Korea 4 : Sambungan drama/movie

Sambungan daripada Korea 1: Drama/Movie

[43] Volcano High
Super kelakar... ada gak babak aksi-aksi lasak.. bagi sesiapa yang suka tengok cite yang kelakar digalakkan tengok... saya sakit perut dan pipi tengok cite ni sebab banyak gelak2... cite ni bagus tengok untuk hilangkan stres... laugh is the best medicine..



[44] My mighty princess


[45] Eleventh Mom / My 11th Mom
Realiti.. tak semua ibu sempurna.. tapi mereka cuba yang terbaik demi anak mereka...ada jugak babak kelakar.. sedih.. dan yang paling penting.. moral cerita ini... banyak sangat moral dan pengajarannya... watch it and you'll understand what I mean..





[46] Wonderful life
lama dah tengok cite ni.. langsung tak teringat dah tengok dulu..huhu.. terima kasih kpd yg beri komen tu sebut pasal cite ni.. terus ingat..hehe..thanks..

kelakar ending cite ni.. dapat anak lagi.. hahaha... opps... spoiler

what cute couple and what cute daughter...





[47] Love Story in Harvard
Huh..berkurun lama dah citer ni.. time sekolah dulu tak salah.. mmg tak lepas la time nak tengok cite ni.. sometimes love means we have to let it go, even hard to believe it, but if that love is truly a match made in heaven, we'll meet again..
hamboi.. dah keluar dah ayat pujangga.. hehe..


Best part is...mentang2 la pompuan tu doktor dia pi hadiahkan suami die anak kembar tiga... fuyoo...


[48] The Ghost Seeing Detective Cheo Yeong
Pendek sangat drama ni.. 10 episod jer.. (tengok kat dramaload)..tak bestnyer..macam cite separuh masak jer.. tak puas tengok gelagat hantu budak perempuan tu.. hehehe..


[49] Sungkyunkwan Scandal

Bilamana seorang perempuan menyamar menjadi lelaki untuk belajar di Universiti yang hanya ada lelaki sebab perempuan tidak dibenarkan untuk belajar... Bagi peminat Song Joong Ki patut tengok.. 


[50] Come! Jang Bo Ri
Cerita ni dah masuk episod 9. Baru je follow lepas habis tengok Sungkyunkwan Scandal. 
Nota: Jangan baca sinopsis kat internet.. sinopsis diorang salah ..
Sinopsis yang betul (dari apa yang saya tengok la)..:
Suatu hari Bo Ri/Eun Bi secara senyap-senyap memasuki kenderaan ibunya dan bersembunyi di tempat duduk belakang tanpa disedari oleh ibunya. Tiba di suatu tempat Bo Ri/Eun Bi terjaga apabila Bo Ri/Eun Bi tersedar dari tidur kerana kenderaan ibunya berhenti. Pada masa itu juga Bo Ri/Eun Bi dapat melihat ibu dan bapa saudaranya kemalangan dan dalam keadaan kritikal. Bo Ri/Eun Bi keluar dari kenderaan ibunya dan meluru untuk melihat ibu dan bapa saudaranya itu dan pada masa itu juga ibunya secara tergesa-gesa telah meninggalkan tempat kejadian tanpa menyedari Bo Ri/Eun Bi telah tertinggal di tempat kejadian. Bo Ri/Eun Bi lari mengejar kenderaan ibunya namun gagal. Keesokkan harinya Bo Ri/Eun Bi secara tiba-tiba telah hilang ingatan dan telah dijadikan anak angkat oleh seorang wanita yang mempunyai seorang anak perempuan(Min Jung). Seperti ditakdirkan Min Jung menang dalam pertandingan mewarna dan telah dibiayai pendidikannya itu oleh ibubapa Bo Ri/Eun Bi...adakah Bo Ri/Eun Bi dapat kembali ke pangkuan keluarganya?.. jeng jeng jeng... kena la tengok...

Tak sabar nak follow cite ni.. best.. dapat tengok banyak Hanbok yang lawa-lawa.. Nak Hanbok satu!!!.. wuaaaaaa....


[51] Trot lovers a.k.a Lovers of Music

So typical korean drama type if you asked me about it.. sbbnya sebagai penonton sy dpt agak apa yg akan terjadi seterusnya... sedikit hambar la jadi nya tapi menarik jer sbb ada banyak slot dimana perempuan comel tu buat persembahan dengan nyanyi lagu trot.. catchy


[52] Hello Ghost

Movie ni jenis komedi.. memang kelakar.. kesian pun ada kat hero ni.. nak bunuh diri tapi gagal, akhirnya tak pasal-pasal dpt 'kelebihan' tengok hantu.. bukan dapat tengok je siap ada 4 hantu yang menghuni badannya.. mujur 4 hantu jer.. bila dia dirasuk dia tak sedar pun sbb pada dia seolah-olah dia sedang bercakap dengan hantu-hantu tu.. 

cite ni mmg sgt sesuai ditonton sebagai penghilang stress.. tapi sy nak bagitau awal2 ni.. cite ni boleh je google dan banyak upload kat internet tapi sayangnya sarikata tu campur melayu-english..maksudnya tetibe je ada sarikata cm ni "Hari Anak" <- yang ni sy mmg tak faham apakebende tu.. pastu "Penjenguk not allowed to smoke"?... what???.... sabar je la bila tonton tu yea...


[54] Su Baek-hyang a.k.a The King's Daughter
Nak tau tak brp episod die?.. 108 episod.. bapak punya pnjg cite ni..sah-sah kena skip.. keseluruhan cite ni ala-ala dulu la..dari gaya pelakon tu pun boleh agak dah kan... hehe..

Cite ni berkisahkan seorang wanita bangsawan (xingat nama) yang jatuh cinta dengan anak raja.. dia disahkan mengandung semasa anak raja ni pergi berperang dan dalam masa yang sama rumahya diserang. menyebabkan wanita ini diselamatkan oleh salah seorang pekerja rumahnya (lelaki) dan dijaga olehnya sehingga selamat bersalin melahirkan anak perempuan. Akhirnya mereka berkahwin dan dikurniakan seorang lagi anak perempuan.. yang si kakak tak tahu menahu yang dia adalah puteri raja.. tapi si adik tahu disebabkan sebelum ibu mereka meninggal si adik yang pangku ibu.. maklumat tu si adik je yang tahu...si adik pun apa lagi berlakon la sebab dpt jadi anak raja... dan akhirnya.... rasanya korang pun dapat teka kot apa ending drama yg pjg ni.. blh la layan drama ni jika korang bnyak masa tak tau nak buat apa... hehehe...


[55] Le Grand Chef 2: Kimchi Battle


[56] Surplus Princess


cite ni kelakar... xsabar tggu episod seterusnya..

Spoiler:
Si duyung yang canggih... ada smartphone yang dicas menggunakan obor2.. hahahaha..


Hanya kerana si duyung minat chef yang ada 'Apple Butt'.. 
si duyung bertukar menjadi manusia....

Malangnya chef mengalami masalah "face blindness" dan tak dapat cam wajah si duyung... 

Adakah si duyung akan bersatu dengan chef yang dicintainya ataupun bertukar menjadi buih dalam masa 100 hari?.. jeng jeng jeng.. 

-spoiler-
Nak tengok lebih banyak drama antara si duyung dgn chef... wuaaaaaa.....


[57] My Dear Cat (There is a Cat/ I have a Cat/ A Cat! Meow)





wenji nal seollege han yegami isseo hyanggeutan kkochnaeeumeul ttara gatdeoni meolliseo dagaoneun haessal gadeughan misoe gwaenhi sujubeuncheog jinachigetji
amuri gippeun il seulpeunillo sigani gado neul gatdeon maeumi eoneusae byeonhaesseo eonje buteoinji museun iyu ttaemuningeonji na hancham saenggaghaedo jal moreugesseo
nan geunyang soljighi neukkindaero jinaondaero ttoggati salge doel geora saenggaghaesseo nuguttaemuninji museun baram bureoseoinji na hancham saenggaghaedo jal moreugesseo)
(hulyeom)
geudaeiljul mollasseo naesarang nae unmyeongi goyangicheoreom salgeumsalgeum naege mollae dagaongeoni bingbingbing gyeoteul maemdoldeoni jeongmal naeape meomchungeoni dareun sarammalgo wae nae mamgajyeo gatni

[58] Secretly Greatly
Banyak aksi... manyak syoikk woo...



[59] Rockin' on Heaven Door
Sob..sob..sob... tak tau pun ade hospice... kat malaysia dikenali sebagai hospis...



[60] Fists of Legend
Sapa suka cerita tumbuk-tumbuk..baik tengok yang ni.. sesuaiii.....
Kawan atau wang???...


[61] A Warewolf Boy
Sedih tul.. kesian dia... sob.. sob.. sob... Peminat Song Joong Ki sila layan ok...


[62] The Face Reader


[63] Way Back Home
Yang ni.. super duper sedih tak tau nak cakap tahap cam mana... tinggi sangat... punya la menangis... sampai sakit mata dan kepala... sedih sangat-sangat...


[64] Modern Farmer
Lee Hong Ki kembali lagi.. karakter dia kali ni lebih kurang cam karakter Jeremy dalam He's beautiful.. berbaloi layan... Siapa kata jadi petani senang?.. dan banyak duit?... tiada jalan mudah untuk mengumpul duit... yang penting usaha serta berani lalui cabarannya... Sakit perut layan babak diorang ni.. 


[65] Healer
Pergh... sapa yang layan Cold Eyes memang patut tengok siri ni.. teknik kamera tu lebih kurang.. dah la guna gajet2 canggih.. haish.. teringin plak nak ada satu... cool betul cerita ni... jangan risau sebab macam biasa la mesti ada babak cintan cintun... sayangnya, siri ni cuma tayang seminggu sekali aje.. huaa... lamanya nak tunggu....

Spoiler: Pandai betul penulis skrip siri ni.. dia tiru satu karakter dalam Criminal Mind.. yang mana?.. Gracia la... tapi dalam siri ni adalah versi Ahjumma... bagus betul Ahjumma tu.. power betul skill dia... Healer pun terbaik juga.. dah ada gaya macam City Hunter pun ada... daebak!




Healer dengan Ahjumma...


[66] Sweden Laundry
Ni lagi satu cerita baru yang saya suka... ditayangkan dua kali seminggu, boleh la lepas rindu.. hehehe... mood cerita macam Come! Jang Bo Ri... tapi lebih syok... sayangnya la nenek Bom kat dia.. sampai dah mati pun peduli lagi dengan cucu kesayangan dia.. siap bagi superpower lagi... tak peduli pasti akan ditimpa musibah.. kesian...sendiri pun ada masalah, pun kena tolong setelkan masalah orang lain...tapi setiap masalah yang ditolong itu ada hikmah untuk diri Bom.. pandai jugak nenek Bom ni.. 2 in 1.. 

Spoiler:

[67] Heart to Heart
#copypastedramabay
The world can be a scary place. For Cha Hong Do (Choi Kang Hee), it’s even more so because she suffers from social phobia that causes her to blush excessively, making it hard for her to interact with people. But when Hong Do’s grandmother – her only connection to the outside world – dies, Hong Do is forced to venture out into society. But she is only able to begin work as a maid by hiding behind the disguise of an old woman. Then one day, Hong Do meets, Go Yi Suk (Chun Jung Myung), a psychiatrist, and her life may never be the same again.


Kelakar..sedih..geram dengan doktor tu... kurang asam tul.. romantik pun ada juga... worth to watch...

[68] Blood

Doktor Ji Sang.. ensemnya... teringat kat Healer..

Doktor Ri Ta, comelkan heroin ni...

Sapa yang suka aksi "macam" healer sila tonton cerita ni... suka babak romantik antara Ji Sang dan Ri Ta.. comel diorang berlakon bersama.. yang minat cerita vampire pun dicadangkan tengok juga cerita ni..


[69] Maids
SEDIH... ini adalah drama yang banyak sangat sedihnya... hidup seorang wanita bangsawan yang cekal apabila bapanya dijatuhkan hukuman potong kepala kerana disyaki pembelot kepada kerajaan. Wanita ini bangkit dalam mempertahankan maruah ayahnya walaupun dirinya diturunkan taraf menjadi pembantu rumah. Sedih sangat sebab cinta pertamanya terhalang sewaktu majlis perkahwinan mereka sendiri... Dia tak pernah putus asa.. dan akhirnya..?.. tengok la sendiri... psst.. baju hanbok diorang memang cantik-cantik dalam drama ni.. suka tengok...


