Antara nikah dan hantaran...

Agak-agak la kan.. ada tak perempuan nak minta cincin cam nie???

Nie cincin untuk dipakai ke bagi kat bayi?
Rasanyer la kan.. empunya cincin nie mak budak kot.. asal budak tu bising jer mak die sumbat cincin nie ke dalam mulut, confirm budak tu senyap kan...?
hahahahaha.....



Topik nie rasa-rasanya dah biasa sangat diperkatakan oleh semua orang.. mengenai isu hantaran yang mahal... seperti yang disiarkan dalam surat khabar myMetro | Elak berhutang untuk kahwin . 


Memang tak salah jika minta hantaran yang pelbagai, baik dari segi harga ataupun jumlah.. tapi kadang kala saya rasakan agak keterlaluan dan tidak munasabah langsung.. setakat RM2-3 ribu tu ok la.. nie dah cecah RM10 ribu.. mak ai.. dah main ribu raban.. mau botak kepala bakal suami cam nie.. nie nak jual anak ke ape?.
Ingat tu....


Teringat satu kisah pasangan yang baru berkahwin.. si suami tidak mengizinkan si isteri menziarahi keluarganya dengan alasan "Masa kita kahwin tu ayah awak letak RM30ribu sebagai hantaran, saya turut kehendak ayah awak tau, tu kira ayah awak dah jual awak pada saya dengan harga tu, jadi buat apa awak nak balik ziarah keluarga awak!".. kan.. tak pasal-pasal jadi isu dalam rumah tangga.


Amekaw... 
Jadi letak jer biasa-biasa yang penting keberkatannya.. okay...



Kita nie nak kahwin agar halal segala perhubungan, tak perlulah dating sana sini, berkepit 24 jam tak henti-henti.. pastu bunting tanpa laki.. sebab tu nikah adalah jalan terbaik, mahar/mas kahwin tak de lah cecah ribu raban.. kenapa nak susah-susah...

Indahnya perkahwinan jika isu hantaran bukan jadi penghalang tapi ilmu agama yang jadi tunjang utama yang perlu dipertikaikan....


Bila cakap isu kahwin, perkara yang selalu orang utamakan adalah hantaran, tak de hantaran tak leh kahwin...pulak.. penting sangat ke hantaran tu?.. pada saya yang penting adalah acara pernikahan dan majlis walimah.. tu penting.. hantaran tolak ke tepi.. sebabnya.. macam lah lepas kahwin si suami tak mampu nak beli ipad, macbook, jam rolex, handbag prada dan bla.bla.bla... 



Kalau hantaran berjuta sekali pun tapi kena berhutang, baik tak payah...
banyak lagi perkara perlu diuruskan yang melibatkan duit setelah berkahwin kelak.... 
bukan ke itu lebih penting buat pengantin?



lagi satu.. tak kesian ke kat orang yang tolong angkut hantaran tu?.. dah la letih tolong pegang, dapat tengok jer.. tu yang saya tak suka.. jika saya berkahwin pun, saya akan minta benda makanan ke tak kisah la asalkan dapat berkongsi dengan orang lain.. contohnya macaroon. kalau wat hantaran kan ramai orang dapat rasa.. betul tak?.. baru seronok ahli keluarga terhibur hati mereka bila majlis perkahwinan selesai.. biarla.. lain orang lain citarasa.. kan?.. ini cuma pendapat dan pandangan saya..

Yang mahal pun tak salah tapi kena dengan orangnya.. terlalu berkemampuan tak mengapalah teruskan.. pada yang tak nie sampai meminjam buat menyusahkan badan dan pergaduhan.. elakkan je...


Dan yang penting sekali bagi wanita dan gadis di luar sana jangan terlalu memilih atau terlalu menerima la pulak nanti jadi cam kartun kat bawah nie :

Jangan jadi cam nie ok.. hehehe...

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas