Kena Langgar 2 : Calar
Kena langgar ni jadi masa kat sekolah (tempat saya kerja)... kete tu tak bergerak pun.. elok sihat walafiat kat kawasan letak kereta tu...
Masa tu tengah rehat.. tak makan pun.. rilek-rilek saja dalam library workroom.. tetibe ade assistant principle dengan sorang budak sixth form mai masuk... jenguk la tengok.. nak tau diorang mai masuk nak jumpa sapa.. sekali diorang berdua pandang saya.. cuak dah dalam hati.. "assistant principle mai ni dah macam ada kes berat jer.."
Budak lelaki tu namanya J.L. Dia dengan muka cuak ala takut-takut kena terkam tu dengan menggeletarnya on kan hpnya sambil cakap "Is this your car miss?".. masa tu blur lagi.. tak paham apa yang berlaku.. yang assistant principle tu pulak suh saya duduk balik dan rilek.. J.L sambung lagi cakap sambil macam duk cari gambar dalam hpnya itu.
Lepas dia tunjuk gambar yang ada no plat kereta tu.. rasa tak sedap hati.. apa pulak yang jadi kat Viper (nama kete) ni.. saya salah park ke? kemek teruk ke?.. memang cuak dah rasa... dalam kepala duk pikir.. kesian Viper.. ni kali kedua kena langgar... aish.. cam mana nak bagitau kat owner dia ni...
Pastu dia tunjuk la gambar apa yang jadi.. tapi tak jelas sangat.. sekali pandang nampak tak de la punah Viper tu... buat suspen jer... calar je la.. J.L tu ada jelaskan macam mana terjadi.. tapi masa tu tak dapat nak hadam dan paham apa yang jadi.. jadi apa yang J.L dok jelaskan tu memang tak lekat kat otak.. sebab masa tu dah pikir, cam ne nak setel, kat mana nak repair...
Ikutkan ada dua cara:
1) claim insuran kete dia (ayah J.L punya)
2) repair sendiri dan bagi resit
Memandangkan kes kena langgar pertama dulu agak payah bila dikaitkan dengan insuran jadi pilih pilihan no.2, J.L setuju dengan bersaksikan assistant principle kitorang tukar-tukar no telefon. Dan setel. Habis rehat tu tak pergi tengok lagi.
Masa nak balik tu baru jenguk:
so-so...
dari jauh...
Luas lagi kan jarak kete dengan garisan putih tu... cam mana boleh calar pun tak tau....
Balik keje masa tu jam 5 petang.. sempat kot gi usha kedai.. sebelum balik tu dah Google dulu kedai yang nak survey ni.. Ada jumpa yang dekat Pusat Perdagangan Seri Kembangan.. Jadi cuba je la tengok dulu.. kedai mana offer harga yang ok..
Lepas ronda situ kedai yang diGoogle tu tak tau mana hilang.. alih-alih jumpa dua kedai lain.. tanya harga.. satu tu Kam Fong Mudguard & Spray Painting offer RM180 untuk spray satu pintu... satu lagi kedai tu offer RM185 untuk spray satu pintu jugak..
akhirnya pilih kedai ni jugak...
Bagus betul.. bukak 8 pagi dan dia tutup kul 9 malam.. kita boleh hantar kereta waktu petang tu pastu amek balik besok petang.. sapa-sapa yang tinggal dekat kawasan berdekatan sampai ke kawasan Taman Puncak Jalil diorang boleh offer hantarkan balik, tapi nanti kena datang sendiri balik la nak amek kete tu. Kawtim la dengan diorang.. Staf situ baik-baik dan ramah.. lagi satu.. jangan mai Isnin petang ok.. sebab ada pasar malam.. main road ke kedai ni akan penuh dengan gerai pasar malam...
Masa bayar tu kena cas GST 6%.. kat resit ada no pendaftaran GST jadi ok jer la.. dari RM180+GST=RM190.80...
Tak pe.. claim kan... janji repair....
lawa kan dia repair.. Alhamdulillah Viper dah elok balik....
boleh call sendiri kalo korang berminat.. ok..
Comments
Post a Comment