JANGAN AMBIL PINJAMAN ASB!!!



Jika anda jumpa sesiapa yang cakap Pinjaman ASB tu baik, bagus, senang, mudah.. la..
Macam lirik lagu Meet Uncle Hussain "Kata-katamu hanya propaganda"...

Hahaha.. betul.. menyesal dah ni.. tak sabar nak tunggu tarikh habis pinjaman lagi 2 1/2 tahun je lagi.. mujur amek 5 tahun je.. masa mula-mula nak terlibat ni, boleh plak staf bank tu cadang kat saya untuk lanjutkan lagi tarikh pinjaman dari 5 tahun ke 10 tahun (maksud dia tu untuk suruh saya upgrade pakej pinjaman dari 10k ke 20k keatas).. terus hati rasa semacam (cam petanda tak baik).. saya cakap baik-baik "tak pe lah kak, cukup dah 10k ni, saya cuba dulu yea.."

Sebab yang untungnya adalah BANK, rugi je bayar diorang interest.

Sebab saya ambil ASB dulu (2013):
- Tak ada rekod CCRIS -
saya dan espada dah cadang nak beli rumah masa 2014 nanti.. dan masa tu terbaca yang rekod ASB boleh mudahkan nak dapatkan kelulusan pinjaman rumah. Dan memang betul pun.. tanpa pinjaman ASB, takkan daku berjaya beli rumah. Ada lagi cara lain nak mudah lulus pinjaman rumah -> kad kredit.
Konon nak elak dapat kad kredit, skali dah lulus dapat jugak kad kredit.. ciss

Kalau nak tahu kenapa sebolehnya kita elak ambil pinjaman ASB?. Sebabnya saya  jumpa 2 video, satu di FB satu lagi video tak ingat macam mana terjumpa tapi saya dah cari dan letakkan dua-dua video tu kat bawah ni untuk tontonan anda.. dari dua video tu banyak maklumat dan pengajaran yang saya dapat. Walaupun tak pandai bab kewangan dan ekonomi (Tingkatan 6 dulu ada belajar kejap, paham la jugak sikit).. tapi sekurangnya mereka usaha sedarkan kita yang pinjaman yang kita buat sekarang ini ada juga penyumbang kepada inflasi duit kertas kita.. sebab tu ramai kata simpan emas la.. yea memang betul.. emas sifar inflasi.. tapi hati-hati jangan tamak nak simpan emas, jangan terlibat dengan scam emas yang kononnya menggunakan proksi ETA (Estimate Time Arrival) a.k.a bayar dulu dapat emas kemudian. Kita melayu selalu lupa, mudah ditipu dan sentiasa redha. Sebab tu kita diambil kesempatan.

Ini 2 video yang saya maksudkan:

1) Bagaimana bank bermula
Bila anda faham bagaimana bank itu bermula, anda akan faham apa itu 'DUIT KERTAS'.. dan kat sini kita sedar, kenapa bank suka sangat kita buat pinjaman.. lepas tonton video ni, anda rasa akan setuju dengan kenyataan saya ini atau tidak?



2) Bila anda dah faham apa itu 'DUIT KERTAS', jom kita perhati apa silap kita sebagai rakyat yang suka sangat perhambakan diri ke 'BANK' dengan 'PINJAMAN BANK'. Bila dah tonton anda akan sedar bukan 100% salah kerajaan dengan apa yang berlaku dengan ekonomi kita sekarang ini, setakat nak kecoh RM2.6Bilion tak sudah-sudah, baik anda tengok video ni dan fahamkan bahawa kita sendiri pun penyumbang kepada masalah negara.. DUIT KERTAS jatuh juga ada sikit salah kita tau.. entah-entah jumlah kita melebihi RM2.6Bilion itu sendiri, sebab apa? nak tahu sila tonton sampai habis, banyak isu Bank berkaitan dengan ekonomi negara yang perlu kita SENDIRI FAHAM DAN SEDAR!.

