Majlis Pertunangan Athirah dan Espada


Alhamdulillah.. penantian untuk bertunang akhirnya menjadi nyata..
Lamo den menunggu tau..
Tarikh: 25/07/2015 (Sabtu)
Majlis ni 2 dalam 1: Risik dan bertunang
Keluarga dua-dua pihak nak sangat berhantaran-hantaran ni..
Nak tak nak kena la ikut..
3 balas 5 ikut kata mereka..

Kepala dulang:
Tepak sirih (ikut adat Perak, dan mengikut kata maksu)



Dulang-dulangnya:

1) Coklat (mintak makyang belikan masa dia bercuti kat Langkawi). ada beli coklat Hershey's Kisses.. jadi saya buat DIY Stiker dan tampal kat bawah.. klik sini untuk baca entri pasal DIY tu
2) Buah-buahan kering (beli kat Mahnaz Food.. klik sini nak baca entri tu)
3) Dodol melaka (betul-betul beli kat Melaka tau!)
4) Kek
5) Potpuri+lilin

Alas dulang recycle zaman sapa kawin ntah..
Memandangkan alas dulang dah warna merah dan ada sikit warna perak..
Jadi tema saya adalah Merah dan Perak..



Mujur makyang ada banyak bakul, pinjam bakul-bakul tu kejap. Klik sini nak tengok gambar sebelum dan selepas.. gambar masa menghias tak ada sebab maksu yang buatkan..

Dibalas dengan 3 dulang:
1) Cincin belah rotan dan cincin tunang (maksu kata cincin patut jadi kepala hantaran)
2) Sireh junjung
3) Coklat Beryl's
4) Kek Secret Recipe
5) Sepersalinan kain

Ni gambar semua dulang (lelaki dan perempuan):

Ni gambar masa dah tukar dulang.. hantaran perempuan bagi ke pihak lelaki.

Tak nampak yea kek tu.. ni dia gambarnya:

Menu:
Makanan hari raya
Kuah kacang segera beli kat Ipoh (5 paket besar)

Ketupat segera
Kuih yang ditempah

Ni je dua gambar nampak kawasan buffet.. 


Doorgift:
DIY Keychain on stick (klik sini nak tahu macam mana saya buat) ; dan
Dalam plastik beg

Atok dan bakal ayah mertua bersembang...

Alhamdulillah.. setel dah.. yuhuuu... 

satu jer ralat masa tunang tu: hiasan hantaran.. malu wei.. hantaran belah saya macam balut2 pastu rupa cheapskate giler.. malu dgn cara hantaran lelaki.. langit dgn bumi bezanya..

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas