Viddsee - Mesti tengok!


Laman web yang menyediakan platform bagi pereka video pendek untuk menonjolkan hasil dan bakat mereka. Selain itu, video mereka juga boleh ditonton secara percuma kepada umum. 
Viddsee 
Our Story
We started Viddsee based on our own experience as filmmakers: trying to get our films out to a larger audience in a rich and diverse content Internet ecosystem.
We realised that we were not alone: how can our stories find its own voice among the noise?
As technology is a big part of our DNA, we embarked on this journey to enable the process of discovery for this generation of audiences: for local and regional films to be consumed locally, and to create a gateway for great Asian films for a global audience.
With a growing audience to the films, we aim to support both consumers and producers of film content in this thriving ecosystem.
This is the future of cinema.

Bagi saya, medium seperti ini sangat membantu kepada karyawan muda untuk mencuba menonjolkan bakat mereka, selain mempromosikan diri mereka sendiri kepada karyawan lain. Tak salah untuk saya katakan bahawa dengan Viddsee ini seolah-olah membantu kita dalam mencungkil bakat anak-anak muda sekarang yang mungkin ada di antara mereka 'Yasmin Ahmad' yang baru.

Bagi saya, ada antara video pendek yang dipaparkan disini sangat menyentuh hati. Boleh dikatakan ini yang saya harapkan dalam industri perfileman Malaysia. Mungkin saya sudah bosan dengan cerita filem/cereka/drama yang sering dihidangkan di kaca TV disebabkan tema atau jalan cerita yang sama dijaja berulang kali. 

Maaf saya katakan, saya kurang menonton filem/cereka/drama di TV kerana sebab diatas, tiada cerita yang berpijak pada bumi yang nyata, kalau ada pun melampau-lampau jadinya, mengalahkan sinetron Indon pula.

Apa-apa pun, tepuk dada tanya selera. 

Saya hidangkan beberapa video yang telah saya tonton untuk tatapan anda.

Jangan risau pendek saja video mereka.

Selamat menonton!.










Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas

TNB - Tukar nama (Ownership)