Kita tak boleh elak dengan terpaksa simpan duit di bank dan melakukan beberapa pinjaman lain seperti pembelian kereta/motor/rumah.. tetapi ANDA berhak HALANG DIRI ANDA DARI DIPENGARUHI UNTUK PINJAMAN ASB@EMAS@PERAK!!!!

Ada orang komen kat laman web ni yang menceritakan apa itu bonus dan dividen serta pengiraan dividen serta bonus tersebut:

(Safari)Faham ke bonus dengan dividen tu? Dividen 7.25% tu untuk simpanan tahun 2015, manakala bonus 0.5% tu untuk simpanan 10 tahun ke belakang. jadi yang 0.5% tu bahagi dengan 10 tahun, jadi sebenarnya 0.05% setahun.
Contoh:
2015 baki ada RM25k, bonus tu RM12.50.
2014 baki ada RM20k, bonus tu RM10.00
2013 baki ada RM9k, bonus tu RM4.50
2012 xde baki sebab tak buka akaun lagi, bonus 0
2011 xde baki sebab tak buka akaun lagi, bonus 0
2010 xde baki sebab tak buka akaun lagi, bonus 0
2009 xde baki sebab tak buka akaun lagi, bonus 0
2008 xde baki sebab tak buka akaun lagi, bonus 0
2007 xde baki sebab tak buka akaun lagi, bonus 0
2006 xde baki sebab tak buka akaun lagi, bonus 0
Jadi total bonus tahun 2015 tu adalah RM27.00, hahahaha.

Masa saya ambil pinjaman ASB tu pun diorang tak jelaskan yang ni.. cuma cakap dapat dividen dan bonus. Diorang tak bagitau secara lengkap macam mana pengiraan dividen ni sebab kalau kita tahu yang kita ni yang rugi, mesti tak jadi ambil pinjaman ASB dengan diorang. Mungkin juga salah saya, sebab tak tanya kan.

Sudah sampai masanya, kita rakyat Malaysia bersatu membantu mencari resolusi bagaimana kita boleh elakkan diri dan anak-anak muda terjerumus dalam pengambilan pinjaman yang pelbagai: rumah, kereta, motor, ptptn dan lain-lain. Generasi 2016 keatas seharusnya sifar pinjaman tak pun ada satu sahaja pinjaman, iaitu pinjaman rumah. Biarkan BANK dengan dakyah pinjaman mereka, kita sepatutnya kuasai bank bukan sebaliknya. Kita takkan MATI tanpa BANK, tapi BANK akan MATI tanpa KITA. Anda akan faham maksud saya bila dah tonton video kedua tadi.

Tapi memang betul, susah untuk lepaskan diri dari belenggu 'PINJAMAN' kan. Hampir semua orang membuat 'PINJAMAN' bukan?. Tapi tak salahkan kita celik isu DUIT dan EKONOMI?, supaya kita jadikan ia ingatan dan panduan dalam menguruskan kewangan kita supaya generasi akan datang tidak dihimpit bebanan kewangan seperti kita sekarang.. InsyaAllah.. aamiin.. 

p/s: pada saya apa segala pinjaman boleh jadi penyumbang.. tak tau la pulak kalau ada orang lain yang pakar dalam ni kata pinjaman-pinjaman ni semua tak ada masalah.. ni pandangan saya..

Kita umat akhir zaman,
Bilamana pemimpin taksub duit,
Menteri dan yang berwajib tak lagi jaga rakyat,
Rakyat sendiri berpecah-belah kerana politik,
Rakyat yang paling miskin semakin miskin,
Rakyat yang sederhana bakal jatuh miskin,
Rakyat yang kaya raya semakin jauh diatas sana,
Hanya segelintir yang mahu turun bantu dibawah sana.

Cukai berleluasa,
Inflasi semakin berganda,
Apakah wang masih ada kepentingan?
Ataupun kesejahteraan hidup bebas tanpa hutang?
Mahupun terikat masa kerja yang semakin menggila?.

Hanya doa dapat ku panjat,
Agar kita sempat bertaubat,
Moga generasiku tak merempat,
Kerana gilanya dunia yang semakin tenat.

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas