Posts

Keputusan Peperiksaan PTD 2012

Image
Akhirnya, keputusan Peperiksaan PTD 2012 dah keluar... Semak Keputusan Peperiksaan PTD 2012 Nampaknya saya tak ada rezeki untuk merasa temuduga PTD 2012.. tak pe.. cuba lagi kan.. Apa-apa pun.. kalau tak dapat PTD (Diplomatik), dapat PTD (Dapur) boleh tak?.. hahaha.. Ada sesiapa nak bagi cadangan.. (^_^)..

Knowledge sharing

Image
Kat pejabat nie memang setiap bahagian ada cara tersendiri. Tepat jam 8.30 pagi, akan berkumandang lagu rasmi pejabat diikuti bacaan doa dan diakhiri dengan mutiara kata. Oleh kerana saya berada di BKPSM (Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia) tradisinya selepas itu kami akan bergerak ke aras berkaitan mengikut hari yang ditetapkan iaitu... 1) Isnin sesi knowledge sharing . Presentation about anything in English . Kat aras 6. 2) Rabu. knowledge sharing gak tapi dalam Bahasa Melayu. Aras 4. 3) Jumaat. Tazkirah Jumaat tak pon bacaan Yassin. Aras 2. Ada sekali tu tetibe jer orang call tanya nama staf baru.. iaitu saya dan kawan saya la kan.. Kebetulan saya yang jawab panggilan tu jadi saya bagitau je la nama penuh kami. setel... Beberapa hari selepas tu saya demam.. ntah macam mana leh muncul dalam kepala saya nie (ade ke tengah demam dan lagi pikir macam-macam) orang yang call tempoh hari tu nak update senarai nama untuk Knowledge Sharing ... gulp. alamak. Bia...

Peperiksaan PTD 2012

Image
  Masa semua kawan-kawan dah dapat surat, rasa sedih dan jeles sebab tak terpilih.. Redha je la, mungkin tak ada rezeki... Tiba-tiba seminggu sebelum peperiksaan, surat sampai.. Apa lagi.. melompat lar... Gembiranya hati... Bagi sesiapa yang memohon jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 pasti akan dipilih untuk menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan ini. Untuk melihat kelayakan memasuki skim ini boleh lah rujuk di : http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1609  Banyak buku saya rujuk untuk membaca seperti Malaysia Kita dan Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik oleh Salehuddin Md Dahlan.   Banyak panduan dan tip-tips yang berguna buat calon peperiksaan/temuduga... Dan berguna juga buat pegawai yang baru/lama dilantik menjadi PTD... Sekiranya layak, pastinya akan melalui ujian pertama iaitu peperiksaan. Inilah yang saya telah alami. Gementar kerana peperiksaan ini dikatakan susah dan hanya dalam ...

Antara nikah dan hantaran...

Image
Agak-agak la kan.. ada tak perempuan nak minta cincin cam nie??? Nie cincin untuk dipakai ke bagi kat bayi? Rasanyer la kan.. empunya cincin nie mak budak kot.. asal budak tu bising jer mak die sumbat cincin nie ke dalam mulut, confirm budak tu senyap kan...? hahahahaha..... Topik nie rasa-rasanya dah biasa sangat diperkatakan oleh semua orang.. mengenai isu hantaran yang mahal... seperti yang disiarkan dalam surat khabar  myMetro | Elak berhutang untuk kahwin  . 

Nukilan masa tingkatan 5 Sains 3 (2005)

Image
KENANGAN Ketika itu, masa itu, Saat itu, Tak mungkin akan kembali lagi, Kembali menemukan kita semula, Ya, takkan kembali lagi..... Walaupun mengalirkan air mata darah sekalipun, Dan mahupun nyawa sebagai tukar ganti. Saat itu tak mungkin akan berulang kembali, Kembali ke masa itu..... Akhirnya aku pasrah, Akan ketentuan Illahi, Yang itu aku pasti. Yang berlalu, terus berlalu Yang pergi, tetap pergi Yang tinggal, hanyalah kenangan!   Original masterpiece....

Download sijil pentauliahan professional ITIL

Image
Inilah apa yang dipelajari dalam ITIL v3 Foundation.... Cam ne nak 'download' sijil pentauliahan?... 1) mula-mula pergi kat  https://www.student-registration.com/ 2) Isikan bahagian 'Login'... ingat semula kata laluan yang digunakan semasa 'register online'.. pastu tekan butang 'Login'... 3) Bila 'webpage' ini muncul.... klik pada 'link' yang berwarna biru tu... 'view'.. klik pada situ ok... 4) 'Scroll' bawah. Lihat kat bahagian 'Result'.. ada dua tulisan kan?.. klik pada 'Certificate'.. pastu proses men'download' salinan sijil pentauliahan akan bermula.... ok.. pastu boleh lah pergi 'print'...

TM (Tamat Belajar)

Image
Yesss... dah grad... yippie...  Subhanallah..Maha suci Allah yang berkuasa terhadap segala-galanya... Alhamdulillah atas kurnia-Nya yang tidak terhingga... Allahu Akbar Allah Maha Besar.. yang sentiasa memberi walaupun hambanya ini seringkali alpa dan leka terhadap-Nya.. Syukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya kini aku bergelar graduan ijazah sarjana muda.. belum terlintas di hati untuk menyambung ke peringkat ijazah sarjana lagi..  Yang ada dalam kotak fikiran adalah mencari kerja untuk membantu keluarga dan menyara 2 orang lagi adikku... Jutaan terima kasih buat para pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana kerana jasa dan bimbingan kalian yang dicurahkan selama 2 tahun saya menuntut ilmu di sana. Jasa dan ilmu yang kalian curahkan, InsyaAllah akan saya manfaatkan dalam kehidupan dan dunia pekerjaan yang bakal saya masuki kelak... Hanya ALLAH jualah yang dapat membalas segala jasa kalian terhadap say...