Pemilihan pampers untuk si kecil

Sumber: Encik Google


Pampers ada 2 kategori untuk ibu-ibu pilih.

1. Pampers biasa pakai buang seperti Drypers, Genki, Petpet..dll.

2. Pampers kain.


Pemilihan pampers berdasarkan kesesuaian kita dan kehendak bayi.


Ikut kehendak dan bajet kita
Contohnya.. surirumah dan bayi anak pertama, boleh pilih lampin kain sebab boleh basuh banyak kali dan jimat duit sebab lampin boleh basuh.

Bagi ibu bapa bekerja, lebih mudah guna pakai buang sebab jimat masa (tak perlu basuh lampin). Dan masih boleh berjimat jika pandai membeli.

Dan ada juga yang guna lampin kain dirumah sahaja manakala di rumah pengasuh@taska@keluar berjalan menggunakan lampin pakai buang.


Ikut keperluan bayi
Tak semua kulit bayi sama. Ada yang sensitif dengan lampin kain, ada yang sensitif jenama tertentu untuk pakai buang.

Jadi sebaiknya jangan beli lampin dalam kuantiti yang banyak terus untuk bayi baru lahir sehingga jumpa yang bersesuaian dahulu.

Lampin kain pun bervariasi tau..
Yang modern macam ni:

Yang macam zaman atok nenek guna yang ni:

Cara lipat lampin


Ada yang secure guna:
Liner ni fungsinya alas luar lampin kain supaya tak basah pakaian bayi.

Atau,

Macam saya.. kedua-dua anak saya serasi dengan Drypers Wee Wee Dry dengan Drypers Classic..  

Drypers Wee Wee Dry ada dalam pek percubaan yang hospital berikan (Serdang-adik dan Putrajaya-kakak).

Pernah guna jenama:
Genki - pek percubaan (ok)
Whoopee - tape untuk adik, naik ruam.. pants untuk kakak, ok (kakak guna jenama ni je skrg dah setahun guna).
Mikubi - tape untuk adik, ruam.. pants untuk kakak, tak cukup tebal (beli sekali je utk dua-dua jenis)
Petpet - tape and pants untuk kakak.. ok.. stop tak guna sbb jumpa jenama lagi murah

Nampak tak banyak jenama saya dah cuba, bukan saja-saja tapi disebabkan 2 sebab tadi. 

Pernah gunakan baki pampers yang tak boleh digunakan sebagai lapik punggung bayi sebelum@selepas mandi sebab kadang-kadang bayi terkencing atau terberak. Lapik tu maksud saya pakaikan kejap je pampers yang bayi tak boleh pakai tu kat bayi sebelum@selepas mandikan bayi. Lepas tu tukar la guna pampers yang ok tu.. transit pampers la kiranya.. dari diorg terberak terkencing kat baju kita atau kain tuala diorang kan.. Ok je guna kejap je pun, takkan naik ruam @ alergik tu.. 

Untuk lampin pakai buang ada saiznya.. pilih saiz ikut berat bayi.

Contohnya lampin newborn tulis sesuai untuk 0-4kg.. berat bayi lahir 3kg boleh je ambil lampin saiz S 4-7kg.. 

Bagi yang guna jenama Drypers, boleh baca lebih lanjut di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas