Ada baju terpakai?. apa boleh buat?
Carousell pilihan utama saya
Baju atau barang terpakai anak-anak masih ada nilai jika syarat dibawah dipenuhi:
Syarat baju terpakai yang sesuai diderma, sedekah atau dijual:
1. Bersih
Seeloknya baju-baju tu nampak la bersih dan elok untuk orang pakai.. tak ada tompok-tompok hitam ke, kuning air ke.. teliti baju tu betul-betul. Barang pun sama.
2. Basuh
Basuh baju anak-anak dan simpan dalam bekas khas.. kalau simpan dalam almari anak-anak pastikan baju tu tak diguna, simpan dalam plastik elok. Kurang-kurang ada la wangi sabun tu sikit.. sedap orang bau bila buka bungkusan tu nanti.. Kalau barang boleh dilap. Lap elok-elok.. jangan biar kotoran sememeh ke berlekit kat situ..
3. Berguna/berfungsi/berterus terang
Jujur la dengan pembeli tentang kondisi baju anak-anak tu.. tengok dulu.. cukup butang baju ke, tertetas jahitan ke, tercabut hiasan baju ke, teruk sangat ke koyakan kat baju.. elok berguna boleh dijual.. barang cukup item tak, bateri rosak ke, hilang sebelah tayar ke.. jangan sebab nak duit jual baju dan barang cincai macam tu je.. kena bad review tau pulak tersentap dan post ayat sedih kat FB dan group FB minta simpati..
4. Berpada
Harga tu berpada-pada la.. tengok orang letak berapa.. letak dalam anggaran tu.. kalau sama atau lagi mahal dari kedai, baik orang beli terus dari kedai.. ni pembeli nak kena bayar kos penghantaran lagi.. berpada ya..
Cukup la syarat tu kot.. betul kan?.
Itu juga syarat yang kita nak bila beli barang terpakai kan?.
Adil la..
1. Tong Derma
Bagi ibu bapa yang tak kisah, sibuk tak ada masa nak hantar baju kat tempat tertentu.. boleh je letak dalam tong derma tu.. lagi cepat... Lalu, letak dan pergi..
Baca lagi: Here’s a List of Places in Malaysia You Can Recycle or Donate Old Items & Even Earn Some Extra Cash
2. Badan Kebajikan atau Program Kutipan
Bagi yang rajin dan tahu mana nak hantar, susun jadual.. 6bulan sekali ke hantar baju, dan barang terpakai kesana..
3. Sedekah
Post dalam group keluarga ke, lorong ke, taman ke, kawasan ke.. kot-kot ada yang memerlukan..
4. Dijual
Ni bagi yang rajin dan yang memerlukan. Banyak platform korang boleh guna.. Post dalam group keluarga ke, lorong ke, taman ke, kawasan ke.. kot-kot ada yang nak beli.. eh eh.. sama la ayat macam poin atas.. 🤠tapi betul kan?. Letak kt Mudah ke Carousell ke FB Marketplace ke..
Macam saya.. saya suka Carousell.. untuk barangan terpakai saya lebih suka swap.. ha.. ni ramai ibu bapa tak terfikir kan?. Saya ada banyak barangan peribadi untuk dijual di Carousell samada barangan baju dewasa mahupun kanak-kanak..
Kebetulan saya ada jual kasut tumit tinggi masa tu.. jadi pembeli mesej di chat Carousell bagitahu yang dia berminat nak beli kasut saya. Kebetulan akaun pembeli baru buat jadi saya tak yakin la dengan pembeli tu, tetapi pembeli bagitahu yang dia ada kedai di Shopee yang sama nama dengan akaun di Carousell, saya pun semak dan betul.. siap ada review di Shopee lagi.. jadi saya percaya la kan.. alang-alang saya ada nampak dia jual baju kanak-kanak tema pony saya pun offer la untuk swap barang.
Kasut saya bernili RM30 dan saya swap dengan baju kanak-kanak dengan RM30 juga. pos penghantaran free sebab masing-masing kena pos kan.
Jadi mari kita kitar sampah-sampah kita..
Tukarkan menjadi duit untuk kebaikan kepada alam sekitar juga.
assalamu alaikum wr wb..
ReplyDeletebismillahirrahamaninrahim,, saya sangat gembira kerana dapat menulis
dan kongsi dengan rakan melalui tempat ini,
Sebelum ini, saya seorang ahli perniagaan dalam sektor hartanah isi rumah
dan mencapai kejayaan yang luar biasa, saya sudah mempunyai kereta, rumah dan kemudahan lain,
tapi namanya ujian, saya sangat percaya pada semua orang,
sehingga satu hari saya ditipu oleh kawan saya sendiri dan membawa semua yang saya ada,
akhirnya saya berhutang kepada pelanggan saya sejumlah RM140,000 dan di bank sejumlah RM178,000
Saya sudah stress dan hampir membunuh diri. 3 anak saya masih bersekolah menengah rendah/menengah dan juga pelajar, tetapi suami saya pergi ke mana-mana dan meninggalkan saya dan anak-anaknya di tengah-tengah bil hutang yang bertimbun,
demi untuk makan setiap hari saya terpaksa menjual nasi bungkus dan kuih muih,
Di tengah-tengah crush ekonomi seperti ini saya bertemu seorang kawan
dan memberitahunya, alhamdulillah dia memberi nasihat kepada saya.
dia pernah cakap dia pun macam aku lepas masuk Program Pengeluaran Wang Ajaib Halal hidupnya kembali berjaya,
Pada mulanya saya ragu dan tidak percaya tetapi selama satu hari saya berfikir
dan lihat hasilnya serta-merta, `
Saya akhirnya turut serta dengan melayari laman web di http://wangajaibhalal.xtgem.com segala arahan Kyai Rahmat Sanjaya saya ikut dan hanya 1 hari astagfirullahallazim,
alhamdulillah demi allh,
akhirnya RM600,000 yang saya minta benar-benar di tangan saya,
semua hutang saya lunasi dan selebihnya adalah untuk modal perniagaan,
kini saya kembali berjaya terima kasih Kyai Rahmat Sanjaya Saya tidak akan melupakan jasa tuan.
kalau kawan-kawan berminat, serius dan percaya, insyaAllah.
Saya telah membuktikannya kerana Allah, sila hubungi WhatsApp nombor +6282240168483 layari laman website di http://wangajaibhalal.xtgem.com