Perpustakaan: Frequently Asked Question (FAQ's)


 Haiyak.. saya kuat..

Sekarang tengah praktikal kt Putrajaya.. dah masuk 3 minggu.. seronok jugak jumpa ramai orang, belajar banyak benda, rasa suasana bekerja, rasa betapa penatnya bekerja, dah rasa betapa penatnya bila hari-hari drive ke tempat kerja... memang suatu pengalaman. bla..bla..bla.. pointnya nak cerita mengenai FAQ yang sering ditanya sampaikan rasa macam nak je sediakan satu skrin komputer dan bila orang tanya, saya leh tekan.

Tapi yang meletihkan lagi adalah FAQ's yang sering diberikan:


1) Staff baru ke? x pernah nampak pun?
    --> tak, praktikal.

2) Dari universiti mana?
    --> UiTM 

3) Amek course apa?
   --> Library management

4) Berapa lama praktikal?
  --> 2 bulan

dan soalan-soalan lain:
*Rumah kat mana?
*Asal mana?
*Datang kerja naik apa?
*Habis praktikal grad dah ke?
*Xnak sambung lagi ke kt sini?

dan macam-macam lagi..

saya ok lagi, bila kat kaunter circulation sambil jawab pertanyaan diorang, boleh lagi wat kerja.. ada sorang kawan saya ni, bila diasak pelbagai pertanyaan masa sibuk buat kerja last-last dia jadi stuck and blur kejap.. lupa tengah wat kerja apa... 

Bukan nak complain bila orang tanya.. tapi kalau dalam sehari dekat 10 orang keatas dok memanjang tanya soalan yang sama, sabor je la..ye la diorang kan tak tau.. lagipun boleh anggap sebagai latihan untuk Reference service.. haha.. thumb up!

p/s:
To all my friends yang sedang praktikal di serata Malaysia.. Good Luck and work hard okay.. see all of you next sem! our last sem..

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas