Posts

Showing posts from December, 2015

Bakal Pengantin 2016: Kad Kahwin Reka dan Cetak

Image
Sebelum nak mereka/tempah kad kawin 100% yang terbaik adalah: 1) Pastikan tarikh dan tempat majlis telah disahkan Ya, memang senang nak sunting tarikh dan lokasi masjid berulang-kali, tapi anda perlu bayar la kos sunting tu sebab bila nak sunting tu dia guna elektrik, ingat elektrik tu percuma ker?. 2) Peta jalan Yang ni paling penting, sebab bila orang tak faham peta, siapa yang kena marah?, pereka kad atau orang yang bagi pelan jalan?. Ayat yang saya selalu dengar "Bodoh la sapa yang reka kad ni, tak reti reka kad, pelan jalan pun salah".. setuju atau tidak?. Padahal pelan jalan itu diberi oleh pengantin sendiri, jadi anda yang harus sediakan pelan jalan sebaik mungkin, seolah-olah anda baru di kawasan itu, apa tanda di jalan contoh nama bangunan, nama stesen minyak dan simpang lampu isyarat merupakan perkara penting dalam mereka pelan jalan untuk tetamu. 

Bakal Pengantin 2016: Permohonan Wali Raja/Hakim Bagi Anak Tidak Sah Taraf

Image
Anak Tidak Sah Taraf atau Anak Luar Nikah bukan perkara yang harus dimalukan mahupun harus dihebahkan, sebabnya ia bukan kesalahan bakal pengantin tetapi kesalahan masa lalu oleh kedua ibubapa pengantin. Sekarang ni berapa ribu anak luar nikah yang ada kat Malaysia, jika tiada yang menyampaikan atau berkongsi maklumat macam mana Anak Tidak Sah Taraf yang lain mahu tahu apa yang harus mereka lakukan dalam menyelesaikan masalah wali mereka?. Apa penentu anak tu merupakan Anak Tidak Sah Taraf atau Anak Luar Nikah ini?.  Ini jawapannya: (sumber: al-Wakalah ) 1) Pernikahan Sindiket Pasangan seperti ini telah diakadnikahkan oleh seorang jurunikah palsu atau jurunikah tidak bertauliah di Malaysia. Jurunikah ini juga telah mengeluarkan kepada mereka sijil nikah yang palsu tetapi bentuknya seakan menyamai sijil nikah yang asli seperti mana yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama. Anak pertama dan kedua mereka berjaya didaftarkan sebagai anak yang sah kerana pada ketika itu JPN ...

IKN Siri 2: Perjalanan yang mencabar

Image
Sambungan dari entri sebelum: Siri 1 20.10.2015 (Selasa) - Kimo 2 Baru perasan harini, prosedur sehari sebelum kimo: 1) Walaupun dah ada temujanji (macam harini temujanji jam 10pagi) masih kena daftar sebagai pesakit luar, kena cas RM5. Masa ni dapat nombor giliran. 2) Siap daftar pergi ke bahagian Klinik Onkologi (betul-betul depan kawasan pendaftaran pesakit luar). Sampai Klinik Onkologi, serahkan buku temujanji pada jururawat di kaunter. 3) Tunggu nombor giliran dipanggil untuk ambil darah (bilik 12) dan tekanan darah (bilik 13). setel dua benda tu. 4) Tunggu lagi sejam atau kurang untuk keputusan darah tadi (masa ni maklumkan pada kaunter tu kalau nak pergi mana-mana. kami selalunya pergi makan kat kafeteria)  5) Dalam masa yang sama juga kami sedang menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor. (sebab tu tadi kami pergi makan dan kami tak perlu risau, jika tiba giliran kami dan kami tiada di Klinik, jururawat akan telefon nombor telefon yang ditulis pa...

Bakal Pengantin 2016: Wali Raja/Hakim

Image
Apa itu Wali Raja/Hakim?.  Bagi pemohon perempuan biasa, biasa disini maksudnya pemohon wanita dikandungkan oleh ibunya setelah ibubapanya bernikah secara sah dan mengikut syarak. Ayah kandungnya adalah Wali. Selain dari ayahnya sendiri, rujuk gambar bawah. Nampak tak, dalam turutan ada Wali Hakim bernombor 19, nombor terakhir dalam turutan. Wali Hakim/Raja ini adalah: "Wali hakim bertindak sebagai wali kepada pengantin perempuan yang tidak mempunyai wali" Situasi di mana Wali Hakim/Raja diperlukan: ( Klik sini untuk maklumat lebih terperinci ) 1) Tidak ada wali nasab 2) Anak Tidak Sah Taraf (Anak Luar Nikah) atau Anak Angkat 3) Wali yang ada tidak cukup syarat 4) Wali aqrab menunaikan Haji atau Umrah 5) Wali enggan

Bakal Pengantin 2016 : Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin

Image
Bab ni, sila bagi perhatian semasa kursus kahwin. Jangan sampai masanya, anda sudah lupa dan mula kalut Google cari cara-cara untuk mendapatkan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin. Ada sesetengah negeri anda perlu ke Jabatan Agama/Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) itu sendiri untuk dapatkan borang dan ada yang cuma perlu isi atas talian sahaja. Bagi rakyat Selangor (lelaki dan perempuan) dan rakyat bukan dari Selangor tetapi melangsungkan pernikahan di Selangor bolehlah ke Sistem NCR Online untuk mengisi borang. Panduan dan rujukan untuk mengisi borang boleh klik sini . Borang Pengesahan Permaustatin Bagi yang memerlukan untuk mengisi Borang Pengesahan Permaustatin, ada syarat yang perlu dipatuhi:

Hadiah Krismas Kami

Image
yeah..  Beliau sekarang diambang zaman pencen tapi tak tau bila.. hahahaha... jahat punya staf tak sabar nak bye-bye bos.. tau ke bos ni mau kena potong markah personal evaluation.. eh.. tak pe kot.. dah lepas pun.. hehehehe... Dah tiga tahun duk bawah bos yang sama, beliau ni dulu mula-mula cikgu fizik, keluar dari sekolah ni sambung amek master MLIS.. pastu gi mana ntah.. akhirnya masuk balik sekolah ni jadi teacher librarian .. jadinya dia pun antara orang  yang lama kerja kat sini. Bos saya ni dah berusia.. dalam 55 lebih cam tu.. badan besar, skema.. hati ada sikit baik... Dan yang paling pelik sekali... dah tiga tahun ni jugak isu nak bagi hadiah adalah perkara yang paling sakitkan kepala... takkan nak bagi hadiah yang sama tiap-tiap tahun.. kami bertiga.. takkan nak bagi hadiah sama... kan? Sebelum tu, jom tengok ni.. hadiah yang bos bagi: Tahun pertama (2012): beg tangan Tahun kedua (2013): baucer AEON (beli seterika)