Bakal Pengantin 2016: Hantaran ke pihak lelaki


Siap jugak hantaran untuk cik abang.. simple je kan saya buat. Tak de nak berbungkus-bungkus dan bergam-gam banyak sangat.. pakai double tape je, habis cerita.

Tips:
*beli masa sale.. daripada dating tak tentu hala, baik dating pi tengok harga.. dapat harga yang berbaloi boleh terus beli.
*tak nak beli awal-awal pun tak pe, simpan duit tu dan jangan guna. Sampai masa boleh beli, poket kita sendiri juga yang tak sakit nanti.

5 dulang:


1. Seluar kaler coklat - bawah sekali jadi tak nampak sangat
2. Kemeja Putih
3. Jaket bomba - nak pakai pergi Jogja katanya..

4. Beg laptop/galas
5. Wallet lelaki panjang

6 & 7. Set penjagaan muka dan badan (suka hati je combine depa ni..tak de sapa marah pun..)

8. Kasut
9. Earphone

10. Coklat

Riben oren tu riben organza kosong.
Cara nak buat riben oren saya tiru kat sini:

Ni template kad hantaran saya:


Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas