IKN Siri 2: Perjalanan yang mencabar



Sambungan dari entri sebelum: Siri 1

20.10.2015 (Selasa) - Kimo 2

Baru perasan harini, prosedur sehari sebelum kimo:
1) Walaupun dah ada temujanji (macam harini temujanji jam 10pagi) masih kena daftar sebagai pesakit luar, kena cas RM5. Masa ni dapat nombor giliran.
2) Siap daftar pergi ke bahagian Klinik Onkologi (betul-betul depan kawasan pendaftaran pesakit luar). Sampai Klinik Onkologi, serahkan buku temujanji pada jururawat di kaunter.
3) Tunggu nombor giliran dipanggil untuk ambil darah (bilik 12) dan tekanan darah (bilik 13). setel dua benda tu.
4) Tunggu lagi sejam atau kurang untuk keputusan darah tadi (masa ni maklumkan pada kaunter tu kalau nak pergi mana-mana. kami selalunya pergi makan kat kafeteria) 
5) Dalam masa yang sama juga kami sedang menunggu giliran untuk berjumpa dengan doktor. (sebab tu tadi kami pergi makan dan kami tak perlu risau, jika tiba giliran kami dan kami tiada di Klinik, jururawat akan telefon nombor telefon yang ditulis pada buku temujanji untuk maklumkan yang giliran kami telah sampai.
6) Dah jumpa doktor. Kami  maklumkan pada doktor dan adik yang adik mahu masuk wad lambat (dapat kebenaran untuk masuk paling lewat jam 4petang tu pu lepas kaw-kaw kami kawtim dengan doktor dan jururawat..haha..best dapat doktor dan jururawat yang baik-baik). setel semua perbincangan. 
7) Tiba masa nak daftar masuk, kami pergi ke Pendaftaran Pesakit Dalam, cas deposit RM20. 
8) Setel, naik ke wad yang diberikan.

Cam biasa esok 21/10/2015 baru adik mula kimo. 

Sayu jer bila adik mengadu rambut asyik gugur jer.. mandi basuh rambut - gugur, sikat rambut - gugur, pegang rambut je pun - gugur, apatah lagi bila tidur. Bangun je pagi - banyak rambut gugur. Pastu adik buat perangai, saja main-main rambut yang senang gugur tu - kena la tampar (tampar main2) kat tangan dia tu. 

"Ce jangan usik rambut tu" 
"Saja nak tengok dia gugur"
"Biar la dia gugur"
"Botak dah adik.."
"Hensem lagi..."
"Banyak la.."
"Tengok Harith Iskandar.. sempoi jer.. hensem apa"
"Ye la"

Hati jadi sedih bila nampak rambut adik dah makin gugur..sungguh jarang-jarang dah rambutnya, jadi sementara nak bagi dia reda dengan rambutnya yang gugur tu, kami izinkan dia pakai rambut palsu sintetik.. kaler karat pulak tu yang dia nak.. sabo je la..

Kelakarnya, semua doktor dan jururawat pelik.. adik saya ni katanya dah kimo ke-2, awat elok je rambutnya, pastu kaler karat pulak tu.. iye ke ni.. hahaha... konpius semua doktor dan jururawat kat situ.. kami gelak je..


23.10.2015 (Jumaat)

Adik daftar keluar wad.
Sebenarnya pesakit kimo ni akan hilang deria rasa, lidah tu rasa tawar macam kita tengah demam. Walaupun diorang ada rasa teringin nak makan tapi rasa tawar. Ayam dan ikan adik tak nak makan sebab dia tak nak, tak lalu katanya. Tapi mee mamak, laksa dan nasi goreng yang tertentu, Alhamdulillah nak pulak makan. Jadi la dik, janji cukup makan dah.

Setakat ni, kehendak dia untuk makan boleh ikut la. Kadang-kala kena ingatkan dia supaya bersabar sikit. Ada ke tengah kimo, tak pun lepas kimo nak makan sushi.. memang la kena marah.. 

Sushi tu saya kadang-kala belanja dia masa hari dia nak masuk wad, kami pergi ke IOI City Putrajaya. Kan kat situ depan Tesco ada jual sushi. Suka la dia. Makan sushi. Ha, satu lagi yang dia suka, Durian Puff (mahai gile seketui puff tu) ada kat situ dekat kiosk yang jual popcorn macam-macam jenis tu.


26.10.2015 (Isnin) - 30.10.2015 (Jumaat): 

5 hari berturut-turut suntikan imun di Klinik Kesihatan Sepang. Kan masa lepas Kimo 1 tu kami mai sini. Jadi tau dah apa nak buat, nak pergi mana. Klinik tu dah macam kitorang yang punya.. hahahaha...

Sepanjang 5 hari ni, kami dah tak pergi awal pagi.. bangun pagi.. rilek-rilek.. bawak coolbox yang berisi ubat imunisasi tu pergi ke Klinik Kesihatan.

Sampai je terus ke kaunter pendaftaran sambil tunjuk surat yang diberikan IKN. Memang tak kan dikenakan bayaran pun (tak tau kenapa, tapi ada sekali tu bila ada satu staf tu cakap kata kena bayar RM1, saya cakap la, sebelum ni datang pun tak de kena bayar pun)

Dapat je nombor terus ke bilik kecemasan. Adik masuk dalam dengan coolbox tu, tak lama lepas tu dah keluar. Kejap jer.

"MA yang sama long cucuk adik tadi"
"Yang hensem kurus tinggi-tinggi tu ke?"
"Ha.., best dia cucuk, tak sakit"
"Bagus la.."

Memandangkan penat sangat Jumaat tu, saya buat keputusan nak balik rumah sewa, tidur sana dulu. Penat woo.. Huish.. sengal badan tu.. tak yah cakap la.. mata pun asyik mengantuk je bawak kete.. tu yang hari Jumaat balik rumah sewa jer.. nak rehat. Adik pun kata ok jer, dia pun risaukan saya.


1.11.2015 (Ahad)

9.10malam-dapat panggilan dari paksu, adik tetibe demam, suhu badan adik dah 41ºC. Paksu tanya nak tunggu dulu ke, nak bagi Panadol dulu ke, saya kata tak leh tunggu, sebab doktor dah pesan bila demam je terus bawa ke hospital. Masa ni saya kat Seri Kembangan, jadi nak tak nak terpaksa minta tolong paksu hantarkan adik ke kecemasan NCI. Saya pun bersiap-siap ke sana juga.

1.20pagi-Adik dah keluar dari kecemasan dan terus dihantar naik ke bilik isolasi di wad. Saya ambil pas pelawat dan keluar cari 7Eleven, sebab adik kata lapar dan nak makan roti.

2.45pagi-Lepas bagi adik makan, separuh je, adik muntah-muntah. Tapi tak lama lepas tu dia habiskan roti tu, jururawat dah bagi ubat tahan muntah kan.

Sangat bosan bilik isolasi tu, dah la sorang-sorang, kalau ada orang tak la bosan. TV tak ada. Harap hp dengan laptop je la.. mujur benda-benda ada, kalo tak mau adik bosan tahap gaban dalam tu. Walaupund demam dah kebah dah ada selera makan, adik tak boleh balik atau tukar ke wad biasa sebab darah platlet adik masih rendah.

Makyang ada datang, angah pun. Paksu pun ada singgah jenguk adik kat bilik isolasi tu.


6/11/2015 (Jumaat)

Akhirnya adik boleh keluar dari bilik isolasi tu dan boleh balik rumah. Sian adik.. sejuk giler bilik isolasi tu: 2 selimut saya, 2 selimut hospital, 2 sweater dan 1 neck warmer masih tak memadai bagi memanaskan badan adik saya. saya dan adik terpaksa alihkan katil dia supaya tidak berada di bawah aircond. Waktu tengahari tak apa la aircond sejuk-sejuk, ni waktu malam dan waktu hujan pun suhu tak turun-turun, agak sakit hati jugak la. Mujur hari rabu ke khamis tu paksu terserempak dengan maintenance, dapat la turunkan suhu aircond

Masa kemas-kemas nak balik, adik geram, apa lagi, mula la akal nakal dia.. nak tahu apa dia buat.. sebelum balik dia susun semua selimut hospital macam bentuk orang baring, pastu selimutkan 'orang' tu. Dan lampu bilik isolasi tu dimatikan. kesian la jurujawat atau sapa-sapa yang kemas bilik tu.. 


Sambung ke Siri 3

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas