TM (Tamat Belajar)
Yesss... dah grad... yippie...
Subhanallah..Maha suci Allah yang berkuasa terhadap segala-galanya...
Alhamdulillah atas kurnia-Nya yang tidak terhingga...
Allahu Akbar Allah Maha Besar.. yang sentiasa memberi walaupun hambanya ini seringkali alpa dan leka terhadap-Nya..
Syukur ke hadrat illahi kerana dengan izinnya kini aku bergelar graduan ijazah sarjana muda.. belum terlintas di hati untuk menyambung ke peringkat ijazah sarjana lagi..
Yang ada dalam kotak fikiran adalah mencari kerja untuk membantu keluarga dan menyara 2 orang lagi adikku...
Jutaan terima kasih buat para pensyarah di Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Puncak Perdana kerana jasa dan bimbingan kalian yang dicurahkan selama 2 tahun saya menuntut ilmu di sana. Jasa dan ilmu yang kalian curahkan, InsyaAllah akan saya manfaatkan dalam kehidupan dan dunia pekerjaan yang bakal saya masuki kelak... Hanya ALLAH jualah yang dapat membalas segala jasa kalian terhadap saya...
Buat rakan-rakan seperjuangan sama ada di UiTM Puncak Perdana mahupun di UiTM Merbok, jutaan terima kasih kerana sentiasa berada di sisi bersama-sama mengharungi waktu susah mahupun ketika waktu senang..Bantuan dan sokongan kalian semua akan diingati sampai bila-bila..Jangan lupa menjemput jika kahwin yer.. hehe...tag je kat FB.. (^_^)
Tidak dilupakan buat ahli keluarga yang sentiasa menyokong baik dari segi kewangan mahupun kata semangat, jasa dan pengorbanan kalian tak terbayar walau beribu tahun saya bekerja. Tiada kata mahupun ucapan mampu menandingi dengan apa yang telah kalian curahkan selama ini...
Rasa sayu la pulak tetibe..
"Weh, dah grad pun kita kan?"
"Kejap je rasa kan.. terasa macam semalam baru je start belajar kt Puncak Perdana"
"Cepat betul masa berlalu, 3 tahun di UiTM Kelantan + 2 tahun di UiTM Puncak Perdana"
"um.. korang agak2 bile ek korg nak kawin?"
"Jangan lupa jemput tau bile kahwin nnti!"
"Rindu la pulak suasana belajar"
"Pasni tak de lagi dah nak lepak2 sama2"
Apa-apa pun hidup mesti diteruskan... teruskan berjuang... teruskan perjuangan.. Jangan menyerah kalah...
Hati terasa sebak
.....
Mata pun terasa panas
.......
Dada terasa sesak
.........
Rindu betul...
....
Buat rakan-rakan ku, pantun ini direka khas buatmu..
Bertemu dan berpisah adat duniawi,
Ukhwah fillah sampai mati,
Kenangan bersama jangan dilupai,
Jika rindu berdoalah pada illahi,
Semoga kita dapat dipertemukan lagi,
Baik didunia mahupun diakhirat nanti... amin...
-Losing never comes easy. First off, preserve the memories-
Hlovate:Contengan Jalanan
Comments
Post a Comment