Busana Anarkali Muslimah Bollywood

Cantik tak..???

Buat pertama kali makan malam ofis ada TEMA.. ha amek ko... maaf ni kisah tahun lepas, lambat sangat update..

Dah bertemakan BOLLYWOOD.. nak tak nak kena la cari baju... bajet nak beli jer baju biasa.. tapi ntah macam mana...dah nama perempuan kan.. jadi tetibe la pulak beria nak beli baju lain dari biasa.. mengade!.. padahal teringin dan nak berangan ala-ala cam dalam cite Bollywood tu ha! hehehe... 

Pucuk dicita ulam mendatang... redah jer, tak kisah berapa RM melayang, janji puas hati.. ni la kali pertama buat perangai macam ni siap menempah baju bagai... baju raya pun seumur hidup tak de nye nak gi tempah-tempah.. semua beli siap jahit tak pun prelove.. 

Saya beli kat: CBazaar

Banyak lagi yang lawa-lawa... geram je tengok... nak je pakai semua... hehehe.. Buat yang pentingkan fesyen muslimah.. ada juga..cam baju saya tu.. sesuai untuk muslimah.. sebenarnyakan lengan tu jarang (masa tak pakai la.. pastu angkat ke arah cahaya) tapi bila dah pakai tak de pun nampak bayang kulit.. betul.. jangan risau ok.. 

Yang penting beli masa bukan musim perayaan.. jangan jadi cam saya.. sakitnya hatiku....

Masa beli:

RM165.. tu harga kain sahaja ok... 


Harga sat tadi tengok:
RM99!!!... sabar jer la.. ade nampak tak custom tailoring options tu.. kat situ la nak pilih custom saiz  atau standard saiz yang diberikan...


Ok.. jadi memandangkan masa tu saya beli RM165 semata untuk kain + RM50 untuk upah jahit + RM30 untuk penghantaran.. jadi jumlah kesemuanya adalah = RM245 .Mahal kan?.. betul... berkenan punya pasal.. tutup dua-dua belah mata... sekarang ni ada la jugak menyesal..... sikit...

Untuk Ready size anda dinasihatkan masa nak beli kat sini yang pertama adalah sila ukur ketinggian anda dari hujung tumit ke hujung kepala yea... yang kedua dan terakhir, sila ukur saiz pinggang, pinggul dan dada (untuk dada adalah kawasan melalui 'bukit' anda).. ini untuk menentukan saiz baju anda..

Bayaran dibuat menggunakan kad kredit yea.. debit tak pasti..  oh ya.. jangan lupa mendaftar sebagai ahli baru beli.. lupa pulak nak bagitau tadi...

Lepas baju dapat jer terus gi beli kasut silver tu dengan selendang.. mujur jumpa selendang yang sepadan dengan baju.. masuk sangat... dua-dua tu beli kat IOI Mall Puchong.. Terbang lagi RM100.00.

   


Baju saya tu jadi labuh sampai buku lali... dalam gambar 2 teratas boleh nampak seluar kan.. saya punya tak.. dah macam pakai gaun la pulak... ni yang buat diri terasa ala-ala Cinderella.. ceh.. berangan lagi... saya pakai je seluar tu walaupun tak nampak.. biar la pakai satu set.. beli untuk pakai kan... lepas tu kan.. seluar dia boleh hantar kedai untuk dibesarkan / dikecilkan... baju jer yang tak leh, sebab tu kena ukur saiz badan betul-betul.. saya punya baju muat-muat jer.. tak besar sangat dan tak ketat pun..

maaf la yea tak upload gambar masa pakai tu.. segan la...

Tapi ada la sekeping ni saya amek dari tempat saya duduk...



Yang bawah ni pulak hadiah yang saya dapat.. hadiah yang saya suka sangat tu hadiah lucky dip.. ni kali pertama ada lucky dip. lucky dip tu maksudnya setiap yang datang akan cabut nombor dan dari nombor tu kita akan dapat hadiah la yang sama nombor la.. dan saya dapat hand blender dari Philips.. tak cuba lagi pun.. ngeee..

Yang sebelah dia pulak tu lucky draw.. headphone dari Sennheiser. Best pakai.. yang ni dah rasmi... kedap bunyi betul.. tak dengar apa-apa dah kat sekeliling...

Ni kali kedua makan malam tahunan yang dianjurkan... dua-dua kali saya dapat hadiah lucky draw.. Alhamdulillah.... ^_^

Comments

Popular posts from this blog

Indah Water (IWK) - Tukar nama (Ownership)

TNB - Tukar nama (Ownership)

Etika Email Rasmi Dan Tips Memohon Kerja Guna Email Berserta Adab Membalas