[70] School 2015: Who are you?
Kisah gadis Eun Bi yang dibuli dan Eun Byul menjadi geng pembuli. Ha? dalam poster ada satu jer gadis?.. sebabnya diorang ni kembar, terpisah masa kecil. Eun Byul jer yang ingat pada Eun Bi. Masa mereka dah besar satu kemalangan menyebabkan mereka tertukar..apakah kesudahan cerita cinta Eun Byul?, apa yang akan terjadi pada Eun Bi?.. 


[71] Sensory Couple
#copypastedramabay
Two people are brought together by their connection to a horrible event and work together to solve the case. Choi Moo Gak (Park Yoo Chun) lost his younger sister, Eun Seol (Kim So Hyun), in a senseless killing known as the “Bar Code Murders” three years ago. Devastated by the loss, Moo Gak becomes a police officer to try to catch the perpetrator, who is still at large. He meets Oh Cho Rim (Shin Se Kyung), a woman who survived the event but lost her memory and acquired the unusual ability to visualize smells. Can Moo Gak and Cho Rim work together to catch the “Bar Code Murderer” and heal each other’s wounds?


Babak yang saya suka:
Masa diorang buat latihan skit.. sangat kelakar...

Ada chef hensem yang pandai masak...

Fuyoo.. tengok api tu.. ada gaya chef betul dah pelakon ni...

Babak paling kelakar.. sengal tul heroin tu....

Dah tahu siapa pembunuhnya tapi tak dapat nak rungkai alibi pembunuh tu, dan dapat buktikan bahawa pembunuh itu adalah pembunuh yang mereka cari.. dapatkah mereka menangkapnya?..


[72] Ex-girlfriends Club


Kesian Soo Jin.. pangkat kawan jer???.. mengamuk dia...

Kang Gary mesti jeles kan... 

antara babak kelakar dalam cite ni..  Ntah macam mana Soo Jin (Ji Hyo) boleh pulak pergi menyorok bawah katil.. Hwa Young yang menyorok dalam selimut atas katil.. mujur  Myeong Soo bijak menyelamatkan keadaan...


[73] Oh My Ghost
Bong Sun, si gadis yang pemalu dan tidak ada keyakinan diri. Bong Sun memiliki kelebihan iaitu dapat melihat hantu. Soon Ae, si gadis hantu, dia tidak dapat meneruskan perjalanannya ke alam satu lagi kerana ada 'unfinished business' yang mana perlu diselesaikan dalam tempoh 3 tahun, jika tidak, Soon Ae akan bertukar menjadi hantu yang jahat. Tempoh 3 tahun yang diberikan hampir tamat, misi untuk menyelesaikan 'unfinished business' masih tiada perkembangan. Bong Sun meminati bosnya Chef Sun Woo, manakala Soon Ae memerlukan Chef Kang Sun Woo kerana hanya dia yang dapat membantunya dalam menyelesaikan 'unfinished business' tersebut. 


Daebak!!


[74] The Virtual Bride
Secara ringkasnya cerita ini mengisahkan heroin (Oh In Young) yang merupakan ketua kumpulan penyanyi wanita iaitu Ruby. Disebabkan populariti kumpulannya semakin merudum, dia perlu buat pilihan sama ada menerima untuk berlakon sebagai "Menantu Palsu" ataupun kumpulannya dibubarkan. Walaupun hero merupakan profesor matematik yang hensem, stigma masyarakat terhadap "anak sulung kepada anak yang sulung" dan sikapnya yang taksub dengan matematik menyebabkan hero (Cha Myung Suk) susah mendapat jodoh. Mereka bertemu kerana dipadankan untuk rancangan realiti "Menantu Palsu". Dengan sikap ibu Myung Suk yang tegas, adakah mereka hanya kekal sebagai suami isteri untuk rancangan realiti atau mereka berdua betul-betul jatuh cinta kemudian hari?.. jom saksikan..




[75] Scholar Who Walks The Night
Cerita ni pun bertemakan puntianak jugak. Misi membalas dendam atas kematian sahabatnya serta kematian cinta pertamanya yang dibunuh oleh seorang puntianak yang jahat membuatkan Kim Sung Yeol (Lee Joon Ki) berusaha mencari sebuah buku yang mengandungi rahsia bagaimana untuk membunuh puntianak tersebut. Dalam pencarian buku itu, dia ditemukan dengan Jo Yang Sun (Lee Yoo Bi) yang merupakan seorang wanita tetapi berpakaian seperti lelaki, kerana dengan sedemikian memudahkan dia boleh bekerja sebagai penjual buku bagi menampung keluarganya. Bibit cinta mula muncul tatkala kedua-dua mereka mengetahui rahsia masing-masing. Dan kebetulan juga, Jo Yang Sun (Lee Yoo Bi) mempunyai pertalian dengan puntianak jahat tersebut. Apakah cinta mereka mampu mekar dan bertahan? Adakah Jo Yang Sun (Lee Yoo Bi) sanggup berkorban demi Kim Sung Yeol (Lee Joon Ki)?.. Sila tonton ya..







[76] Splash Splash Love
Saya kategorikan cerita ni seperti 'Rooftop Prince'. Sebab tema dia 'Time travel'. Heroin (Kim Seul Gi) ada berlakon dalam cerita 'Surpluss Princess & Oh My Ghost'. Yang hero tu, tak pasti pernah tengok dia berlakon ke tidak. Ada spoiler di bawah..

Dan Bi budak sekolah menengah yang bakal menduduki peperiksaan percubaan SAT (ala-ala percubaan SPM la kalau kat sini). Kan dengan percubaan SPM pun boleh cuba masuk Universiti, sama macam sana percubaan SAT tu pun penting. Tapi Dan Bi ni gementar takut tak boleh jawab soalan peperiksaan sebab dia tak pandai matematik, jadi dia lari dari bilik peperiksaan (baru depan pintu dah cabut lari). Dia lari ke taman permainan, masa tu hujan, jadi dia berdoa supaya dia dihilangkan dari realiti.

Masa mula-mula dia sampai ke zaman Joseon...

"Gosam"

Masa ni Dan Bi nak kena bunuh, punya la takut Dan Bi tetibe cakap: "Saya ni gosam(budak sekolah menengah) la!". Tapi semua orang yang ada disitu ingat gosam yang Dan Bi maksudkan itu adalah sida yang dapat membantu negara untuk menurunkan hujan. Terus tak dipancung, tapi diberikan pakaian sida (yang jubah biru tu). Dan Bi pun pakai je la, janji nyawa tak melayang. Zaman Joseon ni, nak hidup dalam istana kena jadi orang yang berguna pada raja, kalau dah tak berguna sama ada perlu mati atau dibuang dari istana. Dan Bi sanggup buat apa saja demi selamatkan diri. Salah satunya, mengajar matematik kepada raja.

hahaha...

Takut gak mula-mula raja ni dengan telefon tu, siap dia pegang telefon tu.. Tapi..

Terus bergambar dengan macam-macam pose... hahaha..

Setelah pelbagai dugaan dan cabaran yang dilalui, akhirnya identiti Dan Bi sebagai wanita terbongkar



Korang kena tengok la cerita ni kalau nak tahu kesudahannya. Sapa suka romantik komedi patut tengok. Berbaloi..


[77] Replay 1988
Drama ni dah tamat, tapi saya baru nak tengok. Baru tengok 1 episod.. menarik jugak.. ramai komen yang drama ni adalah drama yang terbaik.. dan saya juga bersetuju dengan kenyataan itu. Saya pun lahir tahun 1988, seronok dapat tengok zaman dulu balik, tak ada internet dan telefon bimbit tapi seronok, petang-petang mak masing-masing jerit suruh balik sebaris rumah boleh dengar mak melaung nama, hahaha.. pastu bab bagi jiran makanan.. main balas-balas bekas, anak la jadi tukang hantar sana-sini.. sebijik macam dalam drama ni.. agaknya masa tahun 80an-90an memang perangai lagu tu kot..




Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas