Bakal Pengantin 2016: Nikah dan kenduri di masjid yang sama


Bila dah pasti nak bernikah di Masjid, seharusnya beritahu kepada pihak Masjid sebagai maklumat awal dan pihak Masjid tahu akan adanya majlis pernikahan itu. Selain itu, lebih jimat  jika anda menggunakan perkarangan Masjid sebagai tempat kenduri.

Al-maklumlah sekarang ni ramai kaki pencuri, siang-siang hari berani datang rumah orang kenduri lepastu mencuri barang berharga dalam rumah tu. Depa ingat kita ni kayo berjuta-juta agaknya. 

Macam saya pilih Masjid Sultan Hisamuddin, Sepang sebagai lokasi nikah dan majlis. Tapak kenduri dah percuma.. jimat.. Tapi sebagai tanda penghargaan mungkin akan diberikan sedikit sumbangan tunai selain dari dijemput hadir ke majlis saya itu nanti.



Ni la perkarangan yang saya pilih dan pihak masjid setuju meminjamkan kepada saya.

Dan contoh borang adalah seperti dibawah, borang boleh didapati di pejabat masjid, berbincang dengan pihak masjid sebelum membuat tempahan untuk mengelakkan percanggahan dengan tempahan orang lain mahupun dengan aktiviti masjid.



Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas