Pengalaman saya mengenai pam susu - 2


3. Bajet
Ni bab ibu-ibu paling tak suka sekali.. sebab bila berkenan pam tu.. tau2 mahal nak mati.. macam senarai saya ni:

1) freemie liberty.. mesin sahaja ya.. mesin bodo ni (hahaha maaf teremosi plak) harganya RM1,4++.++
Tak termasuk cup lagi kalau guna brand sama la.. harga lain
Atau guna cup brand lain contoh

2) spectra 9+

Mesin spectra 9+ compatible dengan freemie cup atau mana-mana cup.. baca manual untuk pastikan kesesuaian mereka.

3) youha eclipse

4) cimilre f1

Pening tau nak pilih.. sebab yang no. 1 tu betul2 menepati apa yang saya nak.. tapi tak mampu 😭.

4. Beli
Buat senarai perbandingan harga dari pelbagai kedai sama ada atas talian atau tidak.. 

Bagi saya harga kedai dan kedai atas talian adalah harga mampu tengok sahaja jika ikut senarai pam yang saya mahukan.

Yang mampu, terus la beli lepas buat perbandingan harga dan apa yang dapat ok.. kalau beli atas talian tu pilih kedai yang review bagus tau.. hati-hati..

Bagi yang suam-suam mampu macam saya ni?. Apa saya buat?. Cari yang used.. second-hand.. kat mana? Carousell dan Mudah..

Alhamdulillah.. saya banyak beli yang used dari Carousell.. saya dapat cup freemie murah dari pasaran, kondisi baik dan dapat free botol-botol susu.. dan paling best sekali saya dapat freemie liberty dengan harga RM400!!!.. wow.. memang gembira sangat-sangat.. rezeki..

Tips beli dari Carousell.. tengok page seller.. bila acc seller create.. ada review@rating dari buyer lain tak?.. confirmkan diri sendiri dulu sama ada nak beli atau tak.. baru chat seller masatu... Tengok cara seller balas.. rasa tak yakin, stop chat.. rasa cm scammer, stop chat.. jangan bayar penuh kalau diminta.. bayar separuh atau 10% dahulu sebagai booking.. baki bayar masa jumpa face-to-face.. check barang elok-elok.. kalau ok baru proceed bayar.. better ready cash atau on-the-spot transfer payment. Elakkan guna postage kalau tak yakin.

Lama masa saya ambil nak senaraikan pam yang berkenan.. confirmkan senarai.. lihat dan dengar mesin pam di kedai dan bandingkan harga sebelum membeli.. jangan terburu-buru beli pam.. nak pakai lama dan ikut bajet.. alah membeli menang memakai..

Nota tambahan:

Saya bukan setakat beli cup dan freemie liberty je.. saya juga beli pam tangan ni.. saya beli baru je sebab murah pun.
Saya guna bila payudara rasa penuh.. anak menyusu sebelah.. saya tadah lagi sebelah.. bila anak habis menyusu, saya gunakan ini juga untuk kosongkan payudara kedua-dua belah.. mudah urusan membasuh.. tak banyak part.. hahaha.. tiada alasan untuk malas kosongkan payudara.

5. Lain-lain aksesori atau alatan.
Breastmilk storage

Bottle Drying Rack

Breastmilk ice bag and ice storage

Spare teats (lepas bayi ada gigi.. siapla.. banyak giler teats kena spare.. elok je teats ni.. kena gigit tak bocor poket nak ganti)

*Yang ada link ke shopee tu favorite store saya

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas