Korean 7: Drama Special - KBS World TV
Search kat YouTube ok.. sesiapa nak download sila guna keepvid..
Hah.. ni ada 129 Drama Special yang diselenggara oleh KBS World TV... depa yang upload kat situ jadi tak de isu copyright la kan? Jadi saya berani la nak review sikit beberapa episod yang saya dah tonton.
Kat sini ada drama dan movie.. pilih mana anda nak tengok...
Nak tengok senarai lengkap Drama Special boleh klik kat sini
Yang saya dah tengok:
1- The Girl Who Became A Photo
Lumrah manusia, bila tiada di depan mata baru sedar betapa bernilainya mereka pada kita dan betapa sayangnya kita pada mereka / dia. Jangan sia-siakan apa yang ada di depan, hargai mereka.
2- We All Cry Differently
Jika anda kenal sesiapa yang dari keluarganya macam heroin ini, sila bantu mereka. Tak nak bagi nasihat atau tak tahu nak macam mana nak bagi bantuan, bagi jer dia tengok cerita ni. InsyaAllah, pasti mereka akan faham, sama ada faham sejurus menontonnya atau kemudian hari, itu cerita kemudian
3- Bomi's Room
Kecil-kecil cili padi.. budak sekarang ada yang lebih matang dari orang dewasa. Jadi cuba bawak bersabar walaupun tercabar!
4- My Prettiest Moments (aaargh.. hero Pinocchio berlakon... *pengsan* - encem lagi hero Healer ^_^)
Tak semua pesakit yang bakal mati mahu hidup mereka dihabiskan di hospital. Faham perasaan mereka, hormat permintaan mereka dan tunaikan hajat mereka.. itu lebih baik dan mengembirakan mereka.
5- Bride In Sneakers
Cinta itu unik: ada yang pandang pertama dan ada macam-macam cara.. mungkin itu la yang dikatakan jodoh!
6- The Taste of Curry (gaya rambut serupa cam dalam cite My Dear Cat.. rindu cerita tu..)
Tuhan akan sentiasa membantu kita dalam pelbagai cara.. Yakin denganNya, segala dicita pasti tercapai.
7- I Introduce My Father
Tak mudah menjadi ibu bapa, jika dilihat semula, anak-anak pasti mempunyai perangai semulajadi yang sebijik sejiban macam kita, dah anak kita, mestila mewarisi genetik yang serupa macam kita... jadi tak payah nak naik hangin sangat la.. cermin diri dulu hokey (tanya keluarga perangai kita macam anak kita skrg ker.. kalo ya.. tanya macam mana diorang handle kita dahulu).. pastu jangan kedekut cakap "Maaf" dan peluk budak tu... Ingat: We do mistake and we do learn just like them too!!!.. tak faham? tak setuju? tonton cerita ni dahulu...
8- Suspicious Ward No. 7
Macam-macam bakal ibu sanggup buat demi mendapatkan zuriat.. agak-agak kan.. semua petua untuk dapatkan anak dalam cerita ni berkesan tak?.. boleh saya buat modal nanti.. hehehehe.... Buat ibu-ibu yang lambat ada bayi.. jangan sedih.. InsyaAllah... lambat laun pasti akan 'berisi'.. bagi yang langsung tak ada harapan.. jangan tertekan ok.. Allah kan ada...
Comments
Post a Comment