TNB - Tukar nama (Ownership)


06/03/2015
Alhamdulillah dah ada rumah sendiri... 
Tapi banyak lagi benda yang kena buat.
Yang pertama ELEKTRIK. (Air tak pe sebab bayar kat pengurusan apartment jer- yang ni awal-awal dah tukar masa amek kad akses keluar-masuk).
Mujur pemilik lama tak tutup akaun lagi. Tidak, bergelap la jawabnya.
Tapi tak leh leka, dibuatnya pemilik lama tutup akaun, naya!.
Jadi kemain Google tanya kaedahnya dan apa dokumen yang perlu bawak sebab tak jumpa maklumat rasmi dekat laman web TNB ni. (Maaf TNB jika saya tak nampak maklumat itu. sebab saya dah cari tapi tak jumpa, pastu tak paham satu hapa kat laman web tu.)

Lepas Google dapat tau kena sediakan ini:
1) Salinan Kad Pengenalan (depan belakang tau)
2) Salinan S&P (Photostat jer satu buku tu)
3) Borang Permohonan Bekalan Elektrik Domestik. Isi bahagian 1 dan 2. Kat bahagian 2 pilih salah satu, sama ada 2.A atau 2.B . Pastu tandatangan.
4) NI PALING PENTING: TUNGGU BIL TERBARU SAMPAI BARU PERGI (tengok bil yang ada bila tarikhnya, dah dekat bil baru, tunggu bil baru, yang bil baru sampai tu cepat-cepat pergi jangan lengah-lengah, kang lambat sikit kena tunggu bil baru plak.)
5) Beli SATU (1) Setem Hasil RM10.00 (beli siap-siap kat Pejabat Pos)
5) Sediakan DUIT : Deposit RM250.00 + Bayaran tukar nama RM3.00 = RM 253.00

Saya pergi kat TNB sini:



15/04/2015
Ha.. ni satu lagi.. sebelum bertolak nak pergi tu sila lawat laman web TNB sekali lagi untuk memastikan tempat TNB yang anda nak pergi tu.. macam mana nak tau.. klik sini

Sebabnya..mujur la saya pergi tengok sekali lagi.. kalo tak buat penat jer.. sebab TNB yang saya pergi dulu (gambar atas tu) dah TUTUP dan BERPINDAH ke tempat baru.  Tengok gambar bawah ni. Ni tempat baru TNB Puchong yer..



Google Jalan BP 4, Puchong. Mesti jumpa punya la. Sapa-sapa yang kena pergi cawangan ni jangan takut atau terkejut pulak, sebab ni macam kawasan perindustrian gitu, kawasan gudang-gudang.. jangan risau saya dah sampai, selamat tak de sesat larat pun.

Masa tengah berurusan tu dapat tau:
1) Kena GST:   Bayaran tukar nama RM3.00 + GST = RM 3.20
2) Deposit TAK DIKENAKAN GST
3) Sila sediakan wang tunai / bawak cek untuk pembayaran deposit. Masa ni diorang tak pasang line untuk bayaran kad kredit/debit lagi.. bangunan baru kot... lama-lama nanti ada la.. 
4) Jangan lupa bayar sekali bil baru anda tu.
5) Terpulang kepada anda sama ada anda mahu memaklumkan pemilik lama akaun itu supaya dia boleh buat tuntutan semula wang cagaran/depositnya. Ni yang jadi masalah, ramai yang tak tuntut wang deposit, INGAT wang deposit perlu dituntut yea, tak ada auto-refund dalam bentuk cek atau panggilan pemberitahuan yea. Jika wang tidak dituntut dalam setahun, wang deposit itu akan diserahkan kepada Majlis mana ntah.. lupa plak.. nanti korang tanyakan boleh?.. lupa la pulak.. aisey banyak makan semut ke apa.
6) Baru tau rupanya anda boleh beli setem hasil RM10 kat TNB, bayar je la RM10 tu kat kaunter, nanti diorang keluarkan resit ke apa, tapi ada bukti la setem hasil tu anda dah bayar. Nak selamat baik beli awal-awal kat Pejabat Pos kn..

Oklah, dah selamat buat bayaran bil dan pertukaran nama pemilik..fuh.. setel...


Comments

  1. Macam mana nk tuntut duit deposit tu?

    ReplyDelete
  2. Salam, saya nak bertanya pihak tnb, sekarang ni saya penyewa rumah, saya ingin bertanya rumah yang saya sewa sekarang ni bil tunggakan sangat tinggi oleh penyewa dulu, jadi saya penyewa baru masuk rumah tak ada bil. Jadi saya bayar bil bulan2 tapi tunggakan semakin tinggi, saya maklum kepada pemilik rumah pasal tunggakan oleh penyewa dulu yang sangat tinggi, pemilik rumah maklum dia tak akan bertangungjawab keatas bil tersebut. Jadi pemilik rumah suruh saya tukar akaun baru atas nama saya seorang penyewa baru. Macamana untuk saya buat. Masalah saya yang menangung bil yang tertunggak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas