Bakal Pengantin 2016: Kad Kahwin Reka dan Cetak
Sebelum nak mereka/tempah kad kawin 100% yang terbaik adalah:
1) Pastikan tarikh dan tempat majlis telah disahkan
Ya, memang senang nak sunting tarikh dan lokasi masjid berulang-kali, tapi anda perlu bayar la kos sunting tu sebab bila nak sunting tu dia guna elektrik, ingat elektrik tu percuma ker?.2) Peta jalan
Yang ni paling penting, sebab bila orang tak faham peta, siapa yang kena marah?, pereka kad atau orang yang bagi pelan jalan?. Ayat yang saya selalu dengar "Bodoh la sapa yang reka kad ni, tak reti reka kad, pelan jalan pun salah".. setuju atau tidak?.
Padahal pelan jalan itu diberi oleh pengantin sendiri, jadi anda yang harus sediakan pelan jalan sebaik mungkin, seolah-olah anda baru di kawasan itu, apa tanda di jalan contoh nama bangunan, nama stesen minyak dan simpang lampu isyarat merupakan perkara penting dalam mereka pelan jalan untuk tetamu.
3) Apa yang anda mahukan pada kad anda
Contohnya anda boleh letak ayat doakan pengantin (lihat contoh kad di bawah) ataupun letak QR Code lokasi majlis supaya tetamu boleh guna Waze/Google Maps untuk menuju ke majlis anda.. terpulang pada anda, apa yang anda mahukan.
4) Bukan di saat akhir
Anda pun satu, tau la bakal pengantin mesti sibuk dan yang pereka ni kerja mereka mereka, jangan la lagi seminggu dua baru terhegeh-hegeh datang nak reka/cetak kad. Sebaiknya 1½ bulan sebelum majlis tu dah ok dah. Anda pun boleh ada banyak masa nak bagi kad pada jemputan.
Ehem.. Kad kahwin saya direka serta dicetak oleh Apis dan Printzilla House.
Contoh dibawah antara rekaan kad kawin apis, rekaan kad kahwin yang lain serta rekaan-rekaan lain anda boleh tengok di portfolio dia dengan klik sini.
Sebarang pertanyaan boleh sms/wassap/telefon:
Reka kad kahwin dan cetak: Apis 012-3127169
Percetakan: Adib 019-2697891 (Printzilla House)
Comments
Post a Comment