#thedress
femes kot baju ni.... #thedress
Isu baju ini masih lagi hangat walaupun dah hampir jadi suam-suam kuku sebab masih ada lagi segelintir yang tak puas hati sampai ada hashtag untuk dua kumpulan tersebut iaitu #whiteandgold dan #blackandblue.
Tengok gambar bawah ni:
Sampai macam ni sekali umat-umat manusia..
Asal isu ni jadi viral disebabkan pemiliknya bertanya di Tumblr mengenai warna baju ni:
Caitlin McNeill, a 21-year-old aspiring singer from Scotland, posted the image with the question: 'Guys please help me - is this dress white and gold, or blue and black? Me and my friends can't agree and are freaking out.'
Pastu apa lagi, jadi trending dan meme la..
Cuba korang hantar gambar tu dekat kawan-kawan atau sapa-sapa je.. macam contoh gambar bawah ni, pastu tunggu jawapan mereka:
Saya pun ada cuba kat kawan-kawan opis, ya memang, ada yang setuju dengan saya warna putih emas dan ada yang kata hitam biru. Sebenarnya kan, mata saya tak ada la nampak putih emas pun, tapi biru cair dengan emas. Pelik kan..
Kiri: Putih dengan emas
Tengah: Biru cair dengan emas
Kanan: Biru dengan Hitam (sumpah mata saya tak nampak pun macam ni..huuuuu)
Bagi yang mata macam saya ni la yang hitam biru tu:
Ada satu artikel kat DailyMail yang menyiarkan saintis sudah buat kajian mengapa terdapat pandangan yang berbeza bagi baju tersebut.
Di akhir artikel tu, ada link ke laman web Science Direct yang berkaitan dengan kajian thedress ni.. tapi link tu tak specific. Jadi bagi sesiapa nak baca boleh klik kat bawah ni. Macam biasa, yang boleh baca secara percuma hanya abstrak sahaja, bagi yang mahukan artikel penuh sama ada kena beli sendiri atau korang cari perpustakaan Universiti/Awam/Negeri/Negara mana yang melanggan jurnal tu dan muat turun la dari situ ok.
Artikel yang berkaitan #TheDress yang diterbitkan di Science Direct dalam Current Biology:
1) Colour Vision: Understanding #TheDress (Vol. 25, Iss. 13, 29 June 2015, Pages R551-R554)
2) Striking inidivual differences in color perception uncovered by 'the dress' photograph (Vol. 25, Iss. 13, 29 June 2015, Pages R545-R546)
3) The many colours of 'the dress' (Vol. 25, Iss. 13, 29 June 2015, Pages R543-R544)
4) Asymmetries in blue-yellow color perception and in the color of 'the dress' (Vol. 25, Iss. 13, 29 June 2015, Pages R547-R548)
Comments
Post a Comment