Posts

Showing posts from February, 2016

Kedai Jahit Zuraidah, Kota Perdana, Seri Kembangan

Image
Ni kali pertama saya cuba untuk cari kedai jahit untuk jahitkan saya sepasang baju kurung pesak dengan menggunakan kain sari. Nama tukang jahit tu Nisa: 016-2419694. Boleh hubungi Nisa terlebih dahulu untuk tahu sama ada kedai dibuka atau tutup. Saya main serbu je, mujur buka. Jika anda memerlukan lining , sila sediakan kain sendiri yea.. Saya hantar contoh baju saya sekali, jadi tak payah ambil ukuran  lagi dah.. cuma saya pesan pada Kak Nisa, untuk tambahkan saiz setengah inci pada getah kain dan pada kawasan punggung (saya gemok dah sikit..huu) Hasilnya:

Kedai Motosikal Kawasan Taman Equine, Seri Kembangan

Image
Ni la kedai yang saya suka pergi.. Taman Equine, Seri Kembangan Alamat: Jalan Putra Permai 1a, Taman Equine, 43300 Seri Kembangan. (Landmark: McD Taman Equine & Kumon Taman Equine) 21/09/2015 (Isnin) Sambungan dari entri: Tayar belakang NEX bocor kat Putrajaya Tengok gambar bawah.. tu minyak enjin dan minyak hitam yang selalu saya guna untuk skuter Nex saya. Tak pernah tukar jenis lain.. memang brand dan rupa yang sama saya dok guna dari mula bawak Nex dulu.

Tayar belakang NEX bocor kat Putrajaya

Image
RM91.00 (Termasuk GST..&#@#&.. <-marah betul) 20/09/2015 (Ahad) Berzaman punya cite baru nak post .. Masa tu gaduh dengan Espada.. acah-acah merajuk.. pergi naik moto meronda ke Putrajaya.. merayau kat Alamanda.. sekali masa balik lepas boring jalan-jalan kat Alamanda tu perasan tayar belakang cam tak ada angin (masa ni lagi sejam nak masuk waktu Asar) masa tu tak teringat kat Presint 14 ke 15 ada Petronas tapi boleh pulak ingat Petronas kat Presint 9.  Oh ya masa merayau dalam Alamanda tu sempat lagi pergi beli kuali nonstick  dengan sudip nonstick, minyak masak zaitun dengan tepung segera penkek kat AEON Big. Sambung balik cerita tadi.. dah perasan tayar tak cukup angin, bawak la moto pergi Presint 9.. elok-elok depan Petronas Presint 9D, habis langsung angin tayar belakang, jenuh la bawak pelan-pelan sebab nak buat pusingan U masuk ke Petronas kan. Sampai je kat kawasan pam angin, terus cuba isi angin.. eh.. apsal tak mau naik-naik ni.. cub...

Bakal Pengantin 2016: DIY Bunga Penanggah/Bunga Kendarat/Wedding Brooch/Wedding Corsage

Image
Set pertama yang saya buat.. satu je lawa yang lain terima je la hakikat ye... Riben ni saja buat, sebab ada baki masa tunang dulu.. malas nak simpan sebab glitter dia tu.. suka senang sangat jatuh dan tanggal..  Sesiapa yang banyak masa nak hadap buat silakan tiru.. rasa nak cepat siap, Google je cari idea yang lagi mudah.. ikut kehendak dan citarasa anda.. Nak tahu macam mana saya buat? Ikuti langkah-langkah berikut:

Felt Craft Siri 13: Hiasan felt di baju

Image
Logo DoTA.. apalagi untuk Espada la... Saya dapat.. eh bukan dapat... tapi boleh ambil TShirt percuma kat sekolah (tempat kerja saya), mungkin sebab baju ni stok lama dan stor tak muat nak simpan jadi sekolah buat keputusan bagi percuma kat staf. Saya pun ambil la macam-macam: 4 helai TShirt kapas biasa (2helai-Saiz M, 2helai saiz S), pastu set baju sekolah skirt pendek (ada dua jenis set baju skirt sekolah, dua-dua jenis saya ambil 2 set) hahaha.. boleh melaram kat rumah.. dapat la merasa pakai baju sekolah skirt pendek... hahahahah.. ala-ala cam pelajar Jepun plak terasa.. hahahaha 4 helai TShirt sekolah tu lawa lagi.. bukan stakat lawa.. baru lagi tau.. memandangkan baju tu ada logo sekolah, jadi rasa cam tak best  la kan.. 2 helai TShirt saiz M tu memang saja amek untuk Espada. Disebabkan ada logo tu yang tetibe dapat idea nak guna felt tutup logo sekolah tu. Terjadilah hasil logo buatan sendiri.

Bakal Pengantin 2016: Cenderahati untuk kanak-kanak

Image
Untuk budak-budak saya bagi jajan.. nak kata murah tu tak de la murah sangat..  Biar gambar berbicara.... Twisties saya ambil 2 jenis: Tomato dan cheese Keseluruhan: RM 64.90 (mama sponsor ) Banyak jugak baki jajan ni.. baki 10 pek twisties kena 'pau' dengan adik-adik, espada pun mintak jugak dalam 3 pek sebab kat opis dia ada presentation .. siap ada kuiz kat hujung sesi tu...**garu kepala** Baki jajan gula-gula Fruit Plus ada kat rumah sewa.. bajet kunyah-kunyah macam iklan gula-gula getah dalam TV tapi versi boleh telan... Pastu beli air minuman dalam cawan.. yang ni saya beli dekat pasar borong rumah sewa..  TaDa!!! Ni cara saya..tepuk dada tanya idea sendiri nak macam mana...