Pengalaman saya mengenai pam susu - 1


Lama sangat dah tak update kat sini.. meh nak cerita kat korang macam mana nak cari pam susu yang sesuai.. tips ni berdasarkan pengalaman saya sendiri yang dah ada anak dua ni.. dua-dua menyusu, hantar pengasuh dan memerlukan pam ketika bekerja.

Kalau korang google ke tengok review pam-pam.. mesti pening nak pilih kan, sebab diorang akan cerita semua kebaikan pam tu je.. jadi jangan kusut dan serabut.. meh kita mulakan pencarian pam bersama-sama..

1. Pengenalan pam

Pelbagai pam dipasaran yang boleh dipilih.. nak pakai pam manual ke, pam elektrik ke, tak pun urut tangan pun boleh.. untungnya zaman 2020 ni macam-macam pam ada di pasaran sampai rambang mata jadinya.. jadi.. tarik nafas..lepas... kosongkan otak.. rileks dulu.. 

Bagi ibu-ibu baru yang nak bersalin ni.. yang tak pernah ada pengalaman lagi ataupun tak ada saudara atau kawan yang boleh tunjuk ajar.. jom kita mula belajar

Sebelum tu dari pengalaman saya elok disediakan 3 benda ni sebagai backup:

1. Susu newborn (1kotak kecik)

2. Tukang urut post-natal yang boleh urut lancarkan susu.

3. Kurma merah dengan gula batu, lobak putih - sedap kalau masak stail tumis ikan bilis + lada hitam (jangan letak banyak lada hitam, halia tu kalau anak ada jaundice ya).. Minum dan makan untuk setiap kali hidangan. Memang akan boost susu.. InsyaAllah..

Susu newborn tu confirm tak habis pun sebab guna sekejap sementara nak tunggu susu badan naik volume. Guna lepas 24jam bersalin. Termasuk saya ni, tak semua ibu dalam 24jam susu terus banyak.. kadang2 dalam seminggu pun tak cukup susu untuk bayi tambah-tambah yang ada jaundice.. guna formula sekejap.. bukannya niat nak promote susu tepung.. tak ya.. ini back-up plan.. tak nak anak kelaparan dan susut berat badan yang mendadak.. itu yang terjadi kat anak kedua saya ya.. 10% weight loss walaupun baru beberapa hari lahir tau!, Bayi lain admit sebab jaundis, baby kedua saya sebab susut sangat berat badan dan jaundis. Dua-dua bayi saya memang prolonged jaundis. Bab jaundis saya post lain.

Cara pengunaan susu tepung: susukan anak dengan susu badan dahulu.. lepas tu baru bagi susu tepung, bancuh susu ikut arahan kotak susu. Hentikan susu tepung jika volume susu badan dah mencukupi.. baki susu tepung?.. buat minum sendiri atau jual@bagi kat orang lain.

See.. susu badan tetap No.1 untuk bayi.. taknak susu tepung, tapi ada susu ibu susuan.. silakan.. boleh aje.. janji baca ni betul-betul untuk ibu susuan..

Tukang urut pula.. ikut rezeki.. kalau dapat masa urut lepas 24jam bersalin panggil orang urut.. kalau tak dalam tempoh seminggu. Jangan lambat-lambat.. penat minum dan makan boost tapi urat tak lancar untuk pengaliran susu.. tanya sekali boleh urut lancar susu tak.. urat susu dari belikat belakang, lalu bawah ketiak dulu baru ke payudara. Kalau orang tu tak urut situ, cari orang lain. Selalunya lepas 2-3 kali urut berturut-turut, confirm susu akan naik. 

Boost susu macam-macam.. tak galakkan ambil suplemen ready made. Risau ada zat tambahan yang tak diberitahu.. baik buat sendiri tak susah mana pun.. 


Makan dan amalkan.. makan yang ada dalam gambar atas pun dah berbaloi..

Jom kita kenal pam pula

A. Pam tangan

Baik ambil yang macam atas ni sebab boleh nampak susu..

Dari macam ni:

Cara guna.. guna sebelah tangan dan picit badan pam sebelum lekapkan ke payudara.. pastikan dia lekap, perlahan-lahan susu akan keluar. Sambil tu urut payudara sekali..agak-agak separuh penuh, transfer ke botol susu .

B. Pam manual

Sama macam pam tangan.. urut payudara juga tau.. kang tersumbat kalau tak habis pam..

C. Pam elektrik

Sama ada direct ke plug atau powerbank atau built-in powerbank.. sama jugak.. urut payudara ya.  Jangan malas..

Yang bawah ni bukan pam, tapi milk collector.. fungsinya, sebelum menyusu letak satu ni kat sebelah lagi payudara yang tak menyusu.. kadang-kadang akan ada leaking lepas let-down.. dapat la tadah sikit susu.

Let-down tu apa.. bila anak menyusu dia akan trigger kilang susu dan akan rasa susu tengah mengalir dalam payudara anda ke mulut bayi.

Semua bahagian pam ada yang boleh sental, ada yang kena basuh lembut-lembut, ada yang tak boleh dibasuh.. tak semua bahagian pam boleh disteril dengan air panas.. baca manual betul-betul ya..

Digalakkan basuh pam dengan sabun botol bayi tau..

Jangan pam sambil mandi, ke tandas, memasak, berendam, bersauna, duduk kat kerusi urut, melompat, berlari, berbaring, menelentang, meniarap mahupun mengiring.. ataupun pergerakan ektrim seperti memanjat gunung, wall climbing, angkat barang berat, alihkan barang berat.. 

Tak pasal pam boleh terlucut, terjatuh, tertumpah susu, susu termasuk dalam mesin pam (bagi pam elektrik).

Tak pernah orang buat masa pam ya perkara-perkara diatas.. sekeh kang.. 

Ni best.. susu tersumbat @ bengkak.. clogged @ mastitis.. nanti saya buka post pasal ni.. penting gak isu ni.


2. Situasi

Apa situasi anda?.. 

suri rumah ke, bekerja dari rumah ke, tempat kerja yang ada bilik tersendiri ke, tempat kerja berpatition ke, berkerja di kaunter ke.

Ok.. jangan pelik ya.. surirumah ataupun bekerja dari rumah (sambil jaga bayi) pun perlukan pam tau..sebab anda juga memerlukan pam untuk kosongkan susu dari payudara anda.  

Penuh tu rasa macam mana?..rasa ada ketulan, payudara keras (bengkak), sakit badan.. biar lama-lama boleh jadi susu tersumbat, payudara bengkak (mastitis) dan menyebabkan volume susu drop.

Macam mana kosongkan susu? pam sampai tak ada susu keluar, kalau ada setitik je pun, tu kira habis la tu.. kalau urut-urut pun keluar setitik je.. rasa ringan, badan sedap, tak ada rasa ketulan sangat.. urut ketulan tu pun tak sangat ada susu.. dua-dua belah kena kosongkan.. 

Macam saya, pustakawan.. situasi kerja dalam bangunan yang senyap.. meja kerja di ruang terbuka, selalu jumpa cikgu dan pelajar, perlu bergerak. Jadi saya perlukan pam yang senyap, built-in powerbank dan freehand..

Jadi saya ke Mommyzone untuk dengar sendiri dan nilai tahap kebisingan pam yang ada di pasaran.

Banyak pam kat sini boleh cuba.. sila bawa botol susu dan ice bag sekali.. kot2 tengah test pam sekali keluar susu.. boleh bawak balik.. 🤭 (bagi yang dah bersalin)

Hasil penilaian saya.. Silent pump yang saya berminat adalah:
1) freemie liberty
2) spectra 9+
3) youha eclipse
4) cimilre f1



klik sini untuk ke post sambungan

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas