Tayar belakang NEX bocor kat Putrajaya

RM91.00 (Termasuk GST..&#@#&.. <-marah betul)

20/09/2015 (Ahad)

Berzaman punya cite baru nak post..

Masa tu gaduh dengan Espada.. acah-acah merajuk.. pergi naik moto meronda ke Putrajaya.. merayau kat Alamanda.. sekali masa balik lepas boring jalan-jalan kat Alamanda tu perasan tayar belakang cam tak ada angin (masa ni lagi sejam nak masuk waktu Asar) masa tu tak teringat kat Presint 14 ke 15 ada Petronas tapi boleh pulak ingat Petronas kat Presint 9. 

Oh ya masa merayau dalam Alamanda tu sempat lagi pergi beli kuali nonstick dengan sudip nonstick, minyak masak zaitun dengan tepung segera penkek kat AEON Big.

Sambung balik cerita tadi.. dah perasan tayar tak cukup angin, bawak la moto pergi Presint 9.. elok-elok depan Petronas Presint 9D, habis langsung angin tayar belakang, jenuh la bawak pelan-pelan sebab nak buat pusingan U masuk ke Petronas kan.

Sampai je kat kawasan pam angin, terus cuba isi angin.. eh.. apsal tak mau naik-naik ni.. cuba tayar depan pulak.. eh elok jer.. masa tu dah cuak.. alamak macam mana ni.. apa lagi..

Pancit...kempes ketiadaan angin...huuuuuu...


Teruknya saya, tayar dah haus teruk pun tak perasan...


Google la cari kedai moto dalam Putrajaya. Jumpa dua kedai.. satu dekat kawasan Presint 15 (aisey..) satu lagi dekat kawasan Presint 9, Flat Hijau tu. Pergi tengok kedai tu, dia tutup sebab hari Ahad. Jumpa nombor runner dalam internet, tapi dia pun tak free dan tak ada kedai yang buka hari Ahad.

Nak tak nak, terpaksa la panggil Espada jugak.. tak malu.. dah la merajuk dengan dia.. pastu mintak dia tolong pulak.. padan muka.. buat jahat lagi dengan Espada.. kan kena cash dengan Allah dah.. Lepas Asar, Espada datang selamatkan saya dengan membawa Viper (kete wira). Terpaksa la tinggalkan moto di Petronas.


21/09/2015 (Isnin)

Keesokan harinya, Espada hantarkan saya awal-awal pagi ke Petronas tu, tapi dia kena pergi kerja jadi tak dapat la tolong bawakan moto dari Petronas ke kedai. Berat gile moto skuter tu. Nak tolak moto dengan berjalan kat sebelah memang tak boleh la untuk orang yang saiz kemetot macam saya ni. Jadi pelan-pelan la bawak moto ke kedai tu. Jam 10 pagi baru kedai moto tu bukak, sementara tu sarapan pagi kat kedai mamak yang bersebelahan dengan kedai moto.

Kedai baru je bukak dah berderet nak baiki moto, mau tak ramai pelanggan, dalam Putrajaya ada 2 kedai motosikal jer (kalo ada tolong bagitahu yea). Sampai giliran saya untuk baiki tayar belakang, dia pun nak cepat sebab ada lagi yang tengah tunggu giliran jadi saya tak banyak tanya. Dia tanya minyak hitam tak nak tukar ke?, saya kata "tak pe, tukar tayar je dulu sebab nak pergi kerja".. Dia pun tukar je, siap elok. 

Masa bayar terkedu..RM91 termasuk GST.. memang kena sumpah dalam hati la. kaw-kaw kena sumpah.. bayar je la, nak kata apa lagi.. padan muka..

Oh..malas nak bagitau nama kedai tu.. tak nak promote.. mahal gile nak mam***.

Siap dalam 11.30pagi camtu, terus balik Seri Kembangan. Pergi kedai yang biasa pergi sebab nak tukar minyak hitam.

Bersambung kat entri: Kedai Motosikal Kawasan Taman Equine, Seri Kembangan

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas