Baru saya tahu 1: The Funnel Effect


The Funnel Effect

Ni kes banyak terjadi kat Malaysia.. banyak sangat.. saya rasa kebanyakkan sesak kat Malaysia ni pun akan terjadinya funnel effect ni...

Macam mana nak tau sesak tu funnel effect ke tak?..
Senang jer nak tau..
Korang bawak kereta sampai kat satu kawasan sesak ni.. dari 60km/h terus turun 30km/h..pastu..haram sikit pun tak bergerak (bawah 20km/h).. lama pulak tu.. lama-lama.. gerak la jugak.. bila dah kedepan jauh sana tu.. semuanya seperti normal dan boleh pecut 60km/h balik.. 
Itulah dia funnel effect

Kawasan yang akan sesak bila kenderaan banyak melalui jalan tersebut terutama waktu puncak:
1) Persimpangan lampu isyarat bertingkat.. cth Puchong Batu 14, 16Sierra-Seri Kembangan, The Mines
2) Bukit.. cth Tol Seremban (boleh pakai ke?)
3) Jalan 4 lorong/3 lorong jadi 2 lorong/1 lorong (jadi 1 lorong paling sakit hati sekali) / ada kereta rosak tengah2 jalan..
4) Ada kereta yang bodoh bawak laju kat sebelah kanan, pastu tergesa-gesa tukar lane sebelah kiri sebab nak exit. Kalau sepuluh bijik kereta buat macam tu apa jadi?..
5) Kawasan lepas eksiden/kereta rosak : ni spesis rakyat yang terlebih prihatin.. kalo eksiden tu tengah jalan tak pe la nak sesak.. ni kete tu kat bahu jalan/lane sebelah.. perlu ke sesak?. nak shot gambar masuk FB dan Insta ker?.
6) Roadblock

Waktu puncak tu bila?
1) Baru cuti sekolah/nak habis cuti sekolah
2) Hari Kelepasan Am
3) Waktu pagi, tengahari, lepas tengahari dan petang

Kenapa jadi sesak?:
1) Pengangkutan bas tak efektif - tak ada papan elektronik untuk beritahu jangkaan waktu ketibaan bas, masa waktu puncak tak ada bas, laluan bas tak menyeluruh : sebab tu orang ramai lebih rela beli kereta/motor.
2) LRT/Monorel/KTM+ERL+ETS - di laluan tertentu sahaja, selebihnya kau garu la kepala macam mana nak pergi.
3) Teksi - lebih dari 1 orang berbaloi + selamat pun selamat +selesa dan bersedia lah anda untuk menerima jumlah yang perlu dibayar (kalau seorang2 semua jadi negatif.. banyak kes kan?): ni pun boleh jadi sebab kenapa ramai beli kereta/motor.

Macam dalam gambar atas tu la.. bila waktu puncak tu banyak kereta datang dalam satu masa, barisan makin panjang, waktu menunggu pun jadi makin lama, yang kat depan mungkin gerak sikit-sikit, 20 kereta kat belakang langsung tak bergerak dah..

Ni pandangan saya.. jangan nak marah2 dan viral plak..
Pembaca blog sekarang ni tak leh caya. semua nak buat modal cerita jer...
Harap hangpa yang baca tak perangai gitu sudah...

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas