Peperiksaan PTD 2012

 Masa semua kawan-kawan dah dapat surat, rasa sedih dan jeles sebab tak terpilih..
Redha je la, mungkin tak ada rezeki...
Tiba-tiba seminggu sebelum peperiksaan, surat sampai..
Apa lagi.. melompat lar...
Gembiranya hati...


Bagi sesiapa yang memohon jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) Gred M41 pasti akan dipilih untuk menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan ini. Untuk melihat kelayakan memasuki skim ini boleh lah rujuk di :
http://www.spa.gov.my/Portal/Deskripsi_Tugas/Ijazah/1609 

Banyak buku saya rujuk untuk membaca seperti Malaysia Kita dan Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik oleh Salehuddin Md Dahlan.


 Banyak panduan dan tip-tips yang berguna buat calon peperiksaan/temuduga...
Dan berguna juga buat pegawai yang baru/lama dilantik menjadi PTD...


Sekiranya layak, pastinya akan melalui ujian pertama iaitu peperiksaan. Inilah yang saya telah alami. Gementar kerana peperiksaan ini dikatakan susah dan hanya dalam 100 orang sahaja akan dipilih walaupun jumlah calon yang menduduki peperiksaan ini melebihi 10,000 orang. Ada peluang ke?.. Hanya Allah sahaja yang menentukan.. Ada rezeki Alhamdulillah, yang tak lulus jangan kecil hati tapi berusaha lagi..


 Ada banyak seksyen oo... rasa tepu kepala dok menjawab... 

Ini adalah ringkasan maklumat yang saya ingat sepanjang melalui peperiksaan tersebut. Peperiksaan yang saya duduki bertempat di sebuah Sekolah Menengah di Shah Alam. Rasa macam pergi untuk peperiksaan SPM la pulak masa tu..

Untuk bahagian 1 Seksyen A (60 soalan), kebanyakan soalan berkisar:
1) Bidang tugas SPA
2) Portal Kerajaan - MyGovernment
3) Bank Negara Malaysia, FAMA, RISDA
4) Internet Explorer
5) Bytes (saiz storan yang paling besar adalah?..)
6) NKRA
7) Password: 6 digit lebih + ada nombor + ada huruf besar + ada huruf kecil + ada simbol
8) Tapak warisan dunia yang diiktiraf di Malaysia 
      a. Taman Negara Kota Kinabalu
      b. Taman Negara Miri
      c. Taman Negara Pahang
      d. Taman Negara Kelantan
9) Pertubuhan yang menguruskan pelarian
10) Dewan Negara
11) ASEAN 2012 diadakan di?
12) Kerajaan Persekutuan-bidang tugas?
13) Kepulauan Spratlys-Negara mana yang berebut untuk memilikinya?
14) Isu ekonomi dunia


Bahagian 1 Seksyen B (40 soalan) -> Matematik
1) Paling banyak keluar pasal  nisbah dan jarak
2) 1 soalan berkenaan isipadu


Bahagian 1 Seksyen C ( 20 soalan)
Jawab berdasarkan petikan. Ada 4 petikan (2 BM & 2 BI) - senang skor.. hehehe


Bahagian 1 Seksyen D (Esei BM)
Jawab 1
1) Kebaikan subsidi. Nyatakan?
2) Barisan pemimpin muda membarisi pemimpinan. Bincangkan?
3) Kejayaan Malaysia dikagumi negara-negara lain di Asia Tenggara. Bincangkan?


Bahagian 1 Seksyen E (Esei BI)
Jawab 1
1) Consumer right
2) Social network
3) Smile

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas