Posts

Showing posts from January, 2016

Bakal Pengantin 2016: Nikah dan kenduri di masjid yang sama

Image
Bila dah pasti nak bernikah di Masjid, seharusnya beritahu kepada pihak Masjid sebagai maklumat awal dan pihak Masjid tahu akan adanya majlis pernikahan itu. Selain itu, lebih jimat  jika anda menggunakan perkarangan Masjid sebagai tempat kenduri. Al-maklumlah sekarang ni ramai kaki pencuri, siang-siang hari berani datang rumah orang kenduri lepastu mencuri barang berharga dalam rumah tu. Depa ingat kita ni kayo berjuta-juta agaknya.  Macam saya pilih Masjid Sultan Hisamuddin, Sepang sebagai lokasi nikah dan majlis. Tapak kenduri dah percuma.. jimat.. Tapi sebagai tanda penghargaan mungkin akan diberikan sedikit sumbangan tunai selain dari dijemput hadir ke majlis saya itu nanti.

Korea 4 : Sambungan drama/movie

Image
Sambungan daripada Korea 1: Drama/Movie [43] Volcano High Super kelakar... ada gak babak aksi-aksi lasak.. bagi sesiapa yang suka tengok cite yang kelakar digalakkan tengok... saya sakit perut dan pipi tengok cite ni sebab banyak gelak2... cite ni bagus tengok untuk hilangkan stres... laugh is the best medicine .. [44] My mighty princess [45] Eleventh Mom / My 11th Mom Realiti.. tak semua ibu sempurna.. tapi mereka cuba yang terbaik demi anak mereka...ada jugak babak kelakar.. sedih.. dan yang paling penting.. moral cerita ini... banyak sangat moral dan pengajarannya... watch it and you'll understand what I mean.. [46] Wonderful life lama dah tengok cite ni.. langsung tak teringat dah tengok dulu..huhu.. terima kasih kpd yg beri komen tu sebut pasal cite ni.. terus ingat..hehe.. thanks .. kelakar ending  cite ni.. dapat anak lagi.. hahaha... opps... spoiler what cute couple and what cute daughter... [47] Love Story in H...

Felt Craft Siri 12: Bekas Pin Tudung

Image
Antara pencetus idea saya.. Tapi gambar tembikai yang kat atas ni yang buatkan saya rasa nak cuba buat satu. Caranya: Sediakan bahan-bahan yang diperlukan: 1) Felt Hijau Gelap, Hijau Cair, Putih dan Merah 2) Gunting 3) Pembaris 4) Pen/Pensil/Kapur warna 5) Bekas yang bentuk bulat (pilih saiz ikut kesukaan kita)

JANGAN AMBIL PINJAMAN ASB!!!

Image
Jika anda jumpa sesiapa yang cakap Pinjaman ASB tu baik, bagus, senang, mudah.. la.. Macam lirik lagu Meet Uncle Hussain "Kata-katamu hanya propaganda"... Hahaha.. betul.. menyesal dah ni.. tak sabar nak tunggu tarikh habis pinjaman lagi 2 1/2 tahun je lagi.. mujur amek 5 tahun je.. masa mula-mula nak terlibat ni, boleh plak staf bank tu cadang kat saya untuk lanjutkan lagi tarikh pinjaman dari 5 tahun ke 10 tahun (maksud dia tu untuk suruh saya upgrade pakej pinjaman dari 10k ke 20k keatas).. terus hati rasa semacam (cam petanda tak baik).. saya cakap baik-baik "tak pe lah kak, cukup dah 10k ni, saya cuba dulu yea.." Sebab yang untungnya adalah BANK, rugi je bayar diorang interest . Sebab saya ambil ASB dulu (2013): - Tak ada rekod CCRIS - saya dan espada dah cadang nak beli rumah masa 2014 nanti.. dan masa tu terbaca yang rekod ASB boleh mudahkan nak dapatkan kelulusan pinjaman rumah. Dan memang betul pun.. tanpa pinjaman ASB, takkan daku...

Bakal Pengantin 2016: Cenderahati tetamu dewasa

Image
Pening kepala fikir pasal cenderahati. Saya memang tak mahu belikan yassin dan tasbih sebab bila dah banyak kat rumah pun, bukan tetamu tu guna nanti, rugi jer. Pastu kalo kek cawan ke,  kek bahulu besar ke, dua-dua tu saya tak mau, tak lalu dah nak makan. Entah la, serabut kepala fikir. Ada je idea lain mesti kena komen: Magnet : tak elok letak kat peti ais la, rugi la.. Kalendar: rugi, orang senang dapat awal tahun. Telur rebus?.. dengan keadaan keluarga saya macam ni, memang tak la kan nak ada telur rebus tu. Maksu pun tak mau merebus telur.. sebab remeh, ambil masa dan tiada tenaga manusia untuk membantu.. Felt?: tak ada idea nak buat apa, 300 keping pulak tu.. mana sempat.. Dalam banyak-banyak pilihan, akhirnya pilih tuala. Saya pun pergi ke GM Klang  dengan adik untuk membeli.  Cenderahati ini ditaja oleh mama.. hahaha.. Saya borong 300 helai dapat RM1.50 sehelai = RM450.00. Lari bajet tuu..  Lalu saya buat muka kesian a...