err, of courselah saya pilih jam yang tertutup dengan kain baldu. Walaupun saya boleh agak harganya tentu mahal tapi saya tak kisah. Bagi saya, biar alah membeli asalkan menang memakai. Yang mahal ni selalunya berkualiti, ditutup, dibungkus, dijaga rapi bukan hanya dilambak dalam rak di pasaran." Fattah tidak menghampakan Asiah Yusra. Itulah jawapan yang diharapkan.

..............................

"Alhamdulillah. Itulah mesej yang cuba saya sampaikan. Jawapan anta adalah jawapan saya untuk penampilan saya ini. Saya berusaha memilih pakaian menutup aurat yang paling sempurna mengikut kemampuan saya. Sebagaimana unggulnya sebuah jam yang dibalut dengan kain baldu dan terpelihara dalam bekas kaca, begitulah unggulnya aurat wanita yang dijaga sedemikian rapi." Asiah Yusra menjeling sekilas jubah biru tua kehitaman yang dipakai beserta tudung labuh berwarna biru lembut.


.......................................

"Kami akui, kita tidak boleh menilai seseorang melalui pakaian semata-mata. Mungkin Kak Yan 1000 kali jauh lebih baik berbanding kami atau sesiapa sahaja yang bertudung labuh. Wanita yang menutup aurat dengan sempurna pun ramai yang tiada akhlak. Tapi yang bersalah adalah wanita itu sendiri bukan tudung labuhnya," ujar Asiah Yusra.

"Walaupun akhlaknya teruk, sekurang-kurangnya dia dah terlepas daripada dosa mendedahkan aurat. Bagi wanita yang tak menutup aurat pula, dia mungkin dimuliakan Allah dengan kebaikannya namun dia tetap takkan terlepas daripada dosa tak menutup aurat. Mereka sama sahaja....."Kak Na memberi pendapat.


Berfikir sejenak:
Um..selalu kita dengar "Alah orang yang pakai tudung labuh tu belum tentu baik"..benar bukan.?.Tak pasal-pasal habis semua perempuan yang bertudung labuh dicop sedemikian, padahal ramai lagi wanita yang bertudung labuh masih berakhlak baik.

Bukan salah pakaian, tapi Akhlak dan peribadi seseorang itu sendiri perlu dinilai.

Sebaik mana seseorang itu memakai pakaian yang sopan dan memenuhi kehendak syariat tetapi tiada akhlak apa gunanya.

Tak kira sama ada lelaki atau wanita, pakailah pakaian sopan. Masih lagi segak dan bergaya walaupun berpakaian menutup aurat. Ana sendiri masih dalam proses memperbaiki kelemahan ana dari segi pakaian, walaupun sudah sopan tetapi terasa seolah-olah masih ada lagi yang belum lengkap.

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas