Knowledge sharing
Kat pejabat nie memang setiap bahagian ada cara tersendiri.
Tepat jam 8.30 pagi, akan berkumandang lagu rasmi pejabat diikuti bacaan doa dan diakhiri dengan mutiara kata. Oleh kerana saya berada di BKPSM (Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia) tradisinya selepas itu kami akan bergerak ke aras berkaitan mengikut hari yang ditetapkan iaitu...
1) Isnin sesi knowledge sharing. Presentation about anything in English. Kat aras 6.
2) Rabu. knowledge sharing gak tapi dalam Bahasa Melayu. Aras 4.
3) Jumaat. Tazkirah Jumaat tak pon bacaan Yassin. Aras 2.
Ada sekali tu tetibe jer orang call tanya nama staf baru.. iaitu saya dan kawan saya la kan.. Kebetulan saya yang jawab panggilan tu jadi saya bagitau je la nama penuh kami. setel...
Beberapa hari selepas tu saya demam.. ntah macam mana leh muncul dalam kepala saya nie (ade ke tengah demam dan lagi pikir macam-macam) orang yang call tempoh hari tu nak update senarai nama untuk Knowledge Sharing... gulp. alamak. Biar betul.. seriau bile terpikir masa tu.. apa lagi... ya ke tak biar get ready awal-awal.. nanti tak kalut.. um..
Mujur tengah demam tak tau nak wat pe, tu la keje... pikir topik apa yang sesuai.. um.. pasal cinta kepada Allah kot, ye la baru je khatam "Tentang Cinta" penulisnya Pahrol Mohd Juoi. Okay gak kan..
"cinta kepada manusia adalah kerdil, dibandingkan CINTA kepada Allah yang agung"
[Tentang Cinta, Pahrol Mohd Juoi]
Okay...
Esoknya pergi kerja, perkara pertama.. check email...
apa lagi...
memang nama den tersenarai dah dalam urutan untuk sesi knowledge sharing..
agak dah!..
Kena hari rabu pulak tu..13/06/2012 kat aras 4...
Dan sesungguhnya realiti memang tak adil, nama kawan saya tak ada dalam senarai tu, sama ada untuk bulan nie mahupun bulan depan... ini memang tak aci langsung!
Dua tiga hari sebelum kena present tetibe rasa cam tak sesuai jer topik tu.. apa lagi.. google time!!
Akhirnya..
=Kebaikan kurma dan kismis=
haha.. canteeekk....
Jadi di bawah ini adalah teksnya yang telah saya sampaikan.. cewah.. hehehe..
_______________________________________________________
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pada pagi ini saya ingin kongsikan artikel yang bertajuk “Kebaikan
kurma dan kismis untuk kesihatan”.
Sebelum saya memberitahu kelebihan kurma dan kismis ini, eloklah
kita mengenali mereka dahulu satu per satu.
Tidak banyak yang
diketahui mengenai asal usul kurma atau nama saintifiknya, Phoenix dactylifera
L.
Pohon kurma juga adalah antara pokok buah tertua di dunia dan turut dilabelkan sebagai ‘pohon kehidupan.’ Bagaimanapun, tempat asal pokok kurma tidak dapat dipastikan.
Pohon kurma juga adalah antara pokok buah tertua di dunia dan turut dilabelkan sebagai ‘pohon kehidupan.’ Bagaimanapun, tempat asal pokok kurma tidak dapat dipastikan.
Seperkara menarik mengenai pohon kurma ialah ia mempunyai
jantan dan betina.Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan
dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras
menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke
bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama
dengan tamar betina. Pokok kurma yang boleh hidup sehingga 150 tahun.
Seterusnya adalah Kismis
atau bahasa saintifiknya adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam
bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” . Kismis adalah buah anggur
yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu.
Baiklah, seterusnya adalah kelebihan kurma. Dari sudut
kesihatan kurma apabila diambil dengan kadar yang berpatutan dapat membantu meneutralkan
asid yang ada di dalam badan kita kerana ia bersifat alkali.
Bagaimana kurma dapat
membantu?. Begini, boleh dikatakan 90% makanan yang dimakan adalah bersifat
asid dan asid ini pula sifatnya panas. Contohnya perut, apabila kita memakan makanan yang bersifat asid, pankreas akan menghasilkan lebih banyak asid untuk mencernakan makanan tersebut.
Ini mengakibatkan asid yang
berlebihan dimana asid ini akan diserap ke dalam darah dan seterusnya diedarkan ke
seluruh badan termasuk otak. Asid akan mempengaruhi otak dan menyebabkan kita
menjadi lembab, kurang kreatif dan seterusnya badan kita akan menjadi letih.
Tambahan, kurma juga memberi kebaikan bagi wanita ketika mengandung dan bersalin. Sebagaimana kisah Maryam ketika melahirkan Nabi Isa yang pada ketika itu berada di bawah pohon tamar.
Maryam
merasa sakit yang amat sangat ketika hendak melahirkan Isa a.s. sehingga dia
merasakan lebih baik mati sahaja daripada menanggung derita melahirkan
kandungan tersebut tetapi keresahan itu telah ditenteramkan oleh Jibril a.s.
yang menyeru dari jauh.
Firman
Allah s.w.t.:
“Maka Jibril menyeru ke arahnya dari tempat
yang rendah: ‘Jangan kamu bermuram durja, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak
sungai di bawahmu dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya
pohon tersebut akan menggugurkan buah yang mekar kepadamu.” (Surah
Maryam:24-25)
Mengikut
pakar perubatan, buah kurma yang mekar boleh memudahkan si ibu melahirkan anak
dengan baik.
Kandungan
gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.
Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak
langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
Kurma
juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada
bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang
memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.
Paling baik ialah memakan
buah kurma segar ketika anda bangun tidur. Dari sudut pengetahuan yang lebih
moden didapati bahawa buah kurma berkhasiat mengurangkan risiko diserang
penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis.
Kelebihan
kismis pula menurut di dalam kitab At-Tib An-Nabawi (Perubatan Nabi)
menerangkan: Sebaik-baik makanan ialah buah zabib (kismis), ia menghilangkan
keletihan, menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan, mencerahkan warna kulit
dan mengharumkan bau hidung serta mulut.
Kismis
juga boleh menajamkan minda. Gula ringkas dalam kismis telah dikenalpasti dapat
meningkatkan daya pemikiran otak. Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam
kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan
keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Kismis bertindak sebagai antioksida.
Kismis
dapat menyihatkan gigi. Jangan membiarkan kemanisan dan rasa melekit kismis
menipu anda. Kismis tidak menyebabkan kaviti dan penyakit gusi, bahkan
mempromosi gigi yang sihat kerana mengandungi asid oleanolik.
Kesimpulannya
segala maklumat-maklumat ini jelas membuktikan bahawa kurma dan kismis dapat
memberikan faedah yang sangat banyak untuk digunakan dalam badan kita. Sama-samalah
kita mengamalkan makan makanan yang berkhasiat ini untuk mendapat kesihatan
yang optimum.
Sekian,
wallahualam.
Sumber:
http://duniaherbahpa.com/2011/11/khasiat-kismis-untuk-kesihatan/
http://rinhar.wordpress.com/
http://coklatkismisdoa.com/?page_id=11
Siap ada sumber lagi.. hehehe... nama lagi pustakawan kan.. mane leh cedok mane-mane tanpa amek link asal sumber tersebut.... betul tak?
Apa-apa pun, sikap dan sesi knowledge sharing ini memberi banyak manfaat, terutama dalam merapatkan hubungan sesama staf walaupun berbeza aras dan pangkat. Kedua kita boleh berkongsi dan mengetahui pelbagai ilmu walaupun sedikit. Dan semestinya mendapat senaman badan percuma ye la jalan ke aras pun guna tenaga gak kan...
Comments
Post a Comment