Dalam kenangan 2 Julai 2020


Kelu lidah tak terkata tatkala mendengar perkhabaran tentang dirimu duhai kakak.

Sesungguhnya takdirmu telah dipenuhi.

Sebelum dikau pergi, sahabat seperjuanganmu mencari dimana dikau berada,

Risau dengan keadaan dirimu mereka terjah rumahmu dan dengan bantuan pengawal keselamatan mereka dapat memasuki kediamanmu,

Terkejut bukan kepalang mereka menemuimu tidak sedarkan diri di lantai sendirian, 

Pucat dan biru akan keadaanmu ketika itu,

Polis dan ambulan datang membantu,

Tapi dikau disahkan pergi setibanya di hospital berdekatan,

Pemergianmu ditangisi dan seluruh warga sekolah berdukacita akan keberangkatanmu ke alam sana.

Ramai sahabat lama yang setaman denganmu membacakan yassin dan tahlil buat dirimu apabila berita mengenaimu tiba kepengetahuan mereka,

Ramai sahabat sekolah ingin solatkan dirimu dan bertemu denganmu buat kali terakhir,

Tapi kami sedar sesungguhnya kita hanyalah makhluk Allah yang akan pergi bila tiba masanya.

Kami tahu dan yakin, pemergianmu adalah yang terbaik buat dirimu,

Ya Allah Ya TuhanKu, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,

Kakakku ini telah melalui 4 dugaan maha hebat yang telah Engkau tetapkan untuknya,

Kewafatan tiga anakanda tercinta satu demi satu dan perpisahan mereka suami isteri,

Walau dugaan melanda namun dirinya masih ceria tersenyum kepada kami bila berjumpa,

Masih dengan Islam walau keluarganya dengan agama asal mereka,

Tabah hatinya, cekal jiwanya, lebar senyumannya melalui segalanya,

Ya Allah Ya Tuhanku,

Moga dengan syafaat anak-anak syurganya,

Moga dengan kekentalan hati dan jiwanya,

Moga dengan kesabarannya dalam menempuh dugaan yang lalu itu,

Ampunkanlah dosa-dosanya walau sebesar zarah,

Tempatkanlah beliau bersama anak-anaknya di taman syurgaMu yang terindah,

Kami yakin dan percaya setiap apa yang terjadi ada hikmahnya,

Damailah kakak di sana disamping anakanda tercinta.. dan kami disini Insya-Allah akan sentiasa mengirim hadiah buatmu disana.

Innalillahi wa'inna ilaihirojiun.. 


Allahyarhamah Shamirah Low Abdullah

Rakan sekerja dan seorang kakak yang ceria..

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas